• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Covid-19: Putrajaya Dikawal Ketat

Covid-19: Putrajaya Dikawal Ketat

March 29, 2020 By Admin PanduLaju Leave a Comment

291
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PERINTAH Kawalan Pergerakan (PKP) fasa pertama sudah hampir berakhir dengan mencatatkan peningkatan kes jangkitan wabak Covid-19 dalam kalangan rakyat Malaysia.

Susulan itu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) kini memperhebatkan operasi sekatan jalan raya di banyak tempat seluruh negara, termasuk Putrajaya sepanjang PKP.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Rosly Hassan berkata, Perbadanan Putrajaya (PPJ) menutup tujuh laluan yang menghubungkan Putrajaya dengan beberapa kawasan sempadan lain seperti Cyberjaya, Dengkil, Pinggiran Putra, Bangi dan Puchong.

Penutupan jalan adalah langkah tambahan dan tiada lagi sebarang tangkapan melibatkan penduduk di Putrajaya kerana penduduk di sana sangat patuh arahan. Cuma waktu pagi dan petang sedikit sibuk kerana waktu puncak untuk pekerja sektor penting.

BACA >>>> Covid-19: Tak Nak Patah Balik, Siap Ajak Polis Bertumbuk

Berikut tujuh kawasan dalam KAWALAN PEMERIKSAAN PDRM dan ATM di Putrajaya:

  • Pintu 3, Persiaran Utara menghala keluar ke Puchong di Presint 9
  • Pintu 2, Persiaran Persekutuan menghala keluar ke Puchong di Presint 13
  • Persiaran Selatan menghala keluar ke Dengkil di Presint 5
  • Lebuh Sentosa susur Persiaran Barat - hala keluar ke Cyberjaya
  • Jalan P14 (Persimpangan Sekolah Antarabangsa Arab) menghala masuk ke Putrajaya
  • Jalan Resam menghala masuk ke Puchong dan Pintu 2A
  • Persiaran Utara menghala keluar ke Hospital Serdang

Berikut tujuh kawasan DITUTUP di Putrajaya:

  • Jalan P5, menghala keluar dan masuk ke Taman Cabaran
  • Lebuh Wadi Ehsan menghala keluar Desa Pinggiran Putra di Presint 19
  •  Persiaran Timur di susur keluar ke Desa Pinggiran Putra di Presint 16
  • Jalan Resam menghala keluar ke Puchong
  • Jalan Presint 11J menghala keluar dan masuk ke Cyberjaya
  • Lebuh Sentosa (dari Presint 11) menghala keluar ke Persiaran Utara
  • Jalan P14J menghala keluar dan masuk Sg Merab, Bangi

BACA >>> Covid-19: Masih Ramai Degil, 1,796 Kes Langgar PKP

SUMBER: HMetro

Related

291
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Asisten Komisioner Rosly Hassan, Auto Terkini, Perbadanan Putrajaya (PPj), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Rosly Hassan, sekatan jalan sepanjang PKP di Putrajaya

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Marshal Konvoi Motosikal Pakai Jaket Polis di Nilai Boleh Didenda Maksimum RM5k, Penjara Setahun!
    Marshal Konvoi Motosikal Pakai Jaket Polis di Nilai Boleh Didenda Maksimum RM5k, Penjara Setahun!
  • Bas Diesel Rapid KL, Penang Baru Lancar, Apa yang Baharu?
    Bas Diesel Rapid KL, Penang Baru Lancar, Apa yang Baharu?
  • Blueshark Malaysia Umum Prapelancaran SoloEra Solo 1C 2025, Harga RM599!
    Blueshark Malaysia Umum Prapelancaran SoloEra Solo 1C 2025, Harga RM599!
  • Prasarana Lancar 310 Bas Diesel Rapid KL, Rapid Penang Baharu!
    Prasarana Lancar 310 Bas Diesel Rapid KL, Rapid Penang Baharu!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev