Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Denza D9 2025 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM259k
Roda4

Denza D9 2025 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM259k

SyafieBy Syafie21/02/2025
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SUBJENAMA premium BYD, Denza rasmi memasuki pasaran Malaysia hari ini menerusi pelancaran model Denza D9 2025 dengan menawarkan harga bermula RM259,000.

Dengan tema ‘Menyerlahkan Kemewahan‘, Denza menggabungkan rekabentuk elegan, teknologi canggih, dan prestasi lestari untuk menawarkan pengalaman pemanduan mewah dan inovatif. Sebagai sebahagian komitmen BYD terhadap mobiliti hijau, pelancaran itu memperkenalkan segmen premium baharu di pasaran Malaysia.

Pengurus Besar Bahagian Jualan Auto Asia Pasifik BYD, Liu Xueliang berkata, Denza D9 mendapat sambutan global luar biasa dan pelancaran di Malaysia diharapkan mendapat penerimaan positif daripada kalangan pembeli Malaysia.

Ditubuhkan pada 2010 sebagai usahasama antara BYD dan Mercedes-Benz, Denza kini dimiliki sepenuhnya BYD selepas penstrukturan semula pada 2021 dan 2024.

Sejak melancarkan model pertama pada 2014, Denza berkembang sebagai jenama premium yang menawarkan kenderaan utiliti sukan (SUV), kenderaan pelbagai guna (MPV), dan sedan mewah. Denza D9 yang dilancarkan pada 2022, mengimbangi keperluan perniagaan dan peribadi dengan ciri canggih dan keselesaan luar biasa.

Denza D9 2025 di Malaysia ialah MPV elektrik premium yang dilengkapi teknologi terkini seperti sistem e3 dengan tiga motor elektrik, teknologi Cell-to-Body (CTB), dan kawalan pergerakan kenderaan (VMC). Sistem suspensi DiSus meningkatkan kestabilan dan keselesaan yang menjadikan ia pilihan utama dalam segmen kenderaan mewah.

Selain itu, Denza mengumumkan kerjasama dengan jenama audio mewah Perancis, Devialet untuk memberikan pengalaman audio luar biasa kepada pengguna. Denza juga berhasrat terus meneroka peluang kerjasama dengan jenama premium lain untuk inovasi teknologi dan kemewahan.

Denza D9 2025 ini tersedia dalam dua varian, iaitu Advanced (FWD) pada harga RM259,000 dan Premium (AWD) pada harga RM309,000.

Ada tiga warna luaran, iaitu Arctic White (putih), Cosmos Black (hitam), dan Whale Sea Blue (biru), serta pilihan dalaman Beige (kuning cair) dan Brown (cokelat).

Pelanggan yang mahu merasai pengalaman Denza D9 2025 boleh menghadiri acara pelancaran di The Landing, KL Base, bermula 21 hingga 23 Februari, dengan aktiviti seperti pandu uji, pameran teknologi, dan bilik pameran VR.

Auto Terkini DENZA DENZA D9 Denza D9 2025 Kenderaan Pelbagai Guna (MPV) MPEV MPV Elektrik Roda4
Syafie

Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

Artikel Berkaitan

Wanita maut dalam kereta di parkir sebuah stesen minyak | Foto NST
Auto Terkini

Wanita Maut dalam Kereta di Stesen Minyak Paya Terubong

23/02/2026
Auto Terkini

Tune Talk, BHPetrol Lancar Kempen Epik+ Setahun – SIM Percuma, Baucar Minyak Ditawarkan

23/02/2026
Auto Terkini

Anggota JPJ Selangor Dibaling Mercun Selepas Keluarkan Saman

23/02/2026
Perdana Menteri DS Anwar Ibrahim, turunkan harga RON95 1.99 seliter mula 30 September ini.
Auto Terkini

Penganalisis: Subsidi RON95 Bersasar Redakan Inflasi Pengangkutan, Catat -0.7 Peratus pada Januari 2026

23/02/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Roda2

Cyclone RA600 Rasmi Dilancarkan di Malaysia, Harga RM25,888

By Syafie11/02/2026
Proton Saga 2026 Serba Baharu
Auto Terkini

10 Kereta Paling Laris Januari 2026, Proton Saga Jadi ‘King’ Baru!

By Syafie11/02/2026
Auto Terkini

Pakar: Larang Kapcai Musim Perayaan Mampu Kurangkan Nahas Jalan Raya

By Syafie21/02/2026
Roda2

Ducati Panigale V4 Rangkul Anugerah Good Design 2025, Layak dan Tidak Disangkal!

By Abang Hirata19/02/2026
Auto Terkini

Yamaha PG-1 2026 Tampil Warna Baharu, Harga Kekal RM6,998

By Shazwan Hisam11/02/2026
Wmotot Island 150i dan Hawk 200i lancar di Malaysia
Roda2

WMoto Island 150, Hawk 200i Masuk Pasaran Malaysia, Harga Mula RM6,688

By Syafie12/02/2026
Ducati Formula 73 2026
Roda2

Ducati Formula 73 – Cafe Racer Edisi Terhad 873 Unit Sempena Ulang Tahun ke-100!

By Abang Hirata13/02/2026
PLUS mula projek rintis ANPR
Auto Terkini

200,000 Pengguna Muat Turun Aplikasi JustGO Malaysia untuk Sistem ANPR

By Syafie20/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.