Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Bikin Kereta»#BikinAuto: Ini Ciri Khas Škoda Kodiaq Polis Republik Czech!
Bikin Kereta

#BikinAuto: Ini Ciri Khas Škoda Kodiaq Polis Republik Czech!

Abang HirataBy Abang Hirata08/01/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Kongsi
Facebook Twitter Telegram Threads

Škoda Kodiaq versi polis di Republik Czech

KERETA polis sering kali menarik perhatian orang awam, sama ada ketika bertugas di lebuh raya, rondaan bandar atau operasi khas.

Antara persoalan kerap dibincangkan adalah sama ada spesifikasi kereta polis berbeza berbanding versi awam, atau sekadar kenderaan standard yang ditambah pelekat dan lampu kecemasan.

Škoda Kodiaq versi polis di Republik Czech
Škoda Kodiaq versi polis di Republik Czech

Faktanya, kenderaan polis mempunyai beberapa kategori dan tujuan operasi berbeza dan sebahagian dibangunkan khas dengan spesifikasi yang tidak ditawarkan kepada orang ramai.

Pendekatan itu dapat dilihat pada Škoda Kodiaq generasi kedua versi polis, yang kini mula berkhidmat bersama Polis Republik Czech.

352 Unit Kodiaq Generasi Baharu untuk Tugas Polis

Škoda Kodiaq versi polis di Republik Czech
Škoda Kodiaq versi polis di Republik Czech

Sebanyak 352 unit Škoda Kodiaq generasi kedua sudah diserahkan pada November 2025 untuk kegunaan Polis Republik Czech.

Armada itu akan berkhidmat untuk pelbagai unit, termasuk rondaan biasa dan polis trafik dengan peranan merangkumi operasi harian, kawalan lalu lintas serta respons kecemasan.

Pembangunan Kodiaq versi polis itu melibatkan kerjasama rapat antara pegawai polis sendiri dan jurutera Škoda di Mladá Boleslav.

Pengalaman operasi daripada armada Kodiaq polis generasi pertama digunakan sebagai rujukan utama, memastikan setiap penambahbaikan dibuat berdasarkan keperluan sebenar di lapangan dan bukan sekadar perubahan kosmetik.

Enjin RS Turbo, Sistem Casis Talaan Khas

Škoda Kodiaq versi polis di Republik Czech
Škoda Kodiaq versi polis di Republik Czech

Kodiaq yang digunakan bukan biasa-biasa kerana kuasa datang daripada varian RS yang sporty dan dijana enjin petrol 2.0 TSI turbo berkuasa 262hp.

Enjin digandingkan sistem pacuan semua roda (AWD), transmisi automatik DSG dan absorber adaptif DCC+ yang ditala khas.

Gabungan trenkuasa dan casis itu membolehkan kenderaan menawarkan prestasi tinggi, kestabilan dan kawalan konsisten, sama ada ketika rondaan biasa atau dalam situasi kecemasan yang memerlukan respons pantas.

Brek Dipertingkat, Mod Sport Segera

Škoda Kodiaq versi polis di Republik Czech

Škoda Kodiaq itu akan digunakan unit rondaan dan polis trafik, dengan beberapa naik taraf khas bagi menyokong peranan tersebut. Antara perbezaan ketara adalah penggunaan rim aloi 18 inci, menggantikan rim besi asal dengan penutup plastik.

Rim tersebut membolehkan penyejukan lebih baik untuk sistem brek dipertingkat dan lebih tahan lasak, yang diambil daripada versi kenderaan utiliti sukan (SUV) 7-kerusi.

Satu lagi ciri penting adalah keupayaan menukar tetapan trenkuasa dan casis kepada mod Sport dengan pantas. Ciri itu memberi pemandu akses segera kepada prestasi penuh kenderaan apabila diperlukan, tanpa perlu melalui tetapan kompleks.

Sistem Lampu Kecemasan Serba Lengkap

Škoda Kodiaq versi polis di Republik Czech
Škoda Kodiaq versi polis di Republik Czech

Selain pelekat reflektif, lampu kecemasan menjadi elemen kritikal pada kenderaan polis. Sistem lampu pada Kodiaq itu turut dimodenkan, dengan unit utama lampu biru dan merah dipasang pada bumbung.

Lampu tambahan turut disepadu pada bawah cermin depan, dengan kedua-dua sisi gril depan, dan bahagian dalam pintu belakang bagi memastikan kejelasan walaupun ketika pintu but dibuka.

Unit strob biru dan merah juga dipasang pada bampar belakang dan fender depan bagi memastikan mudah dikenal pasti dari pelbagai sudut dalam semua situasi operasi.

Kabin Operasi, ‘Spy Mode’

Lampu kecemasan dan siren dikawal melalui panel khas dalam kabin. Di bawah kawalan penyaman udara, ruang disediakan untuk pemasangan unit radio.

Kabin kereta turut dilengkapi beberapa elemen praktikal seperti tukul keselamatan untuk memecahkan cermin dan cermin pandang belakang dalaman tambahan bagi memantau individu ditahan.

Antara ciri paling unik ialah mod risikan (spy mode), yang membolehkan kereta beroperasi tanpa lampu depan menyala. Ciri tersebut tidak tersedia pada model standard dan sangat berguna untuk operasi penyamaran pada malam.

Disebabkan beban elektronik lebih tinggi, Kodiaq versi polisitu turut dilengkapi bateri tambahan dan kapasiti pengecasan dipertingkat.

Ruang But Ikut Peranan Operasi

Škoda Kodiaq versi polis di Republik Czech

Susun atur ruang but berbeza mengikut jenis tugasan. Unit respons awal dilengkapi peti simpanan senjata api panjang berkunci, manakala kenderaan polis trafik mempunyai kerangka logam dengan dua laci gelongsor yang boleh dibuka menjadi ruang kerja kecil.

Ruang itu digunakan untuk menyimpan dokumen, kad pengenalan atau alat penguji nafas, selain sistem pemegang kertas baharu bagi mengelakkan dokumen diterbangkan angin ketika bertugas.

Walaupun dengan kelengkapan tambahan itu, ruang but Kodiaq masih menawarkan kapasiti 910 liter untuk peralatan lain.

Kerusi Belakang ‘Mesra’ Tahanan

Škoda Kodiaq versi polis di Republik Czech

Bahagian tempat duduk belakang turut menerima beberapa ciri Simply Clever Škoda khas untuk tugasan polis. Posisi kunci tali keledar untuk individu ditahan diletakkan di sisi pintu yang membolehkan anggota polis memasangnya tanpa perlu membongkok ke atas tahanan.

Tali keledar itu juga boleh disediakan lebih awal dengan menyangkut pada penyandar kepala depan. Bagi memudahkan pembersihan selepas operasi, tempat duduk belakang dibalut kulit sintetik.

Palang Depan, Teknik PIT

Škoda Kodiaq versi polis di Republik Czech

Antara ciri paling menonjol pada Kodiaq versi polis generasi baharu ialah palang keselamatan depan, yang direka untuk melaksanakan teknik PIT.

Dalam prosedur itu, kenderaan polis menyentuh bahagian berhampiran roda belakang kenderaan suspek hingga berpusing dan berhenti.

Škoda Kodiaq versi polis di Republik Czech
Škoda Kodiaq versi polis di Republik Czech

Sistem itu sudah digunakan pada model Kodiaq dan Octavia versi polis terdahulu dan keberkesanan sudah sedia dibuktikan dalam operasi sebenar.

Digunakan Polis Eropah

Penggunaan Škoda Kodiaq generasi kedua itu bukan terhad kepada Republik Czech sahaja. Model sama turut digunakan polis negeri Hesse di Jerman dan melepasi ujian kelulusan untuk kegunaan penguatkuasaan undang-undang di Britain.

Di Austria, polis menandatangani kontrak lima tahun pada 2025 untuk hingga 2,000 unit Kodiaq, manakala kenderaan polis Škoda juga digunakan di Croatia, Hungary, Macedonia Utara, Kosovo dan Albania.

Škoda Kodiaq versi polis di Republik Czech
Škoda Kodiaq versi polis di Republik Czech
Škoda Kodiaq versi polis di Republik Czech
Škoda Kodiaq versi polis di Republik Czech
Škoda Kodiaq versi polis di Republik Czech
Škoda Kodiaq versi polis di Republik Czech
Škoda Kodiaq versi polis di Republik Czech
Škoda Kodiaq versi polis di Republik Czech
Škoda Kodiaq versi polis di Republik Czech
Škoda Kodiaq versi polis di Republik Czech
Škoda Kodiaq versi polis di Republik Czech
Škoda Kodiaq versi polis di Republik Czech
Škoda Kodiaq versi polis di Republik Czech
Škoda Kodiaq versi polis di Republik Czech
Škoda Kodiaq versi polis di Republik Czech
Škoda Kodiaq versi polis di Republik Czech
Škoda Kodiaq versi polis di Republik Czech
Škoda Kodiaq versi polis di Republik Czech
Škoda Kodiaq versi polis di Republik Czech
Škoda Kodiaq versi polis di Republik Czech
Škoda Kodiaq versi polis di Republik Czech
Logo Skoda
Bikin Auto Roda4 ŠKODA Skoda Kodiaq
Abang Hirata

Artikel Berkaitan

Bikin Kereta

#BikinAuto: Shelby GT350TR Dari Trick Rides, Coyote V8 700 hp, Lebih RM1.3 Juta!

17/01/2026
Auto Terkini

BMW Group Malaysia Terus Jadi Pilihan Utama Automotif Premium

18/01/2026
BMW Group, dan Universiti Malaysia (UM), bekerjasama untuk aplikasi bateri hayat kedua.
Auto Terkini

BMW, UM Meterai MoU untuk Pembangunan Aplikasi Bateri EV Terpakai

16/01/2026
TGR Vios Challenge 2025
Auto Terkini

Musim 8 Toyota GAZOO Racing (TGR) Vios Challenge Tutup Tirai dengan Tiga Juara Baharu

16/01/2026
Add A Comment
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 991.8K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Z15GT Auto Terkini
Auto Terkini

Modenas Z15GT Tembus 10,000 Unit Jualan, Bakal Eksport ke Asean, Timur Tengah!

By Syafie16/01/2026
Auto Terkini
Auto Terkini

Betul Ke Modenas Z15GT ‘Made In Malaysia’?

By Syafie15/01/2026
Yamaha Ego Avantiz 2026 Roda2
Roda2

Yamaha Ego Avantiz 2026 Diperkenal dengan Pilihan Warna Lebih Segar

By Shazwan Hisam12/01/2026
Modenas Z15GT 2026 Auto Terkini
Auto Terkini

#Tahukah Anda: Kenapa Modenas Guna Nama Z15 GT?

By Syafie15/01/2026
Auto Terkini
Auto Terkini

Modenas Spider Ace: Ace 115 Tiga Roda untuk Kegunaan Industri?

By Syafie15/01/2026
Jenama automotif paling laris di Malaysia sepanjang 2025 Auto Terkini
Auto Terkini

10 Jenama Kereta Terlaris Sepanjang 2025, Perodua Kekal Raja Automotif Malaysia!

By Syafie13/01/2026
Kenderaan Elektrik (EV)
Kenderaan Elektrik (EV)

XPENG G6 Standard Range Rasmi di Malaysia, Harga RM158,888

By Shazwan Hisam16/01/2026
Pandu uji dan menang cabutan bertuah Chery PHEV Auto Terkini
Auto Terkini

Chery Malaysia Tawar Rebat hingga RM16,888 Sempena Tahun Baharu Cina!

By Syafie12/01/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.