Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»#Belanjawan2026: ‘Cuti Cukai’ EV Import Tamat Hujung 2025, Harga Dijangka Naik Mula 2026
Auto Terkini

#Belanjawan2026: ‘Cuti Cukai’ EV Import Tamat Hujung 2025, Harga Dijangka Naik Mula 2026

Han OthmanBy Han Othman10/10/2025
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Pengecualian duti eksais dan import kenderaan elektrik (EV) import sepenuhnya (CBU) tidak akan disambung selepas 31 Disember 2025.

KEMENTERIAN Kewangan (MOF) mengesahkan pengecualian duti eksais dan import untuk kenderaan elektrik (EV) import sepenuhnya (CBU) tidak akan disambung lagi selepas 31 Disember 2025. Ini bermakna, semua EV CBU akan dikenakan semula cukai bermula 1 Januari 2026.

Perkara itu dinyatakan dalam laporan rasmi Fiscal Outlook and Federal Government Revenue Estimates 2026 yang menjangka kutipan hasil duti eksais meningkat 2.3 peratus kepada RM12.79 bilion tahun depan, berbanding RM12.51 bilion tahun ini.

Peningkatan itu antara lain dipacu penamatan insentif cukai EV CBU, selain pengeluaran model baharu dan promosi automotif lebih agresif.

Insentif Tamat, Tapi Fokus Beralih kepada EV CKD

Sebagai rekod, insentif pengecualian duti bagi EV CBU mula diperkenalkan menerusi Belanjawan 2022, dan dilanjutkan dua kali, dari hujung 2023 hingga hujung 2024, dan seterusnya akhir 2025.

Sebaliknya, insentif bagi EV pemasangan tempatan (CKD) kekal dilanjutkan hingga akhir 2027, dua tahun lebih lama berbanding tempoh asal. Langkah itu dilihat sebagai dorongan kepada pengeluar tempatan dan pelabur luar untuk mempercepat usaha pemasangan EV di Malaysia.

Galak Industri Tempatan, Harga EV Import Mungkin Melonjak

Penamatan ‘cuti cukai’ EV CBU dijangka menyebabkan harga model import meningkat ketara bermula tahun depan. Antara model terkesan ialah Tesla, BYD Seal, Hyundai IONOQ 5, dan GWM Ora 07, yang kini dijual dalam bentuk CBU.

Namun di sebalik kebimbangan itu, langkah Kerajaan tersebut sebenarnya mendorong pertumbuhan industri EV tempatan. Beberapa jenama global sudah pun bersiap sedia memasang EV di Malaysia seperti BYD di Tanjung Malim, Stellantis di Gurun, dan kerjasama Leapmotor–Stellantis untuk model baharu tahun depan.

Selain itu, Proton dan Perodua juga bakal memainkan peranan penting dengan pelancaran model EV masing-masing dalam tempoh setahun akan datang, sekali gus menandakan permulaan era elektrifikasi buatan tempatan.

Auto Terkini Belanjawan 2026
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

BYD ATTO 3 EVO 2026 Di Eropah, Bateri LFP 74.8 kWj, 510 KM, 0-100 KM/J Dalam 3.9 Saat!

11/02/2026
Auto Terkini

PLUS Jangka Trafik Cecah 2.2 Juta Kenderaan Sempena Tahun Baharu Cina 2026

10/02/2026
Auto Terkini

Ferrari Luce EV Pertama Ferrari, Dalaman Gaya Retro Dari Sir Jony Ive, Bekas Pereka Apple

10/02/2026
Gong Xi Eid Bersama EON 2026
Auto Terkini

‘Gong Xi Eid Bersama EON’ Tawar Diskaun hingga RM58k, Tempahan Serendah RM88

09/02/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Morbidelli N125V 2026
Roda2

Morbidelli N125V 2026 dengan Enjin V-Twin 125cc, Frem Trellis dan Monoshock

By Abang Hirata04/02/2026
Gong Xi Eid Bersama EON 2026
Auto Terkini

Gong Xi Eid Bersama EON: Rebat hingga RM58k, Faedah Rendah dan Pelbagai Hadiah Menanti Tiga Hari Sahaja!

By Han Othman05/02/2026
Mitsubishi Xforce 2026 serba baharu dihasilkan CKD di kilang di Pekan
Auto Terkini

Mitsubishi Xforce 2026 Serba Baharu CKD dari Kilang di Pekan, Pahang

By Syafie10/02/2026
Roda2

Yamaha Tracer 9 GT Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM71,888!

By Syafie30/01/2026
Roda2

CFMoto 250 Dual 2026 Rasmi Lancar untuk Pasaran Malaysia, Harga RM9,888!

By Syafie03/02/2026
Auto Terkini

Chery Malaysia Dedah Empat Model SUV Bakal Dilancar Tahun Ini

By Syafie03/02/2026
Mitsubishi Xforce 2026 lancar untuk pasaran Malaysia
Roda4

Mitsubishi Xforce 2026 Rasmi Diperkenal untuk Pasaran Malaysia, Harga Mula RM110,000

By Syafie08/02/2026
Volkswagen Transporter Sportline 2026
Roda4

Volkswagen Transporter Sportline 2026 Tampil Ala GTI!

By Abang Hirata06/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.