Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Chery Selesai Ujian Ekstrem Bateri Hibrid di Iklim Tropika Asean
Auto Terkini

Chery Selesai Ujian Ekstrem Bateri Hibrid di Iklim Tropika Asean

SyafieBy Syafie25/06/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Chery selesai ujian ekstrem bateri hidrid CSH di Indonesia
CHERY memperkukuh reputasi sebagai jenama automotif berteknologi tinggi dengan melengkapkan ujian ekstrem bateri hibrid Chery Super Hybrid (CSH) di Indonesia.

Ujian itu menjadi penanda aras baharu keselamatan kenderaan elektrik (EV) dan hibrid di pasaran tropika seperti Malaysia, sekali gus membuktikan ketahanan bateri dalam keadaan lembapan tinggi dan cuaca mencabar.

Ujian Rendam Air Laut 53 Jam, Ketahanan Bateri Diuji Secara Langsung

Chery lengkap ujian ekstrem bateri hibrid di Indonesia

Sebagai sebahagian daripada kempen Global Safety Challenge, dua unit bateri CSH direndam dalam air laut sedalam satu meter selama lebih 53 jam, mensimulasikan keadaan sebenar di kawasan banjir dan pantai.

Ujian ini disaksikan secara langsung media tempatan dan antarabangsa, sebelum bateri dipasang semula pada Chery Tiggo 8 CSH dan dipandu Naib Presiden Chery Sales Indonesia, Zeng Shuo dan Pengarah Chery Indonesia, Budi Darmawan Jantania.

Bukti Kepercayaan Struktur, Prestasi Selepas Rendaman

Ketua Jabatan Jenama Chery Indonesia, Rifkie Setiawan berkata;

Ujian ini membuktikan keupayaan sistem bateri kami menahan tekanan kakisan dan memastikan kestabilan pengecasan, penebatan haba dan integriti struktur. Ini sebahagian komitmen Chery untuk terus mendefinisi semula keselamatan dalam kenderaan elektrik dan hibrid.”

Air laut yang mempunyai kepekatan garam tinggi dan kadar pengaliran lebih kuat berbanding air hujan biasa, menjadikan ujian tersebut jauh lebih mencabar berbanding piawaian kalis air biasa.

Hasil positif tersebut mengesahkan sistem bateri CSH mampu bertahan tanpa kebocoran, litar pintas atau risiko kebakaran walaupun dalam situasi paling ekstrem.

Teknologi ‘Guardian Battery’ yang Dipercayai Lebih Sejuta Keluarga

Chery selesai ujian ekstrem bateri hidrid CSH di Indonesia

Chery Tiggo 8 CSH dengan bateri litium-besi-fosfat (LFP) berkapasiti 18.3kWh, disahkan kalis air dan debu IP68.

Beteri itu beroperasi pada julat suhu dari -35°C hingga 60°C, dan mampu memberikan jarak pemanduan elektrik penuh sejauh 90km.

Lebih mengagumkan, pengecasan pantas menggunakan CCS2 membolehkan bateri dicas 30–80 peratus dalam masa 20 minit.

Sistem perlindungan bateri turut diperkuat dengan struktur keselamatan unik dipanggil ‘Chainmail Battery Safety Structure’, dengan 14 titik penambat keselamatan, peningkatan kekuatan casis sebanyak 7 peratus dan mampu menahan tekanan sehingga 200kN. Lapisan penebat pula merangkumi 10 lapisan di bahagian bawah, 15 di sisi, dan 16 lapisan haba untuk perlindungan maksimum.

Ujian Direka Khas untuk Pasaran Tropika Seperti Malaysia

Cuaca tropika seperti Malaysia dan Indonesia bukan sekadar panas dan lembap, tetapi sering mengalami banjir kilat, hujan lebat dan kadar kelembapan tinggi. Inilah sebab Chery memilih Asean untuk menguji tahap sebenar ketahanan bateri hibrid jenama itu.

Dengan ujian kombinasi antara rendaman air laut dan pemanduan sebenar, Chery membuktikan produk jenama itu bukan sekadar patuh piawaian, tetapi melebihi keperluan sebenar pengguna rantau ini.

Strategi ‘In Somewhere, For Somewhere’ Chery membuktikan pendekatan yang menumpukan kepada keperluan tempatan yang menjadikan jenama tersebut semakin relevan dan dipercayai pengguna Malaysia.

Mexico, Afrika Selatan, dan Brazil Jadi Lokasi Berikut

Chery Safety Challenge
Logo Chery

Selepas Indonesia, lokasi seterusnya dalam kempen Global Safety Challenge ialah Mexico, yang mana Chery Tiggo 7 CSH akan menjalani ujian ‘underbody scraping’ di kawasan tanah tinggi. Ini akan menguji perlindungan pek bateri daripada hentakan dan kestabilan sistem di altitud tinggi.

Kempen tersebut akan diteruskan ke Afrika Selatan dan Brazil bagi menguji teknologi elektrifikasi Chery dalam pelbagai iklim dan permukaan jalan berbeza, sejajar usaha global Chery untuk menetapkan standard baharu dalam keselamatan kenderaan elektrik (EV).

Chery Chery Super Hybrid (CSH) Chery Tiggo 8 CSH Global Safety Challenge Kenderaan Elektrik (EV)
Syafie

Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

Artikel Berkaitan

Roda4

Nissan Serena e-POWER C28 Rasmi Dilancar di Malaysia, Harga Mula RM154,800!

03/03/2026
Auto Terkini

MRT Putrajaya Line Tergendala Akibat Kecurian Kabel, Gangguan Seharian

03/03/2026
Bikin Auto

#BikinAuto: M Performance Track Kit untuk BMW M2 dan Ekzos M Performance untuk BMW M2 CS

02/03/2026
Leapmotor B05 2026
Kenderaan Elektrik (EV)

Leapmotor B05 2026 – Hatchback EV Kompak Tayang di Brussels Autosalon

03/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
Aerotrain KLIA
Auto Terkini

MAHB Kenakan Penalti RM9.1 Juta kepada Kontraktor Projek Aerotrain KLIA

By Syafie01/03/2026
Pekerja binaan maut dihempap pengorek jengkaut di Tumpat, Kelantan
Auto Terkini

Pekerja Tapak Binaan Maut Dihempap Pengorek Jengkaut

By Shazwan Hisam25/02/2026
0
ApaNakBuat

Perodua: Tekan ‘Push Start Button’ Sekali Saja, Kalau Lebih Itu Mitos

By Syafie26/02/2026
Stesen minyak Shell di Filipina.
Auto Terkini

Harga Bahan Api Naik Hari ini untuk Petrol, Diesel

By Han Othman24/02/2026
Auto Terkini

Baru 5 Minit Buka! Tiket Bas Balik Raya ke Kelantan Terus ‘Licin’

By Syafie25/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.