Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Demo Ford: Ciri Kawalan Jelajah Adaptif (ACC) Mampu Minimumkan Kesesakan Trafik
Auto Terkini

Demo Ford: Ciri Kawalan Jelajah Adaptif (ACC) Mampu Minimumkan Kesesakan Trafik

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju03/07/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


BAGI kebanyakan pengguna, kesesakan jalan raya memang satu penderitaan. Tetapi tahukah anda teknologi moden masa kini dapat meredakan masalah tersebut.

Terbaharu, Ford bekerjasama dengan Universiti Vanderbilt, Amerika Syarikat (AS) melakukan kajian demonstrasi untuk menunjukkan bagaimana ciri Kawalan Jelajah Adaptif (ACC) mampu meminimumkan kesesakan lalu lintas. Ujian dilakukan dalam trek tertutup menggunakan 36 kenderaan dilengkapi ACC.

Dalam demonstrasi itu, kereta dipandu seperti biasa di lebuh raya, sebelum kenderaan di depan memperlahankan kelajuan secara tiba-tiba daripada 96kmj hingga 64kmj bagi mensimulasikan realiti gangguan lalu lintas sebenar. Keputusannya, tanpa ACC, kesan riakan (ripple effect) berlaku kerana pemandu melihat kereta di depan membrek, dan mereka sendiri turut menekan brek sebelum melajukan semula kenderaan.

Menurut Ford;

Setiap pemandu membrek kuat berbanding kereta di depan, dan ini menjadi punca situasi yang mana setiap pemandu saling menekan brek awal. Dalam kes tertentu, kenderaan berhampiran di belakang juga memperlahankan kenderaan dan bergerak perlahan.

Ujian itu kemudian dijalankan menggunakan ACC yang secara automatik menyesuaikan kelajuan kenderaan bagi mengekalkan rentak dengan kereta depan. Disebabkan sistem itu automatik, tidak berlaku situasi lengah (delay) seperti reaksi manusia

Ford berkata, ACC mengatasi pemandu manusia dalam hampir setiap situasi membrek. Satu ujian menunjukkan kereta di belakang sekumpulan konvoi hanya perlahan sekitar 8kmj sahaja. Malah, walaupun cuma satu pertiga kenderaan menggunakan ACC, kesannya ialah sama seperti ketika semua kenderaan menggunakan teknologi berkenaan.

Mengambil keputusan demonstrasi, profesor kejuruteraan awam, Daniel Work berkata;

“Selama beberapa tahun, saintis dan jurutera lalu lintas berusaha mencari teknologi kenderaan pintar bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas, sama ada kenderaan itu dapat saling bercakap satu sama lain atau dapat meramalkan jalan di depan.

“Demonstrasi ini ialah peluang unik untuk memahami bagaimana teknologi bantuan pemandu aktif komersial sedia ada dapat digunakan untuk mempengaruhi aliran lalu lintas secara positif.”

Menurut Work lagi, rata-rata pengguna jalan raya AS menghabiskan masa 41 jam setiap tahun bergelut dengan kesesakan lalu lintas dan situasi tersebut menelan purata kerugian AS$1,400 (RM5,654) setiap tahun. Angka tersebut melibatkan kehilangan produktiviti, peningkatan masalah haus dan lusuh (wear and tear) kenderaan, dan pembaziran bahan api.

Mengulas keputusan kajian itu, Ford mendakwa sudah mula menawarkan ciri ACC sejak 2006 dan kini menjadi ciri standard 71 peratus barisan model itu di AS.

SUMBER: CarScoops

ACC Adaptive Cruise Control (ACC) Daniel Work Ford Kawalan Jejajah Adaptif (ACC) Keselamatan teknologi
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Tiket F1 di Sepang ada harga Madani
    Auto Terkini

    PMX Dedah Tiket F1 di Sepang Ada Harga Madani!

    27/07/2026
    Auto Terkini

    FLUX Tawar Suzuki Fronx, Jimny – Diskaun 69% Sempena Merdeka

    27/07/2026
    FI kembali ke Sepang untuk GP Bahrain 2026
    Auto Terkini

    PMX: Hubungan Baik Agong, Raja Bahrain Jadi Faktor F1 di Litar Sepang

    27/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Di sebalik Falsafah Rekabentuk MV Agusta, Kejuruteraan Jadi Karya Seni!

    27/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Honda Vario 160 2026
    Roda2

    Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam27/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.