Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»De Liow Dipilih Jurutera Bendalir Petronas Baharu untuk Saingan F1 Musim 2020
Auto Terkini

De Liow Dipilih Jurutera Bendalir Petronas Baharu untuk Saingan F1 Musim 2020

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju13/03/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Kongsi
Facebook Twitter Telegram Threads


PETRONAS Lubricants International (PLI) mengumumkan De Liow, 26, dari Malaysia sebagai pemenang pencarian global Jurutera Bendalir Trek Petronas (PTFE) 2020.

Sebagai salah seorang staf bahagian trek untuk pasukan Mercedes-AMG Petronas Motorsport, yang juga juara berganda Kejuaraan Formula Satu (F1) enam kali berturut-turut, De Liow akan menguruskan hal-hal teknikal dalam trek sepanjang 22 perlumbaan musim ini.

Pencarian Jurutera Bendalir Trek Petronas edisi kedua ini bukan mudah kerana pemohon perlu melalui pusingan kompetitif yang akan menguji kemahiran teknikal, interpersonal, komunikasi dan kerja berpasukan.

Keputusannya, De Liow berjaya mengagumkan barisan juri, dan seterusnya menjalani sesi temu bual dengan Pengarah Urusan, yang juga Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan PLI, Giuseppe D’Arrigo sebelum melepasi proses pemilihan terakhir.

“Tahniah buat De Liow yang berjaya menjadi Jurutera Bendalir Trek PETRONAS terkini kami. Sebagai organisasi, kami sangat bersemangat melabur untuk bakat muda dalam inovatif idea yang mereka bawa kepada organisasi dan pembangunan teknologi bendalir mewah untuk rakan kongsi dan pelanggan kami. Selamat maju jaya dalam pasukan kami, De Liow.” kata D’Arrigo.

Tugas PTFE ialah menganalisis prestasi bendalir dalam unit kuasa, menyediakan input masa untuk tahap pencapaian dan prestasi sebenar komponen Mercedes-AMG F1 W11 EQ selain mengendalikan makmal untuk tugasan bendalir dan aktiviti perlumbaan dalam trek seluruh dunia bersama jurutera dan saintis terbaik.

De Liow mengucapkan terima kasih atas peluang cukup berharga itu. Baginya, bekerja dalam F1 memang sudah jadi impian sejak dulu, dan berharap dapat terus belajar dan berkembang bersama pasukan Petronas dan Mercedes-AMG. Beliau akan bertugas bersama pemenang tahun lalu, Stephanie Travers.

Petronas mencipta Petronas Fluid Technology Solutions™ yang termasuk bahan api Petronas Primax, minyak enjin Petronas Syntium dan Petronas Tutela, dengan kerjasama pasukan teknikal Mercedes AMG High Performance Powertrains (HPP).

BACA >>> Petronas Perkenal Minyak Enjin Sprinta dengan Teknologi UltraFlex, Harga Mula RM15

Auto Terkini De Liow Giuseppe D'Arrigo Jurutera Bendalir Trek PETRONAS (PTFE) 2020 Lewis Hamilton Mercedes AMG High Prestasi Powertrains (HPP) Mercedes-AMG Petronas Motosport Petronas Petronas Fluid Technology Solutions™ PETRONAS Lubricants International (PLI) Stephanie Travers
Admin PanduLaju

Artikel Berkaitan

QJMotor SRK450RR dan QJMotor SRK250RD
Roda2

QJMotor SRK450RR, SRK250RD Lancar di Malaysia, Harga Mula RM21,888

16/01/2026
Auto Terkini

BMW Group Malaysia Terus Jadi Pilihan Utama Automotif Premium

18/01/2026
BMW Group, dan Universiti Malaysia (UM), bekerjasama untuk aplikasi bateri hayat kedua.
Auto Terkini

BMW, UM Meterai MoU untuk Pembangunan Aplikasi Bateri EV Terpakai

16/01/2026
TGR Vios Challenge 2025
Auto Terkini

Musim 8 Toyota GAZOO Racing (TGR) Vios Challenge Tutup Tirai dengan Tiga Juara Baharu

16/01/2026
Add A Comment
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 991.8K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Z15GT Auto Terkini
Auto Terkini

Modenas Z15GT Tembus 10,000 Unit Jualan, Bakal Eksport ke Asean, Timur Tengah!

By Syafie16/01/2026
Auto Terkini
Auto Terkini

Betul Ke Modenas Z15GT ‘Made In Malaysia’?

By Syafie15/01/2026
Yamaha Ego Avantiz 2026 Roda2
Roda2

Yamaha Ego Avantiz 2026 Diperkenal dengan Pilihan Warna Lebih Segar

By Shazwan Hisam12/01/2026
Modenas Z15GT 2026 Auto Terkini
Auto Terkini

#Tahukah Anda: Kenapa Modenas Guna Nama Z15 GT?

By Syafie15/01/2026
Jenama automotif paling laris di Malaysia sepanjang 2025 Auto Terkini
Auto Terkini

10 Jenama Kereta Terlaris Sepanjang 2025, Perodua Kekal Raja Automotif Malaysia!

By Syafie13/01/2026
Auto Terkini
Auto Terkini

Modenas Spider Ace: Ace 115 Tiga Roda untuk Kegunaan Industri?

By Syafie15/01/2026
Kenderaan Elektrik (EV)
Kenderaan Elektrik (EV)

XPENG G6 Standard Range Rasmi di Malaysia, Harga RM158,888

By Shazwan Hisam16/01/2026
Pandu uji dan menang cabutan bertuah Chery PHEV Auto Terkini
Auto Terkini

Chery Malaysia Tawar Rebat hingga RM16,888 Sempena Tahun Baharu Cina!

By Syafie12/01/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.