Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Covid-19: Tidak Mustahil Kena Berkurung 2 Bulan Lagi Kalau Masih ‘Ketegaq’
Auto Terkini

Covid-19: Tidak Mustahil Kena Berkurung 2 Bulan Lagi Kalau Masih ‘Ketegaq’

Han OthmanBy Han Othman23/03/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


JIKA pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hingga 31 Mac ini gagal mengekang penularan wabak Covid-19 akibat kedegilan sesetengah pihak bekerjasama, tidak mustahil ia dilanjutkan untuk tempoh dua bulan lagi, kata pakar virologi, Prof Dr Sazaly Abu Bakar, dipetik BHarian.

“Jika masih ada kelompok rakyat yang berdegil, situasi semasa yang memerlukan kita duduk di dalam rumah, boleh berlanjutan enam hingga lapan minggu lagi.

“Masalahnya, rakyat kita tiada disiplin seperti warga Korea atau Jepun. Ketika ke hospital semalam, saya lihat masih ada yang bersentuhan dan tidak menutup mulut ketika batuk,” katanya, semalam.

BACA >>> Covid-19: Engkar Perintah Kawalan Pergerakan, Doktor Joging Kena Siasat

Selain sikap rakyat, Sazaly juga berpendapat wujud faktor lain yang boleh menyumbang kepada kegagalan mengekang penularan Covid-19 seperti tindakan beribu-ribu orang pulang ke kampung halaman selepas PKP diumumkan.

“Adalah satu kesilapan apabila orang dari kawasan tinggi jangkitan, iaitu Kuala Lumpur dan Selangor, balik ke kampung.

“Kita seolah-olah tidak belajar pada kesilapan sama dilakukan Itali, yang akhirnya menyebabkan wabak coronavirus bertambah kronik di negara itu,” katanya.

CONTOHI KOREA, JEPUN

Sazaly turut mencadangkan Kerajaan mencontohi Korea, Jepun dan Taiwan, yang bertindak turun padang untuk melaksanakan ujian komuniti dengan mengerah jentera perubatan mereka membuat ujian pintu ke pintu.

“Ketika ini, kita masih menunggu orang sakit atau disahkan positif (melalui pengesanan kontak) datang ke hospital. Ibaratnya menunggu sama ada mangsa sakit, pulih atau meninggal dunia.

“Sekarang ‘darurat’ dan sedang berperang, tak boleh guna cara lama. Di Korea dan Jepun, mereka kerah jentera perubatan cari pesakit. Misalnya, Korea buat 20,000 ujian Covid-19 dalam sehari.

“Kita perlu masuk ke kawasan yang dikategorikan tinggi wabak dan uji semua orang dalam kawasan itu. Jika positif, ajar kaedah kuarantin dan terus beri ubat, tidak semestinya mereka perlu ke hospital.

“Ujian komuniti ini bukan saja KKM, malah polis, tentera, pihak universiti dan badan bukan kerajaan (NGO) berkelayakan juga boleh dikerah membantu. Dalam saat ‘perang’ ini, gunakan apa saja sumber yang ada, tak boleh bergerak sendirian,” katanya yang tidak menolak kemungkinan Malaysia menjadi seperti Itali jika langkah agresif tidak dilakukan.

KEMATIAN BANYAK LIBATKAN 60 TAHUN KE BAWAH

Status terkini kes Covid-19 di Malaysia setakat 5 petang, semalam (22/03/2020)

Dalam pada itu, beliau turut membangkitkan kebimbangan terhadap peningkatan kes jangkitan Covid-19 yang tidak berkait kluster tabligh, sekali gus menggesa KKM segera melaksanakan penjujukan genom virus bagi mengenal pasti punca jangkitan berkenaan.

Penjujukan genom itu juga perlu disegerakan bagi mengenalpasti punca kenapa majoriti kes kematian akibat coronavirus di Malaysia, adalah membabitkan golongan berusia 60 tahun ke bawah, berbeza dengan kes di China, Itali, Jepun dan negara lain.

“Tujuh daripada 10 kes kematian di Malaysia adalah 60 tahun dan ke bawah, sedangkan negara lain majoriti kes kematian adalah individu 60 tahun atau 80 tahun ke atas. Kita perlu kenal pasti menerusi penjujukan genom, sama ada virus yang menyerang di Malaysia lebih bahaya serta dari mana datang virus yang menjangkiti jemaah tabligh dan kes-kes lain,” katanya.

SUMBER: BHarian

Auto Terkini Covid-19 Duduk Di Rumah Koronavirus Pakar Virologi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Prof Dr Sazaly Abu Bakar Stay At Home Virus Wabak
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Roda4

Nissan Serena e-POWER C28 Rasmi Dilancar di Malaysia, Harga Mula RM154,800!

03/03/2026
Auto Terkini

MRT Putrajaya Line Tergendala Akibat Kecurian Kabel, Gangguan Seharian

03/03/2026
Bikin Auto

#BikinAuto: M Performance Track Kit untuk BMW M2 dan Ekzos M Performance untuk BMW M2 CS

02/03/2026
Lee Chong Wei kini pemilik Zeekr 7X
Auto Terkini

Lee Chong Wei Kini Pemilik Zeekr 7X!

02/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
Aerotrain KLIA
Auto Terkini

MAHB Kenakan Penalti RM9.1 Juta kepada Kontraktor Projek Aerotrain KLIA

By Syafie01/03/2026
Pekerja binaan maut dihempap pengorek jengkaut di Tumpat, Kelantan
Auto Terkini

Pekerja Tapak Binaan Maut Dihempap Pengorek Jengkaut

By Shazwan Hisam25/02/2026
0
ApaNakBuat

Perodua: Tekan ‘Push Start Button’ Sekali Saja, Kalau Lebih Itu Mitos

By Syafie26/02/2026
Stesen minyak Shell di Filipina.
Auto Terkini

Harga Bahan Api Naik Hari ini untuk Petrol, Diesel

By Han Othman24/02/2026
Auto Terkini

Baru 5 Minit Buka! Tiket Bas Balik Raya ke Kelantan Terus ‘Licin’

By Syafie25/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.