Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Covid-19: Pameran Motor Antarabangsa Geneva (GIMS) 2020 Batal Saat Akhir
Auto Terkini

Covid-19: Pameran Motor Antarabangsa Geneva (GIMS) 2020 Batal Saat Akhir

Brader ShawnBy Brader Shawn02/03/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Kongsi
Facebook Twitter Telegram Threads


PAMERAN Motor Antarabangsa Geneva (GIMS) 2020
yang sepatutnya berlangsung bulan ini terpaksa dibatalkan susulan kebimbangan Kerajaan terhadap wabak Covid-19.

Pihak berkuasa Switzerland memutuskan mengharamkan semua jenis himpunan sama ada awam atau persendirian jika membabitkan lebih 1,000 peserta atau pengunjung. Tindakan larangan berskala besar itu diumumkan Majlis Persekutuan Switzeland pada 28 Februari lalu dan berkuat kuasa hingga 15 Mac ini.

BACA >>> 10 Auto Show Paling Prestij, Jadi Tumpuan Nama Besar Pengeluar Automotif Dunia

GIMS 2020 sepatutnya mula dibuka untuk liputan wartawan hari ini (2 Mac) dan orang ramai (5-15 Mac).

Presiden Yayasan GIMS, Maurice Turrettini mengesahkan pembatalan acara tahunan global itu dalam satu kenyataan:

Edisi ke-90 GIMS, yang sepatutnya menyambut ketibaan media Isnin depan (hari ini) dan orang awam bermula 5 hingga 15 Mac 2020, tidak akan berlangsung.

“Ini sejajar keputusan Majlis Persekutuan pada 28 Februari 2020 bahawa tiada perhimpunan dengan lebih 1,000 pengunjung dibenarkan hingga 15 Mac 2020. Keputusan ini dibuat 3 hari sebelum pembukaan kepada pihak media.

“Kami kesal dengan situasi ini, tetapi kesihatan semua penunjung dan pempamer adalah perkara paling utama. Ini kes ‘force majeure’ dan kehilangan besar buat pengeluar yang sudah melabur banyak wang untuk kehadiran di Geneva.

“Kami tidak boleh menunda acara sebesar ini selama beberapa minggu atau bulan. Terlalu banyak pihak terlibat. Mustahil dianjurkan semula tahun 2020.”

Portal CNN Business pula melaporkan GIMS dibatalkan selepas pihak berkuasa Switzerland melaporkan 15 kes Covid-19. Itali pula sudah mencatatkan sekurang-kurangnya 650 kes jangkitan dan 17 kematian, manakala Perancis, 38 kes dan dua kematian.

Dianggarkan kira-kira 220 pempamer menyertai GIMS dan hampir 10,000 wartawan dijangka hadir. Acara perhimpunan automotif ini bakal terima kira-kira 660,000 pengunjung. Menurut penganjur, bayaran balik akan dibuat kepada pemilik tiket.

SUMBER: Motor1 | AutoBlog | CNN | GIMS

Auto Terkini Geneva International Motor Show 2020 GIMS 2020 Pameran Auto Pameran Automotif Pameran Motor Antarabangsa (GIMS) 2020
Brader Shawn

Artikel Berkaitan

QJMotor SRK450RR dan QJMotor SRK250RD
Roda2

QJMotor SRK450RR, SRK250RD Lancar di Malaysia, Harga Mula RM21,888

16/01/2026
Auto Terkini

BMW Group Malaysia Terus Jadi Pilihan Utama Automotif Premium

18/01/2026
BMW Group, dan Universiti Malaysia (UM), bekerjasama untuk aplikasi bateri hayat kedua.
Auto Terkini

BMW, UM Meterai MoU untuk Pembangunan Aplikasi Bateri EV Terpakai

16/01/2026
TGR Vios Challenge 2025
Auto Terkini

Musim 8 Toyota GAZOO Racing (TGR) Vios Challenge Tutup Tirai dengan Tiga Juara Baharu

16/01/2026
Add A Comment
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 991.8K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Z15GT Auto Terkini
Auto Terkini

Modenas Z15GT Tembus 10,000 Unit Jualan, Bakal Eksport ke Asean, Timur Tengah!

By Syafie16/01/2026
Auto Terkini
Auto Terkini

Betul Ke Modenas Z15GT ‘Made In Malaysia’?

By Syafie15/01/2026
Yamaha Ego Avantiz 2026 Roda2
Roda2

Yamaha Ego Avantiz 2026 Diperkenal dengan Pilihan Warna Lebih Segar

By Shazwan Hisam12/01/2026
Modenas Z15GT 2026 Auto Terkini
Auto Terkini

#Tahukah Anda: Kenapa Modenas Guna Nama Z15 GT?

By Syafie15/01/2026
Auto Terkini
Auto Terkini

Modenas Spider Ace: Ace 115 Tiga Roda untuk Kegunaan Industri?

By Syafie15/01/2026
Jenama automotif paling laris di Malaysia sepanjang 2025 Auto Terkini
Auto Terkini

10 Jenama Kereta Terlaris Sepanjang 2025, Perodua Kekal Raja Automotif Malaysia!

By Syafie13/01/2026
Kenderaan Elektrik (EV)
Kenderaan Elektrik (EV)

XPENG G6 Standard Range Rasmi di Malaysia, Harga RM158,888

By Shazwan Hisam16/01/2026
Pandu uji dan menang cabutan bertuah Chery PHEV Auto Terkini
Auto Terkini

Chery Malaysia Tawar Rebat hingga RM16,888 Sempena Tahun Baharu Cina!

By Syafie12/01/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.