• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Debut SUV Jaguar E-Pace, 13 Julai Ini – Harga Bermula AS$38,600 (RM165,533)

Debut SUV Jaguar E-Pace, 13 Julai Ini - Harga Bermula AS$38,600 (RM165,533)

June 21, 2017 By AO Leave a Comment

FacebookTwitter


JAGUAR E-Pace semakin hampir direalisasikan dan bersedia tiba di Amerika Syarikat (AS) menjelang awal tahun hadapan dengan menjanjikan kombinasi rekabentuk dan ketangkasan kereta sport dengan praktikaliti sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV).

Imej bayangan atau teaser Jaguar E-Pace baru saja didedahkan dengan menunjukkan rekaan depan sporty yang berinspirasikan model F-Type. Kita juga dapat menyaksikan ventilator fender dan spoiler.

Tiada spesifikasi teknikal dimaklumkan, tetapi Jaguar menyatakan crossover tersebut akan dikuasakan enjin Ingenium dan didatangkan dengan sistem pacuan semua roda (AWD) untuk pasaran AS.

Pengarah Rekabentuk Jaguar, Ian Callum berkata;

Kombinasi rupa kereta sport dengan prestasi Jaguar akan memastikan E-Pace menyerlah. Setiap Jaguar direka untuk mengujakan deria, dan kami fikir E-Pace juga akan melakukannya walaupun dengan karakter tersendiri."

Jaguar E-Pace akan melakukan debut pada 13 Julai nanti dengan harga pasaran di AS bermula AS$38,600 (RM165,533). Di Britain, E-Pace dijual pada harga £28,500 (RM154,299) dan ditawarkan dalam varian petrol dan diesel.

Di atas jalan, pesaing utama E-Pace ialah Audi Q3 dan BMW X1. Sebelum E-Pace, Jaguar terlebih dahulu memperkenalkan sebuah lagi model SUV, F-Pace yang didakwa membantu melonjakkan jualan global Jaguar sebanyak 85 peratus.

Jaguar-E-Pace-PanduLaju-3
Jaguar-E-Pace-PanduLaju-2
Jaguar-E-Pace-PanduLaju-1

SUMBER: Car Scoops

Artikel Berkaitan

FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: foto Jaguar E-Pace, foto teaser, Jaguar, Jaguar E-Pace, Kenderaan Utiliti Sukan (SUV), Roda4, SUV

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • Perbandingan: Perodua Ativa vs Proton X50, Apa yang Berbeza?
    Perbandingan: Perodua Ativa vs Proton X50, Apa yang Berbeza?
  • Perodua Ativa (2021) Lancar dengan A.S.A 3.0, Harga Mula Serendah RM61,500!
    Perodua Ativa (2021) Lancar dengan A.S.A 3.0, Harga Mula Serendah RM61,500!
  • Transmisi D-CVT Perodua Ativa (2021): Apa yang Best, Kenapa Bukan CVT Biasa?
    Transmisi D-CVT Perodua Ativa (2021): Apa yang Best, Kenapa Bukan CVT Biasa?
  • Kena Paksa Tukar Balik Ekzos Standard
    Kena Paksa Tukar Balik Ekzos Standard

PANDU UJI

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Inilah Reviu Jujur Abang Gan Pasal Proton X50!

 ABANG Gan baru saja memandu uji Proton X50 1.5TGD-i Flagship yang … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Hyundai Kona - SUV Jiwa Muda dengan Pakej Teknologi Mantap!

SEBELUM dilancarkan secara rasmi ke pasaran tempatan, saya baru-baru … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my