Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»#CIMA2024: Supersport Middleweight Voge RR660S 2025 Lancar di China, Harga RM22.8k!
Roda2

#CIMA2024: Supersport Middleweight Voge RR660S 2025 Lancar di China, Harga RM22.8k!

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju16/09/2024
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


VOGE Motorcycles (Voge) melancarkan supersport middleweight RR660S 2025 di Pameran Perdagangan Antarabangsa Motosikal China (CIMA) 2024, selepas setahun mempamerkan prototaip RR666S di China.

RR660S ialah sportbike pertama Voge yang menggunakan enjin 4-silinder sebaris dan tidak menggunakan swingarm sebelah seperti pernah ditayangkan pada prototaip RR666S.

Motosikal itu dilancarkan di China pada harga 37,666 yuan (RM22,850) untuk pasaran China. Voge juga menawarkan penjimatan 1,000 yuan (RM610) untuk pelanggan yang membuat pembelian hingga hujung bulan ini.

Voge RR660S 2025 bakal memasuki pasaran Malaysia tahun depan pada harga yang sudah tentu berbeza jika mengambil kira tambahan cukai. Model itu dilihat sebagai pencabar atau pilihan alternatif kepada Honda CBR650R.

Berikut perincian Voge RR660S 2025:

  • Ada tiga pilihan warna iaitu merah, putih dan hitam.
  • Trenkuasa 4-lejang 4-silinder sebaris 663cc DOHC penyejukan cecair 16-injap dengan sistem suntikan bahan api (FI).
  • Output kuasa 99.2hp @ 11,500rpm, dan tork 64Nm @ 10,000rpm.
  • Kelajuan maksimum 235kmj.
  • Pecutan 0-100kmj sepantas 3.5 saat.
  • Transmisi klac manual 6-kelajuan dengan teknologi QuickShifter.
  • Ada dua mod kuasa: Normal dan Sport yang boleh ditukar menggunakan butang pada konsol kanan sebelah terotel.
  • Ada mod perlindungan khas untuk melindungi trenkuasa dan keselamatan penunggang, iaitu Beginner Mode yang mengehadkan kelajuan kepada 140kmj dan rev bawah 4,000rpm (ketika neutral).
  • Beginner Mode akan dinyah aktif automatik selepas enjin melepasi jarak 1,000km pertama (break-in).
  • Winglet pada fairing depan bukan sekadar hiasan, tetapi boleh membantu mengurangkan seretan angin hingga 0.52cd dan meningkatkan daya mendap (downforce) antara 2-3kg pada halaju 120kmj.
  • Dimensi panjang 2,090mm, lebar 750mm, dan tinggi 1,210mm. Jarak roda 1,450mm dan jarak tinggi bumi 130mm.
  • Tinggi pelana 780mm jenis boleh laras kepada 810mm dan 830mm.
  • Berat kasar 215kg dengan beban muatan 150kg (berat maksimum termasuk motosikal, penunggang dan muatan ialah 365kg).
  • Kapasiti tangki minyak 15.5 liter.
  • Sistem brek cakera kembar 298mm dengan kaliper Brembo 4-piston (depan) dan cakera tunggal 240mm dengan kaliper dwi-piston (belakang).
  • Dilengkapi teknologi Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dwi-saluran dan Sistem Kawalan Traksi (TCS).
  • Fungsi TCS boleh dipadamkan dengan menekan butang pada konsol kawalan kiri.
  • Panel meter TFT berwarna dengan sambungan Bluetooth untuk telefon pintar berasaskan perisian Apple atau Android.

  • Peg kaki boleh laras manual 10-tetapan mengikut cita rasa penunggang.
  • Suspensi fork terbalik (USD) 43mm dengan jarak travel 110mm di depan, dan monoshock boleh laras dengan jarak travel 46mm (belakang).
  • Rim aloi 17 inci dengan tayar 120/70 (depan), 180/55 (belakang).
  • Sistem lampu LED penuh.
CIMA Motor Chongqing 2024 MForce Bike Holdings (MForce Bike) Pameran Perdagangan Antarabangsa Motosikal China 2024 roda2 Supersport Middleweight VOGE Motorcycles VOGE RR660S (2025)
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Roda2

    Model Edisi Khas Vespa 946 Horse Raikan Tahun Kuda

    10/03/2026
    Roda2

    2026 MV Agusta Enduro Veloce Dilancar, Travel Enduro Premium Harga Sekitar RM91k

    09/03/2026
    Kilang Mforce Bike di Pulau Pinang
    Auto Terkini

    Mforce Experience Club (MEC) – Platform Komuniti Rasmi Pemilik Motosikal Mforce

    09/03/2026
    Moto Morini Alltrhike 450
    Roda2

    Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

    06/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Aveta Bellagio 125
    Roda2

    Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

    By Syafie05/03/2026
    Aveta Viper 180
    Roda2

    Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

    By Syafie05/03/2026
    CFMoto Papio Racer 2026
    Roda2

    ‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Mforce sedang bangunkan model konsep Skuchai
    Roda2

    Mforce Labur RM10 Juta Bangunkan Konsep Motosikal Baharu ‘Skuchai’

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
    Trak dan Lori

    Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

    By Syafie06/03/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Selamatkah Memandu dengan Tayar Donat? Bolehkah Dipandu Laju?

    By Han Othman08/03/20261
    Moto Morini Alltrhike 450
    Roda2

    Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    KTMB tambah tren untuk balik raya Aidilfitri 2026
    Auto Terkini

    KTMB Tambah 26 Tren Khas Raya 2026, Lebih 8,000 Tempat Duduk Sehari

    By Shazwan Hisam03/03/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.