Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Dacia Bigster 2025, Bawa Gaya Utilitarian dan Moden, Hibrid 4 Silinder dan Hibrid Ringan 3 Silinder
Auto Terkini

Dacia Bigster 2025, Bawa Gaya Utilitarian dan Moden, Hibrid 4 Silinder dan Hibrid Ringan 3 Silinder

Abang HirataBy Abang Hirata21/10/2024
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

DACIA merupakan jenama ekonomi di bawah Kumpulan Renault. Ekonomi tidak bermakna perlu dilihat sebagai murah dan dibuktikan melalui kenderaan utiliti sukan (SUV) Bigster baharu yang berada dalam segmen C.

Rekaannya tampil rugged dan menggabungkan gaya utilitarian dan moden. Bigster nampak elok sama ada di dalam hutan batu atau laluan off-road yang berselut.

SUV ini sebenarnya telah dipertontonkan pada Januari 2021 sebagai Bigster Concept dan terjemahan kepada unit pengeluaran tidak mengecewakan.

Seperti biasa, Dacia meletakkan kebolehgunaan sebagai ciri penting sebagai contoh papan pemuka yang diletakkan tinggi meningkatkan ruang yang tersedia untuk penumpang di depan.

Ciri lestari juga diberi perhatian di mana beberapa komponen badan luar dibuat daripada Starkle® yang direka oleh jurutera Dacia, iaitu sejenis bahan komposit dibuat daripada polipropilena terpakai yang mengandungi 20% plastik kitar semula.

Dacia tidak lagi menggunakan kulit dan trim krom dan menghadkan penggunaan kertas. Susulan itu, manual kenderaan menjadi lebih kecil dan versi lebih lengkap dipaparkan secara digital di dalam aplikasi My Dacia atau laman sesawang.

Sekali lagi, kereta ekonomi juga tidak bermakna kemasan kereta cukup dengan penawaran asas dan buat kali pertama Dacia menawarkan warna badan dua tona dengan bumbung hitam.

Tidak hanya mengikut trend dan menggunakan warna hitam kilat sahaja, para pereka Dacia memilih untuk menggunakan gabungan hitam kilat dan kusam.

Ciri-ciri Dacia Bigster 2025

Rangkaian kuasa

  • Hybrid 155: Enjn 4 silinder petrol 107 bhp, dua motor elektrik (sebuah motor 50 hp dan penghidup/generator voltan tinggi), bateri 1.4kWj (230V), kotak gear automatik elektrik dengan 4 gear untuk enjin dan dua untuk motor elektrik. Tanpa klac.
  • TCE 140: 1.2 liter 3 silinder turbo dengan kitaran Miller, sistem hibrid ringan 48V, kotak gear manual 6 kelajuan. Sistem hibrid membantu dalam fasa awal dan pecutan. Sistem pembrekan regeneratif dengan bateri 0.8kWj.
  • TCE 130 4×4: 1.2 liter 3 silinder turbo, sistem hibrid ringan 48V, kotak gear manual 6 kelajuan, sistem pacuan semua roda. Sistem pembrekan regeneratif dengan bateri 0.8kWj.
  • TCe 130 4×4 dengan transmisi Terrain Control 4×4 dan lima mod pemanduan: Auto, Snow, Mud/Sand, Off-road, Eco.

Rekaan:

  • Rekabentuk signatur Y Dacia – pada lampu depan dan belakang, corong penyaman udara.
  • Tumpuan pada akustik (cermin depan jenis akustik, enjin).
  • Lima penumpang. Ruang muatan but sehingga 667 liter.
  • Kerusi belakang dengan pisahan 40:20:40. Rebahan kerusi belakang memberikan ruang sehingga 2.7 meter.
  • Skrin pemandu 7 atau 10 inci. Skrin tengah 10.1 inci.
  • Sistem multimedia Media Nav Live dengan Sistem Bunyi Arkamys 3D 6 pembesar suara. (Bigster Extreme dan Journey).
  • Rim, 17, 18, 19 inci.
  • Pintu but elektrik.
  • Bumbung suria panoramik (standard atau pilihan).
  • Bar bumbung jenis modular, standar pada kedudukan memanjang dan boleh diubah kepada melintang.
  • Warna baharu Indigo Blue.

Varian:

Expression

  • Penyaman udara automatik dua zon, parkir brek elektronik, Paparan Media dengan skrin tengah 10.7 inci, skrin pemandu digital 7 inci.
  • Sensor parkir belakang dan kamera, sensor hujan, tingkap depan dan belakang elektrik.
  • Kerusi belakang 40:20:40 dengan fungsi Easy Fold.
  • Cermin sisi boleh lipat berkuasa, bar bumbung kekal, rim 17 inci.

Extreme

  • Sama seperti Expression, untuk pelanggan yang gemarkan aktiviti luar (outdoor).
  • Rim 18 inci, bumbung suria panoramik, bar bumbung modular.
  • Kunci bebas tangan, trim dalam dan luar Copper Brown.
  • Balutan Microcloud sintetik TEP boleh cuci, alas kaki dan lantai but getah, skrin pemandu 10.1 inci, sistem Media Nav Live dengan skrin tengah 10.1 inci, sistem bunyi Arkamys 3D Sound 6 pembesar suara.
  • Kawalan penurunan curam.

Journey

  • Sama seperti Expression, untuk pelanggan yang mahu mengembara dengan bergaya.
  • Rim 18 inci, warna badan dua tona.
  • Konsol tengah tinggi dengan perehat tangan, kerusi pemandu kawalan elektrik, skrin pemandu 10 inci.
  • Sistem Media Nav Live dengan skrin tengah 10.1 inci, sistem bunyi Arkamys 3D Sound 6 pembesar suara.
  • Pengecas telefon tanpa wayar, kunci bebas tangan, pintu but elektrik.
  • Kawalan Jelajah Adaptif.

Sistem keselamatan:

  • Kawalan Jelajah Adaptif (ACC) (standard pada Bigster hibrid dan varian Extreme dan Journey).
  • Pembrekan Kecemasan, Pengecaman Isyarat Jalan Raya dengan Peringatan Kelajuan, Bantuan Parkir Belakang.
  • Isyarat Berhenti Kecemasan, Bantuan Pengekalan Lorong, Amaran Perhatian Pemandu, Sistem Panggilan Kecemasan.

Dacia Bigster 2025:

Dacia Dacia Bigster
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Ron95
    Auto Terkini

    Sekatan Kad Debit, Kredit Asing Beli RON95 Bermula 1 April

    31/03/2026
    Auto Terkini

    JPJ Benar Institut Memandu Bina Litar Dalam Bangunan Bertingkat

    31/03/2026
    Auto Terkini

    KPDN Rekod Rampasan RM32 Juta Petrol, Diesel Sejak Januari 2024

    31/03/2026
    Auto Terkini

    Honda ZR-V 2026 Jepun Tiada Turbo, Cross Touring Bawa Imej Off-Road

    30/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Petrol RON95
    Auto Terkini

    Kuota BUDI95 Mungkin Dikurangkan Kepada 200 Liter Sebulan

    By Syafie26/03/2026
    Auto Terkini

    Bila Ayah ‘Kaki Kereta’, Nama Anak Pun Jadi Jenama Kereta

    By Syafie25/03/2026
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Autotainment

    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

    By Admin PanduLaju11/06/20166
    Proton e.MAS 5 2025 rasmi lancar.
    Roda4

    EV Paling Murah di Pasaran Malaysia, Proton e.MAS 5 2026 Lancar, Harga Mula RM56,800

    By Shazwan Hisam04/11/2025
    Autotainment

    Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

    By Admin PanduLaju12/05/2021
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.