Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»SUV Segmen-D 7-Kerusi, Chery Tiggo 8 Pula Diperkenal, Harga RM129,800!
Roda4

SUV Segmen-D 7-Kerusi, Chery Tiggo 8 Pula Diperkenal, Harga RM129,800!

SyafieBy Syafie19/01/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Chery Tiggo 8 2026

CHERY Malaysia mengukuhkan kedudukan dalam segmen kenderaan utiliti sukan (SUV) tempatan dengan memperkenalkan varian baharu Tiggo 8, SUV 7-kerusi yang menekankan keseimbangan antara gaya, praktikaliti dan nilai pada harga berikut:

  • RM129,800 (Semenanjung Malaysia)
  • RM132,500 (Malaysia Timur)

Varian terbaharu itu menjadi pilihan lebih mampu milik dalam famili Tiggo 8, sekali gus melengkapkan senarai Tiggo 8 Pro dan Tiggo 8 PHEV Chery Super Hybrid (CSH) sebagai model perdana jenama itu di Malaysia.

Naib Presiden Chery Malaysia, Lee Wen Hsiang berkata, pengenalan varian baharu itu dibuat susulan sambutan positif terhadap siri Tiggo 8 dan maklum balas pelanggan tempatan yang mahukan SUV luas dengan nilai menyeluruh yang tinggi untuk kegunaan harian dan keluarga.

Prestasi Seimbang, Jimat Bahan Api

Di bawah bonet, Chery Tiggo 8 dipacu enjin 1.6L TGDi yang digandingkan transmisi automatik dual-klac 7-kelajuan (7DCT).

Spesifikasi:

  • Output kuasa 197ps (145kW), dan tork 290Nm
  • Penggunaan bahan api sekitar 7.0 liter per 100km

Gabungan itu memberikan pecutan responsif, pemanduan lebuh raya lancar dan keupayaan memotong kenderaan lain dengan yakin, sama ada di bandar atau perjalanan jauh pulang ke kampung.

Dimensi Besar, Ruang Maksimum

Chery Tiggo 8
Chery Tiggo 8

Chery Tiggo 8 direka untuk keluarga aktif yang memerlukan ruang luas dan fleksibel dengan menawarkan dimensi panjang 4,772mm, lebar 1,860mm, dan jarakroda 2,710mm, manakala berat kerb 1,590kg, serta kapasiti but hingga 1,930 liter.

Chery Tiggo 8

Pintu but elektrik memudahkan proses memuat dan memunggah barangan, sama ada untuk urusan harian, perjalanan hujung minggu atau membawa beg golf ke padang.

Keselesaan, Teknologi Premium

Chery Tiggo 8
Chery Tiggo 8

Ruang kabin menampilkan ciri keselesaan dan teknologi yang biasanya ditemui pada SUV segmen lebih tinggi. Antara ciri dalaman utama:

  • Penyaman udara automatik dwi-zon
  • Bumbung suria elektrik dengan pelindung cahaya
  • Sistem audio premium Sony dengan lapan pembesar suara
  • Konektiviti Apple CarPlay dan Android Auto
  • Unit infotainmen skrin sentuh 12.3 inci
  • Kluster instrumen digital 10.25 inci

Susun atur itu memastikan setiap perjalanan lebih selesa, intuitif dan menyeronokkan untuk pemandu dan penumpang.

Keselamatan Menyeluruh dengan ADAS

Chery Tiggo 8
Chery Tiggo 8

Aspek keselamatan menjadi keutamaan dalam pembangunan Chery Tiggo 8 dengan struktur badan menggunakan 74 peratus keluli kekuatan tinggi, selain dilengkapi enam beg udara.

SUV segmen-D itu turut hadir dengan pakej Sistem Bantuan Pemandu Termaju (ADAS) komprehensif, seperti:

  • Brek Kecemasan Autonomi (AEB)
  • Amaran Perlanggaran Depan (FCW)
  • Amaran Perlanggaran Belakang (RCW)
  • Amaran Buka Pintu (DOW)
  • Amaran Tukar Lorong (LDW)
  • Pengesan Titik Buta (BSD)
  • Kawalan Jelajah Adaptif (ACC)
  • Kawalan Lampu Suluh Tinggi Pintar (IHBC)
  • Sistem Amaran Jarak (DWS)
  • Kamera panoramik 360º

Ciri-ciri ini berfungsi secara pintar untuk membantu pemandu mengelakkan risiko kemalangan dalam pelbagai situasi pemanduan.

Warna, Pakej Pelancaran dan Harga

Pilihan Warna

  • Dark Black (hitam)
  • Khaki White (putih)

Pakej pelancaran (nilai keseluruhan hingga RM13,700) merangkumi:

  • Waranti kenderaan tujuh (7) tahun atau 150,000km jarak perbatuan (mana satu tiba dulu)
  • Waranti enjin 10 tahun atau sehingga 1,000,000km jarak perbatuan (mana satu tiba dulu)
  • Servis percuma lima (5) tahun (termasuk semua)
  • Program Insurans Chery satu (1) tahun

Mula Dijual 24 Januari 2026

Chery Tiggo 8 baharu tersedia di semua bilik pameran Chery seluruh negara bermula 24 Januari 2026. Dengan gabungan prestasi mantap, ruang luas, teknologi moden dan pakej pemilikan menarik, SUV tersebut dijangka menjadi antara pilihan utama keluarga Malaysia dalam segmen 7-kerusi.

Chery Tiggo 8
Chery Tiggo 8
Chery Tiggo 8
Chery Tiggo 8
Chery Tiggo 8
Chery Tiggo 8
Chery Tiggo 8
Chery Tiggo 8
Chery Tiggo 8
Chery Tiggo 8
Chery Tiggo 8
Chery Tiggo 8
Chery Tiggo 8
Chery Tiggo 8
Chery Tiggo 8
Chery Tiggo 8
Chery Tiggo 8
Chery Tiggo 8
Chery Tiggo 8
Chery Tiggo 8
Chery Tiggo 8
Chery Tiggo 8
Chery Tiggo 8
Chery Tiggo 8
Chery Tiggo 8
Chery Tiggo 8
Chery Tiggo 8
Chery Tiggo 8
Auto Terkini Chery Malaysia Chery TIggo 8 Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) Roda4 SUV segmen-D
Syafie

Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Viral Pemandu BMW 325i ‘Drift’ di Genting Highlands Ditahan Polis, Kereta Kena Sita

09/03/2026
Kilang Mforce Bike di Pulau Pinang
Auto Terkini

Mforce Experience Club (MEC) – Platform Komuniti Rasmi Pemilik Motosikal Mforce

09/03/2026
JPJ lancar JPJvBID
Auto Terkini

JPJ Lancar JPJvBID – Platform Digital Lelongan Kenderaan Sita

09/03/2026
HEV

Lotus Eletre X Guna Teknologi Hibrid Berkuasa 952ps, dan Tork 935Nm

07/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

By Syafie05/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

By Syafie05/03/2026
CFMoto Papio Racer 2026
Roda2

‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

By Shazwan Hisam06/03/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
Mforce sedang bangunkan model konsep Skuchai
Roda2

Mforce Labur RM10 Juta Bangunkan Konsep Motosikal Baharu ‘Skuchai’

By Shazwan Hisam06/03/2026
Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
Trak dan Lori

Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

By Syafie06/03/2026
KTMB tambah tren untuk balik raya Aidilfitri 2026
Auto Terkini

KTMB Tambah 26 Tren Khas Raya 2026, Lebih 8,000 Tempat Duduk Sehari

By Shazwan Hisam03/03/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Selamatkah Memandu dengan Tayar Donat? Bolehkah Dipandu Laju?

By Han Othman08/03/20261
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.