Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Dongfeng Nissan N7 Rasmi Dijual, Sedan EV Dengan Jarak Lebih 630KM!
Auto Terkini

Dongfeng Nissan N7 Rasmi Dijual, Sedan EV Dengan Jarak Lebih 630KM!

Abang HirataBy Abang Hirata25/04/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

PADA November 2024 PanduLaju memaparkan mengenai pengenalan Dongfeng Nissan N7, sedan elektrik (EV) baharu untuk pasaran China.

Menariknya, N7 keluar di kala Nissan menghadapi cabaran perniagaan. Banyak yang berlaku sejak itu dan kini Nissan mempunyai Ketua Pegawai Eksekutif baharu.

Terbaru Nissan memaklumkan N7 kini mula dijual di China dan satu bukti usaha Nissan untuk mempercepatkan kadar pengenalan model baharu dan kemas kini ke pasaran.

Model sedan elektrik sepenuhnya ini tampil bergaya dengan pekali seretan udara hanya 0.208 serta dilengkapi teknologi pintar yang menyeluruh bagi memberikan pengalaman pemanduan tanpa tekanan serta keselesaan maksimum kepada semua penumpang.

Reka Bentuk

N7 memadankan perwatakan elegan dengan ruang dalaman yang luas. Identiti reka bentuk V-Motion Nissan ditonjolkan pada bahagian hadapan bersama 710 lampu LED berkuasa tinggi.

Di sisi, pintu tanpa bingkai dan pemegang yang rata menampilkan gaya moden yang bersih. Di belakang, sebanyak 882 lampu OLED dimuatkan dalam bar cahaya merentangi lebar kenderaan.

Apabila kenderaan tidak bergerak, pemilik boleh menyesuaikan elemen pencahayaan di depan dan belakang, termasuk memaparkan corak pilihan dan juga teks yang dipancarkan.

N7 dilengkapi rim bersaiz sehingga 19 inci dan ditawarkan dalam enam pilihan warna badan berinspirasikan alam semula jadi, dipadankan dengan dua gaya dalaman yang elegan.

Rangkaian Kuasa

  • Dua pilihan bateri litium fosfat besi (LFP) ditawarkan, masing-masing berkapasiti 58kWj dan 73kWj, kedua-duanya menggunakan seni bina 400 volt.
  • Semua varian menggunakan pacuan roda hadapan serta satu motor elektrik dengan kuasa antara 160kW hingga 200kW. Kesemua model menawarkan tork maksimum 305Nm.
  • Bateri boleh dicas semula dari 10% ke 80% dalam masa hanya 19 minit, manakala dari 30% ke 80% pula hanya mengambil masa 14 minit.

Pemanduan

  • Jarak pemanduan adalah dari minimum 510km (untuk bateri 58kWj) hingga maksimum 635km (untuk bateri 73kWj).
  • Semua varian menggunakan suspensi hadapan jenis MacPherson dan suspensi belakang pelbagai pautan.
  • N7 turut menyokong ciri pencegahan mabuk kenderaan bagi memastikan keselesaan kepada semua penumpang.
  • Bekerjasama dengan Momenta, peneraju teknologi pemanduan autonomi di China, N7 dilengkapi sistem bantuan pemandu canggih ‘Navigate on Autopilot’.
  • Di lebuh raya, sistem ini mampu menguruskan gerakan rumit seperti masuk lorong dan memotong dengan lancar.
  • Di kawasan bandar, ia melaksanakan pertukaran lorong dan selekoh yang rumit dengan penuh keyakinan.
  • Sistem ini juga bertindak balas dengan tenang apabila kenderaan lain tiba-tiba memasuki laluannya, memastikan keselamatan dan ketenangan minda.
  • Ciri parkir automatik mampu mengendalikan situasi mencabar seperti petak serong atau sempit dengan mudah.

Ruang Dalaman

Bahagian dalaman N7 menggunakan teknologi untuk mewujudkan suasana selesa seolah-olah berada di rumah, sesuai untuk seisi keluarga.

Kerusi hadapan menawarkan keselesaan sifar tekanan dengan sistem postur adaptif berasaskan AI yang menyesuaikan kedudukan duduk berdasarkan input dari 49 penderia individu.

Turut dilengkapi fungsi urutan 12 titik, manakala untuk pemandu, kusyen udara pneumatik boleh dilaras sehingga 60 milimeter (mm) untuk keselesaan kaki optimum.

Paparan infotainmen tengah bersaiz 15.6 inci menawarkan resolusi tinggi 2.5K (2560 x 1440 piksel). Dipacu oleh pemproses Qualcomm® Snapdragon™ 8295P, sistem ini menjanjikan hiburan dan sambungan tanpa gangguan, lengkap dengan integrasi AI DeepSeek-R1.

Respon sistem sangat pantas hasil gabungan memori 32GB dan storan dalaman 256GB.

Varian lebih tinggi menerima sistem audio sehingga 14 pembesar suara, termasuk sepasang pembesar suara boleh naik yang terletak di papan pemuka.

Kompartmen sejuk di bawah perehat tangan tengah hadapan boleh menyejukkan minuman hingga -6 darjah Celsius pada hari panas, atau memanaskannya hingga 55 darjah Celsius ketika cuaca sejuk.

Suasana dalaman turut diserlahkan menerusi pencahayaan ambien 256 warna dan bumbung panoramik yang besar. Harga untuk Dongfeng Nissan N7 akan diumumkan akhir bulan April 2025.

Foto: Nissan

Dongfeng Nissan N7
Dongfeng Nissan N7
Dongfeng Nissan N7
Dongfeng Dongfeng Nissan N7 Nissan Nissan N7
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    CHJ Motors Sambut Ulang Tahun ke-55, Lancar Kempen ‘Satu Motor, Satu Rumah Impian’ – Hadiah Kondominium

    28/03/2026
    Aksesori

    #BikinAuto: Lamborghini Urus SE Widetrack Urban Automotive Tampil Lebih Garang!

    27/03/2026
    AFEELA Prototype 2026
    Auto Terkini

    Sony Honda Mobility Tamatkan EV AFEELA, Duit Pelanggan Pulang Balik!

    27/03/2026
    Auto Terkini

    JPJ: Lesen Tamat Tempoh Lebih 36 Bulan Tidak Layak Terima BUDI95

    27/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Petrol RON95
    Auto Terkini

    Kuota BUDI95 Mungkin Dikurangkan Kepada 200 Liter Sebulan

    By Syafie26/03/2026
    Auto Terkini

    Bila Ayah ‘Kaki Kereta’, Nama Anak Pun Jadi Jenama Kereta

    By Syafie25/03/2026
    Autotainment

    Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

    By Admin PanduLaju12/05/2021
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Roda2

    MV Agusta Dedah Konsep Enjin Lima Silinder Baharu

    By Shazwan Hisam24/03/2026
    Autotainment

    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

    By Admin PanduLaju11/06/20166
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.