• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Chery Malaysia Lepasi 30,000 Unit Jualan!

Chery Malaysia Lepasi 30,000 Unit Jualan!

January 7, 2026 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter

Chery Malaysia lepasi angka 30,000 unit jualan di Malaysia

CHERY Malaysia mencatat pencapaian penting apabila melepasi penanda jualan kumulatif 30,000 unit kenderaan dalam tempoh kurang tiga tahun selepas memasuki pasaran Malaysia.

Sehingga akhir 2025, Chery Malaysia merekodkan 30,073 unit jualan, sekali gus mengukuhkan kedudukan sebagai antara jenama automotif paling pesat berkembang di negara ini.

Pertumbuhan Konsisten Sejak 2023

Momentum pertumbuhan Chery bermula enam bulan pertama 2023, apabila pengeluar itu mencatat jualan 4,501 unit antara Jun dan Disember.

Prestasi itu terus diperkukuh tahun ke tahun, dengan 12,930 unit kenderaan dihantar kepada pelanggan sepanjang 2025, mencerminkan penerimaan pasaran yang semakin kukuh terhadap jenama berkenaan.

Evolusi Produk: ICE ke Elektrifikasi

Logo Chery

Perkembangan portfolio produk Chery di Malaysia selari dengan hala tuju globalnya, bermula dengan model enjin pembakaran dalaman (ICE) seperti OMODA 5 dan Tiggo 8 Pro, sebelum melangkah ke era elektrifikasi.

Pengenalan OMODA E5 pada Mac 2024 menandakan kemasukan rasmi Chery ke segmen kenderaan elektrik (EV) di Malaysia.

Ia kemudian diikuti peluasan siri TIGGO menerusi Tiggo 7 Pro, Tiggo Cross Turbo dan Tiggo Cross HEV, sebelum Chery memasuki segmen plug-in hibrid (PHEV) dengan pelancaran Tiggo 7 PHEV dan Tiggo 8 PHEV.

Setiap pengenalan model baharu mencerminkan komitmen Chery dalam menawarkan teknologi automotif inovatif, tahap keselamatan premium serta penyelesaian mobiliti berorientasikan masa depan kepada pengguna tempatan.

OMODA 5 Pemacu Utama Jualan

Antara pemacu utama kejayaan Chery Malaysia ialah OMODA 5, yang dilancarkan pada 2023 dan pantas muncul sebagai model paling laris jenama itu.

Susulan kejayaan berkenaan, siri Tiggo diperkenal bagi memenuhi pelbagai keperluan pengguna, daripada famili muda hingga mereka yang memerlukan kenderaan lebih luas dan serba boleh.

Pada asalnya ditawarkan dalam versi enjin pembakaran dalaman (ICE), siri Tiggo berkembang pantas menerusi penambahan varian HEV dan PHEVpada 2025, dikuasakan teknologi Chery Super Hybrid (CSH).

Kini, barisan Tiggo merangkumi enam model dan menjadi penyumbang utama kepada jualan Chery Malaysia sepanjang 2025, selari peralihan pasaran ke arah kenderaan tenaga baharu (NEV).

Komitmen Komuniti, Pembangunan Negara

Selain prestasi jualan, Chery Malaysia turut memperluas impak melalui inisiatif komuniti berorientasikan tujuan.

Susulan insiden kebakaran di Putra Heights, Selangor, Chery tampil membantu keluarga terjejas dengan meminjamkan kenderaan kepada 50 pemilik rumah dalam tempoh seminggu selepas insiden, bagi memudahkan urusan harian dan penempatan sementara.

Chery Malaysia juga menyokong pembangunan negara menerusi kerjasama dengan Tabung Amanah Sukan Negara (KWASN) bersama Kementerian Belia dan Sukan, termasuk sokongan kepada acara sukan kebangsaan dan antarabangsa seperti Sukan Para Asia Remaja dan Sukan Olimpik Paris.

Dalam aspek pembangunan modal insan, Chery Malaysia bekerjasama dengan Projek Belia Mahir bagi membantu graduan berkemahiran memasuki alam pekerjaan, termasuk peluang kerjaya dalam industri automotif tempatan.

Hab Automotif Serantau di Lembah Beringin

Tahun 2026 menyaksikan tumpuan Chery Malaysia terhadap pembangunan Chery Smart Auto Industrial Park di Lembah Beringin, Selangor.

Dengan pelaburan RM2.2 bilion dan pembangunan seluas 200 ekar, fasiliti itu dijangka menjadi tonggak strategi jangka panjang Chery, merangkumi:

  • Peningkatan usaha lokalisasi
  • Peluasan kapasiti pengeluaran
  • Penciptaan peluang ekonomi baharu

Fasa pertama projek berkenaan dijangka siap pada separuh pertama 2026.

Prestasi Global Kukuhkan Jenama

Di peringkat antarabangsa, Chery Group menutup tahun 2025 dengan jualan 2.806 juta kenderaan, meningkat 7.8 peratus tahun ke tahun, selain mengekalkan status sebagai pengeksport automotif terbesar China dengan 1.344 juta unit dihantar ke pasaran global.

Kumpulan itu turut mencatat pencapaian penting dalam jualan keseluruhan, eksport, prestasi tenaga baharu dan pengiktirafan kualiti, dipacu oleh strategi elektrifikasi, sistem pintar dan inovasi teknologi.

Dengan kedudukan ke-233 dalam senarai Fortune Global 500 serta penyenaraian berjaya di Hong Kong, Chery Group memasuki 2026 dengan fokus kepada pertumbuhan mampan, sambil terus menawarkan nilai dan inovasi kepada pelanggan global.

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Chery, Chery Malaysia, Enjin Pembakaran Dalaman (ICE), Kenderaan Elektrik (EV)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

Cabaran pandu uji Chery Tiggo PHEV sejauh 1,200km

#PanduUji: Chery Tiggo 8 PHEV, Tiggo 7 PHEV Langsai 1,200km Setangki Minyak Penuh!

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my