Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Chery Komited Kembalikan Kepercayaan Pembeli Malaysia!
Auto Terkini

Chery Komited Kembalikan Kepercayaan Pembeli Malaysia!

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju28/02/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

CHINA sudah memintas Jerman sebagai negara pengeksport kenderaan kedua terbesar dunia untuk  2022 dengan ranking pertama masih milik Jepun.

Antara pengeluar yang menyumbang kepada dominasi automotif China ialah Chery International yang bersedia kembali meneroka pasaran Malaysia menjelang Jun-Julai ini.

BACA >>> Chery Malaysia Rancang Perkenal Produk CKD, Model Semi-CKD Lancar Tahun Depan
BACA >>> Tak Tahan Tengok Chery Omoda 5, Luna Maya Beli Tunai!
BACA >>> Chery Kembali ke Indonesia! Lancar Dua Model SUV, 7-Kerusi Tiggo 7 Pro dan Tiggo 8 Pro

Chery pernah berada di pasaran Malaysia kira-kira dua dekas lalu, tetapi pengalaman pernah dilalui sebahagian besar pemilik jenama itu boleh dianggap sebagai memeritkan.

Masa sudah berlalu, dan automotif China hari ini bukan lagi yang dulu. Suatu masa lalu, produk buatan China kerap dilabelkan sebagai murah tetapi berkualiti rendah dan tidak tahan lama.

Persoalannya, apakah mampu dilakukan Chery untuk mengembalikan semula keyakinan pembeli Malaysia? Pengarah Negara Chery Malaysia, Leo Chen berkata;

Kami sebenarnya masih mencari jawapan bagaimana cara memenangi semula kepercayaan pelanggan di Malaysia.

“Seperti anda tahu, sebelum ini, produk Chery dikenali sebagai barang berkualiti rendah dan murah.

“Bukan hanya di Malaysia, tetapi (situasi sama) di pasaran lain seperti Afrika Selatan, Brazil dan Chile dengan penerimaan pasaran serta jumlah jualan amat rendah. Kenapa? Sebab utama produknya mirip standard perkakasan rumah di China dan juga faktor daya saing.”

Bagaimanapun, pertumbuhan pantas industri automotif di China membuatkan, pemilikan kenderaan di negara itu mula menjadi antara terbesar dunia. Ini sekali gus memacu pantas pertumbuhan semua jenama di China.

Kami juga memperkenal pereka berkelas dunia yang membina produk, dan pembekal komponen terkenal dunia memasuki pasaran China.

Ini meningkatkan daya saing dan kualiti produk secara menyeluruh. Di Chile kami berada dalam kelompok jenama tiga teratas, dan dalam ranking 10 teratas di Afrika Selatan dengan purata jualan 2,000 unit sebulan.”

Leo berkata; pasaran Afrika Selatan lebih kurang sama seperti Malaysia yang mana kedua-dua negara adalah pasaran pemanduan kanan (RHD).

Kami mencapai kejayaan ini (di Afrika Selatan) dalam tempoh tidak sampai setahun selepas pelancaran (Chery). Ini membuktikan produk kami memang diterima ramai.

“Produk generasi semasa kami berpaksikan kepintaran, berteknologi dengan rekabentuk intuitif, dan amat kompetitif dengan ciri premium.

“Kami percaya pelanggan Malaysia akan menerima dan menghargai produk (Chery). Kami juga sedang bekerjasama dengan kumpulan pengedar untuk mendapatkan lebih ramai pelanggan, menambah baik khidmat selepas jualan dan kepuasan pelanggan.

“Dengan semua penjelasan ini, kami benar-benar berharap mendapatkan semula kepercayaan pelanggan Malaysia secara berperingkat.”

Beliau menjelaskan, Chery Malaysia juga membuat tinjauan dan kajian untuk mengenal pasti kebimbangan pelanggan, dan apa diperlukan mereka.

Kami dapati mereka bimbang mengenai pakej selepas jualan dan alat ganti. Buat masa ini, kami sedang bekerjasama dengan pihak servis dan mereka akan buat strategi servis kompetitif.

“Ini termasuk pakej tempoh waranti kenderaan dan memperkenalkan pusat alat ganti. Kami tahu masalah (servis dan alat ganti) ini amat penting buat pelanggan Malaysia. Jadi, kami akan umum strategi dan harga pada masa akan datang supaya pelanggan tempatan yakin dengan produk dan servis kami.”

BACA >>> Produk Global Pertama Chery, Omoda 5 (2022) Bakal Masuk Malaysia, Harga Masih Misteri
BACA >>> Transformasi Chery – Bakal Tukar Nama Baharu, Lantik Ketua Pereka GM
BACA >>> Infiniti Tarik Diri dari Pasaran Australia, Apa Nasib Jenama Itu di Malaysia?

Auto Terkini Chery International Chery Malaysia Isu Chery Malaysia Leo Chen Roda4 sembang deras
Admin PanduLaju

Artikel Berkaitan

Roda4

Nissan Serena e-POWER C28 Rasmi Dilancar di Malaysia, Harga Mula RM154,800!

03/03/2026
Auto Terkini

MRT Putrajaya Line Tergendala Akibat Kecurian Kabel, Gangguan Seharian

03/03/2026
Bikin Auto

#BikinAuto: M Performance Track Kit untuk BMW M2 dan Ekzos M Performance untuk BMW M2 CS

02/03/2026
Leapmotor B05 2026
Kenderaan Elektrik (EV)

Leapmotor B05 2026 – Hatchback EV Kompak Tayang di Brussels Autosalon

03/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
Aerotrain KLIA
Auto Terkini

MAHB Kenakan Penalti RM9.1 Juta kepada Kontraktor Projek Aerotrain KLIA

By Syafie01/03/2026
Pekerja binaan maut dihempap pengorek jengkaut di Tumpat, Kelantan
Auto Terkini

Pekerja Tapak Binaan Maut Dihempap Pengorek Jengkaut

By Shazwan Hisam25/02/2026
0
ApaNakBuat

Perodua: Tekan ‘Push Start Button’ Sekali Saja, Kalau Lebih Itu Mitos

By Syafie26/02/2026
Stesen minyak Shell di Filipina.
Auto Terkini

Harga Bahan Api Naik Hari ini untuk Petrol, Diesel

By Han Othman24/02/2026
Auto Terkini

Baru 5 Minit Buka! Tiket Bas Balik Raya ke Kelantan Terus ‘Licin’

By Syafie25/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.