• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Covid-19: AirAsia Gantung Penerbangan Sementara

Covid-19: AirAsia Gantung Penerbangan Sementara

March 28, 2020 By MS Leave a Comment

FacebookTwitter


DEMI keselamatan penumpang dan seluruh kakitangan, AirAsia Group (AirAsia) menggantung sementara hampir semua penerbangan dalam rangkaian penerbangan itu berikutan sekatan perjalanan dilaksanankan beberapa negara akibat pandemik Covid-19.

AirAsia Group dalam kenyataan berkata, langkah itu dipersetujui syarikat penerbangan dikendalikan di bawah AirAsia Group dan AirAsia X Group.

Syarikat akur dengan keperluan memainkan peranan dalam membantu usaha Kerajaan mengenakan sekatan perjalanan dan perintah kawalan pergerakan termasuk perintah kuarantin di rumah untuk mencegah penularan virus dan menjadikan penerbangan lebih selamat untuk semua.

BACA >>> Senarai 17 Pengeluar Automotif Ternama yang Hentikan Operasi Kerana Covid-19

AirAsia (3)
airasia-logo

AirAsia juga akan terus memantau keadaan semasa dan bersedia memulakan penerbangan secepat mungkin apabila keadaan bertambah baik dan tertakluk kepada kelulusan pihak kawalan selia.

Semua penumpang terjejas akan segera dimaklumkan melalui e-mel dan kiriman SMS. Penumpang terlibat ditawarkan pilihan menukar tempahan penerbangan kepada akaun kredit yang boleh ditebus dalam masa 365 hari kalendar atau menukar kepada tarikh baharu tanpa had dan bayaran sebelum 31 Oktober 2020.

Senarai penerbangan terlibat:

  • AirAsia Malaysia (AK): Penggantungan sementara ini membabitkan laluan antarabangsa dan domestik, 28 Mac-21 April.
  • AirAsia X Malaysia (D7): Penggantungan hampir semua perjalanan, 28 Mac-31 Mei.
  • AirAsia Indonesia (QZ): Pengurangan  jumlah penerbangan antarabangsa dan laluan domestik masih beroperasi, tetapi kurang kekerapan.
  • AirAsia Filipina (Z2): Penggantungan sementara semua penerbangan, 20 Mac-14 April kerana tempoh kuarantin di Luzon dan kawasan lain di Filipina.
  • AirAsia Thailand (FD): Penggantungan penerbangan antarabangsa, 22 Mac-25 April, tetapi laluan domestik masih beroperasi dengan kekerapan rendah.
  • AirAsia India: Penggantungan semua laluan bermula 25 Mac, selama 21 hari berikutan pengumuman Kerajaan India menggantung semua laluan domestik dalam negara.
  • AirAsiaX Thailand: Penggantungan semua penerbangan buat sementara waktu selama tiga bulan bermula 16 Mac.

Bagi menguruskan dan menampung kos perniagaan, ahli pengurusan kanan dan kakitangan kanan AirAsia bersetuju menerima potongan gaji antara 10 dan 15 peratus.

BACA >>> Covid-19: Pendapatan Merosot, Malindo Air Serah Pesawat Kepada Batik Air

SUMBER: HMetro

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: AirAsia, AirAsia Group, Auto Terkini, Kumpulan AirAsia, penggantungan sementara penerbangan AirAsia, pesawat AirAsia

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: 'Fork Seal' Kerap Bocor? Jangan Hantar Bengkel Sebelum Cuba Trik Ini!
    #ApaNakBuat: 'Fork Seal' Kerap Bocor? Jangan Hantar Bengkel Sebelum Cuba Trik Ini!
  • Berapakah Tekanan Angin yang Betul Selepas Tukar Saiz Rim dan Tayar?
    Berapakah Tekanan Angin yang Betul Selepas Tukar Saiz Rim dan Tayar?
  • Perbandingan: Honda RS-X vs RS150R, Apa Berbeza?
    Perbandingan: Honda RS-X vs RS150R, Apa Berbeza?
  • Mitsubishi Xpander Kekal Raja MPV Bukan Nasional di Malaysia
    Mitsubishi Xpander Kekal Raja MPV Bukan Nasional di Malaysia

PANDU UJI

#TunggangUji: 7 Fakta Asas Aprilia SR GT 200 (2022) Anda Perlu Tahu

APRILIA SR GT 200 (2022) yang diperkenalkan ke Malaysia Jumaat lalu … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: Ducati Multistrada V4 S - Sport Tourer Serba Canggih, Lincah dan Berkuasa!

SEGMEN sport-tourer, iaitu motosikal jelajah berkuasa tinggi ialah … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: VinFast Vento yang Sesuai untuk Petrol RM5.50 Seliter (di Vietnam)!

MOTOSIKAL elektrik bukan lagi asing di Vietnam, tambahan lagi apabila … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my