CHERY Malaysia secara rasmi melancarkan SUV segmen-B, Chery Tiggo Cross yang kini ditawarkan untuk pasaran tempatan dengan harga bermula RM88,800.
Model ini hadir dalam dua pilihan varian seperti:
- Tiggo Cross 1.5 Turbo (Petrol): RM88,800
- Tiggo Cross 1.5 Hybrid CSH (HEV): RM99,800 (harga asal 102,400)
Saiz Hampir Segmen-B, Lawan Terus Ativa dan WR-V
Dengan dimensi sepanjang 4,318mm, lebar 1,830mm, tinggi 1,670mm dan jarak roda 2,610mm, Tiggo Cross bukan sahaja lebih besar berbanding Perodua Ativa tetapi lebih lebar daripada Honda HR-V dan Proton X50. Ini menjadikan ia antara SUV paling besar dalam kelas dengan harga bawah RM100,000.
Model ini juga lebih padat dan pendek sedikit berbanding Chery Omoda 5, sekaligus memposisikan Tiggo Cross sebagai pesaing utama dalam SUV segmen-A premium.
Rangkaian Kuasa: Turbo 147PS vs Hibrid 204PS
1.5L Turbo Petrol
- Enjin: 1.5L turbo, 147PS / 210Nm
- Transmisi: 6-kelajuan DCT
- 0-100kmj: 9.9 saat
- Penggunaan bahan api: 6.3L/100km
1.5L Hybrid CSH
- Enjin NA 1.5L Atkinson Cycle + 2 motor elektrik
- Kuasa Gabungan: 204PS / 310Nm
- Kotak Gear: DHT150 hibrid khas (CVT + dual motor)
- Bateri: LFP 1.8kWh
- 0-100km/j: 9.6 saat
- Penggunaan bahan api: 5.4L/100km
- Pemanduan awal dengan motor elektrik sehingga 80kmj
Rekaan Dalaman dan Infotainmen Bertaraf Premium
Kedua-dua varian menerima:
- Paparan berkembar 10.25 inci untuk kluster meter dan infotainmen
- Kamera panoramik 540°, Apple CarPlay dan Android Auto tanpa wayar
- 6 pembesar suara, lampu ambien, upholsteri kulit sintetik
- Pengecas tanpa wayar 15W, penyaman udara dua zon dengan liang belakang
- Penghidup enjin jarak jauh dan fungsi wiper automatik
Kerusi pemandu larasan elektrik 6-hala ditawarkan untuk kedua-dua varian, cuma varian HEV mempunyai sokongan lumbar tambahan.
Ciri Keselamatan dan ADAS
Tiggo Cross HEV diberikan 7-beg udara, manakala varian turbo 6-beg udara. Ciri keselamatan asas adalah lengkap termasuk:
- Bantuan mula mendaki
- Pemantau tekanan tayar
- Pengingat had laju
Sistem ADAS standard untuk ledua-dua varian:
- AEB + Amaran Pelanggaran Hadapan
- Cruise Control Adaptif
- Amaran/Pengelak Keluar Lorong
- Amaran Lintasan Trafik Belakang
- Pemantau Titik Buta
Tambahan untuk HEV sahaja:
- Amaran Buka Pintu
- Amaran Pelanggaran Belakang
- Bantuan Tukar Lorong
- Cruise Control Pintar + Intelligent Speed Adaptation
- Brek Lintasan Trafik Belakang
Pilihan Warna Eksklusif Ikut Varian
Kauai-dua varian ditawarkan dalam warna Carbon Black, Phantom Grey dan Khaki White:
- Blood Stone Red: Eksklusif untuk 1.5L Turbo
- Moonlight Silver: Eksklusif untuk 1.5L HEV
Waranti dan Servis Percuma
Semua pembeli Tiggo Cross menerima:
- Waranti 7 tahun / 150,000 km
- Khidmat trak tunda 24/7
- 5 tahun servis percuma
Untuk 2,000 pelanggan terawal, Chery turut berikan:
- 2 tahun servis percuma tambahan (termasuk buruh & alat ganti)
Untuk varian hibrid:
- Waranti sistem hibrid 8 tahun / 160,000 km (termasuk bateri, motor & unit kawalan)
SUV Kompak Penuh Gaya dan Berbaloi
Chery Tiggo Cross menawarkan dimensi lebih besar, prestasi lebih bertenaga, sistem hibrid moden, ciri keselamatan lengkap, serta harga yang sukar ditandingi. Sesuai untuk pembeli SUV pertama yang mahukan sesuatu lebih premium dari pesaing segmen-A biasa tanpa membayar harga segmen-B sebenar.
Leave a Reply