Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Kenderaan Elektrik (EV)»Denza Malaysia Rai Ulang Tahun Pertama, Harga D9 Kekal Hingga 2026
Kenderaan Elektrik (EV)

Denza Malaysia Rai Ulang Tahun Pertama, Harga D9 Kekal Hingga 2026

SyafieBy Syafie24/01/2026
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

DENZA Malaysia, jenama kenderaan elektrik (EV) pintar mewah di bawah BYD, bakal meraikan ulang tahun pertama di pasaran tempatan Februari ini dengan pengumuman penting yang memberi kelegaan kepada bakal pembeli.

Denza mengesahkan model kenderaan pelbagai guna (MPV) elektrik mewah, Denza D9, akan mengekalkan harga jualan semasa walaupun pengecualian cukai EV ditarik balik tahun ini.

Harga Kekal, Keyakinan Pelanggan Diutamakan

Denza D9 akan terus ditawarkan pada harga:

  • RM259,000 – varianFWD
  • RM309,000 – varian AWD

Sejak pelancaran pada Februari 2025, lebih 1,200 unit Denza D9 dijual dalam tempoh kurang setahun, sekali gus menjadikan model itu MPV mewah elektrik paling popular di Malaysia ketika ini.

Langkah mengekalkan harga itu mencerminkan komitmen Denza untuk tidak memindahkan kesan perubahan dasar kepada pelanggan, sambil terus menyokong peralihan Malaysia ke arah mobiliti elektrik.

Ganjaran Pemilikan Eksklusif Sempena Ulang Tahun

Bagi meraikan ulang tahun pertama, Denza Malaysia turut menawarkan ganjaran pemilikan bernilai sehingga RM10,000 (FWD) dan RM15,000  (AWD), tertakluk terma dan syarat.

Antara keistimewaan ditawarkan ialah:

  • Pengecas dinding (Wallbox) 22kW percuma bersama pemasangan profesional (bernilai sehingga RM6,000)
  • Pakej servis percuma enam (6) tahun atau 120,000km (bernilai sehingga RM5,000)
  • Waranti kenderaan selama enam (6) tahun

Selain itu, pemilik Denza juga berpeluang menikmati pelbagai pengalaman gaya hidup eksklusif, termasuk acara jemputan seperti Denza Golf Cup, pengalaman kulinari premium dan keistimewaan perjalanan khas yang akan diperkenalkan secara berperingkat.

Pengarah Urusan Denza Malaysia, Eagle Zhao berkata, tahun pertama jenama itu di Malaysia sudah meletakkan asas kepercayaan kukuh dalam kalangan pelanggan.

Ketika Malaysia melangkah ke fasa seterusnya dalam penggunaan kenderaan elektrik, kami mahu memastikan pelanggan terus yakin dan dihargai sepanjang pengalaman pemilikan mereka,” katanya.

BYD, Denza Terus Dekati Pelanggan melalui BYD Tech Discovery Day

Dalam perkembangan berkaitan, BYD dan Denza Malaysia bersama Sime Motors akan meneruskan penglibatan pelanggan menerusi pusingan kedua BYD Tech Discovery Day yang berlangsung di Padang (A) Akasia, Pusat Beli-Belah Angsana Johor Bahru.

Acara empat hari itu berlangsung sekarang hingga 25 Januari 2026, dibuka setiap hari dari jam 10 pagi hingga 8 malam, dan memberi tumpuan kepada penduduk di Selatan tanah air.

Antara tarikan utama acara itu adalah:

  • Zon pandu uji interaktif model terkini BYD dan Denza berasaskan teknologi e-Platform 3.0
  • Demonstrasi parkir undur dan latihan bonggol laju
  • Putaran 360° dan demonstrasi ‘jalan ketam’ (crab walk) Denza Z9 GT
  • Cabaran Camel Bridge dan Cross Axle BYD Shark 6 yang dipacu teknologi DMO

Acara itu turut menampilkan Sudut Dialog EV, membolehkan pengunjung memahami teknologi Bateri Blade BYD, sistem pengecasan pintar dan ciri keselamatan canggih dengan bimbingan pakar produk dan teknikal.

Pengalaman pengunjung dilengkapkan dengan zon gaya hidup khas, seperti kopi percuma, kawasan permainan kanak-kanak dan penebusan barangan eksklusif BYD.

Maklumat lanjut mengenai barisan produk dan tawaran semasa, orang ramai disarankan mengunjungi bilik pameran sah premium Denza terdekat.

Auto Terkini DENZA D9 Denza Malaysia Kenderaan Elektrik (EV) Kenderaan Pelbagai Guna (MPV)
Syafie

Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

Artikel Berkaitan

Lepas L8
Autotainment

#TahukahAnda: Bagaimanakah Cara Sebut ‘Lepas’ yang Betul?

23/01/2026
Auto Terkini

Pemandu Mabuk Rempuh Palang Keselamatan Pintu 2 Istana Negara

24/01/2026
Kenderaan Elektrik (EV)

Tesla Model Y Long Range RWD Kini di Malaysia, Jarak 661km WLTP, Harga RM216,450

24/01/2026
Kenderaan Elektrik (EV)

Tesla Model 3 Varian Paling ‘Rahmah’ Kini di Malaysia, Jarak 534km WLTP, Harga RM147,600

23/01/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Spider Ace 115 Tiga Roda
Roda2

Modenas Spider Ace 115: daripada Kapcai Standard Jadi Tiga Roda

By Syafie19/01/20261
Warga asing bawa lori sampah
Auto Terkini

JPJ Tak Halang Warga Asing Bawa Lori Sampah Kalau…

By Syafie21/01/2026
Modenas Z15GT
Auto Terkini

Modenas Z15GT Tembus 10,000 Unit Jualan, Bakal Eksport ke Asean, Timur Tengah!

By Syafie16/01/20261
Modenas Z15GT 2026
Autotainment

#TahukahAnda: Kenapa Modenas Guna Nama ‘Z15GT’?

By Syafie19/01/2026
Lepas L8
Roda4

Lepas Umum Perluas Rangkaian di Malaysia, Debut Separuh Pertama 2026

By Syafie23/01/2026
Yamaha NMAX 155 ABS 2025 | Japan
Roda2

Yamaha NMAX 155 ABS 2026 Perkenal Warna Baharu untuk Jepun!

By Abang Hirata20/01/2026
Modenas Z15GT
Auto Terkini

Benarkah Modenas Z15GT ‘Made In Malaysia’?

By Syafie19/01/2026
Auto Terkini

Kawasaki Brusky 125 ‘Kembar’ Modenas Karisma 125 Terjual 17,000 Unit di Filipina

By Syafie15/01/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.