Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Curtiss Motorcycles Dedah Satu Lagi Motosikal EV Enjin V8 – Hera
Roda2

Curtiss Motorcycles Dedah Satu Lagi Motosikal EV Enjin V8 – Hera

AryonBy Aryon28/08/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Kongsi
Facebook Twitter Telegram Threads


ERA keemasan motosikal Amerika terkenal dengan jentera berenjin besar dengan ekzos kuat. Namun, kini segalanya berubah apabila pengeluar utama seperti Harley-Davidson mengumumkan beberapa model motosikal elektrik (EV) baharu.

Terbaharu, jenama klasik Amerika, Curtiss Motorcycles bakal melancarkan motosikal EV kedua jenama itu, dinamakan Hera.

Imbas semula pada Mei lalu, Curtiss baru saja melancarkan Zeus, motosikal EV pertama yang dibangunkan dengan kerjasama Zero Motorcyles. Kini Curtiss menambah lagi ahli famili EV menerusi Hera, yakni isteri kepada Zeus dalam mitologi Greek.

BACA >>> Curtiss Zeus – Motosikal EV dengan 2 Trenkuasa Elektrik

Hera akan dipasarkan sebagai kelas baharu motosikal seperti dijelaskan Ketua Pengarah Eksekutif (CEO) Curtiss, Matt Chambers;

“Dengan Hera, kami mencipta motosikal paling mewah dunia. Dimuatkan arkitektur bateri V8 pertama dunia, berkuasa-ultra, diperhalusi, motor E-Twin dan jarak roda 1676mm, Hera akan berada dalam kelas tersendiri.”

Rekabentuk motor E-Twin dibangunkan Curtiss dan kali pertama dilihat pada motosikal EV Zeus, terdiri daripada dua motor elektrik Zero dan syaf tunggal. Bagi motosikal Hera, motor E-Twin diletakkan di bawah pelana dan menggunakan tali sawat pacu dan absorber spring dipasang rendah

Menurut Pengarah Rekabentuk Curtiss, Jordan Cornille, Hera diilhamkan daripada motosikal V8 (1907) yang ditunggang Glenn Curtiss untuk mencatatkan rekod atas darat terpantas dunia yang melayakkan Glenn mendapat gelaran ‘Lelaki Paling Pantas di Bumi’ apabila memecut sepantas 219kmj pada 23 Januari 1907.

BACA >>> #RetroAuto: Glenn Curtiss – Si Pereka yang Tetapkan Penanda Aras Kelajuan Motosikal

Lebih seabad kemudian, syarikat itu boleh membayangkan semula rupa Curtiss V8 (1907) itu dalam bentuk EV penuh dengan mencipta enjin 8 silinder, dan bateri Li-ion ketumpatan tinggi yang meniru bentuk motosikal asal. Arkitektur elektronik turut melengkapkan pakej jentera tersebut.

Cuma gambar didedahkan, manakala spesifikasi penuh Hera masih rahsia dan mungkin boleh dibuat perbandingan dengan suaminya, Zeus yang didatangkan dua motor elektrik berkuasa 170hp dan tork 393Nm. Model ini juga bakal dinobatkan sebagai antara motosikal paling berkuasa pernah dibina.

Sebagai model flagship EV sepenuhnya, Curtiss dijangka memberikan kejutan menarik mengenai spesifikasi Hera.

GALERI

SUMBER: Electrek

Curtiss Hera Curtiss Motorcycles Curtiss Zeus EV Glenn Curtiss Jordan Cornille Kenderaan Elektrik (EV) Matt Chambers motosikal elektrik motosikal EV roda2
Aryon

Artikel Berkaitan

QJMotor SRK450RR dan QJMotor SRK250RD
Roda2

QJMotor SRK450RR, SRK250RD Lancar di Malaysia, Harga Mula RM21,888

16/01/2026
Auto Terkini

BMW Group Malaysia Terus Jadi Pilihan Utama Automotif Premium

18/01/2026
BMW Group, dan Universiti Malaysia (UM), bekerjasama untuk aplikasi bateri hayat kedua.
Auto Terkini

BMW, UM Meterai MoU untuk Pembangunan Aplikasi Bateri EV Terpakai

16/01/2026
Yamaha XSR900 GP ABS 2026 | US Intercolor Yellow
Roda2

Yamaha XSR900 GP ABS 2026 dengan Warna Kuning Ikonik

18/01/2026
Add A Comment
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 991.8K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Z15GT Auto Terkini
Auto Terkini

Modenas Z15GT Tembus 10,000 Unit Jualan, Bakal Eksport ke Asean, Timur Tengah!

By Syafie16/01/2026
Auto Terkini
Auto Terkini

Betul Ke Modenas Z15GT ‘Made In Malaysia’?

By Syafie15/01/2026
Yamaha Ego Avantiz 2026 Roda2
Roda2

Yamaha Ego Avantiz 2026 Diperkenal dengan Pilihan Warna Lebih Segar

By Shazwan Hisam12/01/2026
Modenas Z15GT 2026 Auto Terkini
Auto Terkini

#Tahukah Anda: Kenapa Modenas Guna Nama Z15 GT?

By Syafie15/01/2026
Jenama automotif paling laris di Malaysia sepanjang 2025 Auto Terkini
Auto Terkini

10 Jenama Kereta Terlaris Sepanjang 2025, Perodua Kekal Raja Automotif Malaysia!

By Syafie13/01/2026
Auto Terkini
Auto Terkini

Modenas Spider Ace: Ace 115 Tiga Roda untuk Kegunaan Industri?

By Syafie15/01/2026
Kenderaan Elektrik (EV)
Kenderaan Elektrik (EV)

XPENG G6 Standard Range Rasmi di Malaysia, Harga RM158,888

By Shazwan Hisam16/01/2026
Pandu uji dan menang cabutan bertuah Chery PHEV Auto Terkini
Auto Terkini

Chery Malaysia Tawar Rebat hingga RM16,888 Sempena Tahun Baharu Cina!

By Syafie12/01/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.