Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Curi Kabel Pengangkutan Rel, MOT Cadang Hukuman Lebih Berat
Auto Terkini

Curi Kabel Pengangkutan Rel, MOT Cadang Hukuman Lebih Berat

SyafieBy Syafie17/03/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Kabel MRT dicuri

KEMENTERIAN Pengangkutan (MOT) mencadangkan pindaan undang-undang bagi mengenakan hukuman lebih berat terhadap individu yang terlibat dalam kes kecurian kabel sistem pengangkutan rel.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, cadangan tersebut sudah dikemukakan kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) bagi memastikan tindakan lebih tegas dapat diambil terhadap pesalah.

Menurut beliau, kecurian kabel rel tidak boleh dianggap kes kecurian biasa kerana boleh menjejaskan keselamatan orang ramai dan mengganggu operasi pengangkutan awam.

Ganggu Operasi MRT

Loke berkata, cadangan pindaan undang-undang itu dibincangkan dalam pertemuan bersama KDN, Disember lalu.

Beliau menegaskan, tindakan lebih tegas perlu diambil kerana kes kecurian kabel boleh memberi kesan besar kepada operasi sistem rel seperti MRT Laluan Putrajaya.

Baru-baru ini, Prasarana Malaysia Berhad membuat laporan polis selepas insiden kecurian kabel berhampiran Stesen Sri Damansara Barat, 3 Mac lalu.

Empat Suspek Ditahan

Insiden tersebut menyebabkan gangguan operasi MRT Laluan Putrajaya selama tiga hari, sekali gus menjejaskan ribuan pengguna pengangkutan awam.

Susulan siasatan, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan empat suspek yang dipercayai terlibat dalam kes berkenaan.

Sebelum ini, pakar kriminologi Datuk Shahul Hamid Abd Rahim turut menggesa Kerajaan menyemak semula undang-undang sedia ada kerana hukuman terhadap pencuri kabel tidak setimpal dengan kerugian, dan gangguan yang dialami sistem pengangkutan rel negara.

SUMBER: SinarHarian

Anthony Loke Siew Fook Auto Terkini Kementerian Dalam Negeri Malaysia (KDN) Kementerian Pengangkutan (MOT) Kes Kecurian Kabel MRT Corp MRT Laluan Putrajaya Polis Diraja Malaysia (PDRM) Transit Aliran Massa (MRT)
Syafie

    Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

    Artikel Berkaitan

    Roda2

    Honda CRF250R, CRF250RX, CRF450R dan CRF450RX 2027 โ€“ Model 450 Rombakan Besar!

    20/06/2026
    Auto Terkini

    Honda N-BOX 2026 – Wajah N-BOX Custom lebih garang!

    19/06/2026
    Auto Terkini

    Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

    19/06/2026
    Auto Terkini

    Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

    19/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

    By Syafie19/06/2026
    Auto Terkini

    Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

    By Syafie19/06/2026
    Auto Terkini

    Geely Sapu Bersih, Menang 3 Perlumbaan TCR di Sepanyol!

    By Abang Hirata16/06/2026
    Auto Terkini

    Perodua Turunkan Harga QV-E, Kini Bermula RM63,499 dengan Pakej BAAS

    By Syafie15/06/2026
    Roda2

    Yamaha YZ250F 2027 – Enjin Baharu Dalam Lapan Tahun!

    By Abang Hirata18/06/2026
    Roda4

    #KLIMS2026: Mazda CX-5 Serba Baharu Previu di Malaysia, Kini Dibuka untuk Tempahan!

    By Syafie15/06/2026
    PHEV

    #KLIMS2026: Jetour T2 I-DM Dibuka untuk Tempahan di Malaysia, Harga Anggaran RM168,888

    By Syafie12/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: Cyclone Lancar Dua Skuter Baharu – RT25 dan RT5, Harga Mula RM13,888

    By Syafie09/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my ยท GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.