• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Chery Malaysia Tawar Rebat Hingga RM15k, PHEV Dapat Waranti Bateri 10 Tahun Percuma

Chery Malaysia Tawar Rebat Hingga RM15k, PHEV Dapat Waranti Bateri 10 Tahun Percuma

December 9, 2025 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter

CHERY Malaysia memeriahkan sambutan penghujung tahun dengan kempen promosi terbesar setakat ini, menawarkan rebat sehingga RM15,000 bagi model terpilih selain waranti bateri lanjutan percuma untuk semua model PHEV.

Kempen khas itu memberi peluang kepada rakyat Malaysia untuk menyambut 2026 dengan kenderaan baharu pada harga lebih kompetitif, dengan penjimatan ditawarkan melibatkan hampir keseluruhan rangkaian model Chery.

Model flagship Tiggo 8 Pro mendahului promosi dengan rebat tertinggi sehingga RM15,000, sekali gus menampilkan nilai terbaik dalam segmen SUV premium.

Dua model popular, iaitu Tiggo Cross (HEV) dan Tiggo Cross Turbo, masing-masing ditawarkan rebat RM5,000, sesuai untuk pengguna bandar yang mengutamakan kecekapan serta praktikaliti harian.

Bagi keluarga yang mencari SUV bersaiz sederhana dengan keseimbangan ciri dan nilai, Tiggo 7 Pro pula hadir dengan penjimatan RM10,000.

Rebat Turut Merangkumi Model PHEV

Chery turut menawarkan rebat RM5,000 untuk dua model elektrifikasi terbaharu:

  • Tiggo 7 PHEV - Harga RM129,800 (Semenanjung Malaysia)
  • Tiggo 8 PHEV - Harga RM159,800 (Semenanjung Malaysia)

Kedua-dua SUV hibrid plug-in (PHEV) ini menawarkan prestasi elektrik digabungkan dengan kecekapan enjin petrol, membolehkan jarak pemanduan gabungan sehingga 1,200 kilometer dengan tangki minyak penuh serta cas bateri penuh.

Senarai Model dan Rebat

Peluang Menang Hadiah Sehingga RM200,000

Menambah kemeriahan kempen hujung tahun itu, pelanggan yang memandu uji mana-mana model Chery PHEV dari 9 Disember 2025 hingga 6 Januari 2026 akan berpeluang menyertai cabutan bertuah dengan jumlah hadiah bernilai sehingga RM200,000.

Hadiah utama kempen berkenaan ialah sebuah Tiggo Cross HEV.

Inisiatif tersebut bukan sekadar memberi ganjaran kepada pelanggan, malah membuka peluang kepada orang ramai merasai sendiri teknologi Chery Super Hybrid.

Kedua-dua model PHEV iaitu Tiggo 7 PHEV dan Tiggo 8 PHEV menawarkan pecutan segera hasil tork elektrik, pemanduan lebuh raya yang lancar, serta keupayaan menukar mod antara elektrik sepenuhnya dan hibrid mengikut situasi pemanduan - sesuai untuk gaya hidup bandar mahupun perjalanan jarak jauh.

Waranti Bateri 10 Tahun Percuma

Antara tarikan utama kempen ini ialah tawaran waranti bateri lanjutan percuma selama 10 tahun atau 200,000 kilometer bagi semua model PHEV Chery yang dibeli sepanjang Disember 2025.

Melalui langkah tersebut, Chery Malaysia berusaha mengurangkan kebimbangan pelanggan terhadap ketahanan bateri dan kos penyelenggaraan jangka panjang, sekali gus meningkatkan keyakinan pengguna terhadap pemilikan kenderaan elektrifikasi.

Perlindungan komprehensif ini meliputi:

  • Pek bateri kuasa
  • Motor elektrik
  • Unit Kawalan Kenderaan (VCU)

Waranti tambahan yang bernilai sekitar RM3,000 ini diberikan secara percuma kepada pembeli baharu Tiggo 7 PHEVdan Tiggo 8 PHEV.

Malah, pelanggan yang sudah membeli kedua-dua model PHEV tersebut sejak pelancarannya pada Oktober 2025 turut layak menerima naik taraf waranti secara percuma.

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Cherry Tiggo Cross, Chery Malaysia, Chery Tiggo 7 Pro, Chery TIggo 8 Pro, Rebat Chery

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
    Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
  • Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
    Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
  • Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
    Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
  • MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026
    MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my