Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Chery Jawab Kenapa Pelanggan Lambat Dapat Tiggo 8 Pro
Auto Terkini

Chery Jawab Kenapa Pelanggan Lambat Dapat Tiggo 8 Pro

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju23/10/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


ADA segelintir pengguna Malaysia menyindir Chery Malaysia kerana belum menerima kenderaan ditempah, terutama membabitkan Chery Tiggo 8 Pro.

Kumpulan pengguna ini meluahkan perasaan di ruangan komen Facebook Chery Malaysia pada acara Persingan Pengguna Antarabangsa Chery (CIUS) 2023 di China, baru-baru ini. Ada mendakwa masih menunggu untuk mendapatkan kenderaan masing-masing sejak empat atau lima bulan lalu.

Belum sempat kami ajukan soalan mengenai isu berkenaan, Presiden Chery Malaysia, Shawn Xu sudahpun menjawab pertanyaan itu dalam temu bual eksklusif di ibu pejabat Chery International di China.

Shawn, yang juga Naib Presiden Chery International mendakwa projek pertama mereka adalah memperkenalkan tiga model pemasangan tempatan (CKD), iaitu Omoda 5, Tiggo 7 dan Tiggo 8.

Beliau berkata;

Kami mengambil keputusan melakukan dua kali pelancaran dengan pertama Omoda 5 bersama Tiggo 8 dan selepas itu, kami pertimbangkan (melancarkan) Tiggo 7.

“Tapi sejak respons daripada pasaran yang sangat positif, ibarat kami lancar dan terus boom (mendapat sambutan luar biasa). Malah kapasiti pengeluaran kami masih belum dapat penuhi permintaan dua model ketika (Omoda 5 dan Tiggo 8).

“Kami terpaksa menunda persiapan pelancaran Tiggo 7 di Malaysia. Pada masa sama, kami perlu ambil tindakan untuk memastikan kapasiti pengeluaran kembali tinggi.”

KENAPA LAMBAT HASILKAN KENDERAAN?

  • Kilang Inokom di Kulim, Kedah mampu menghasilkan purata enam kenderaan setiap jam.
  • Fasiliti itu sepatutnya menghasilkan sekitar 15,000 hingga 20,000 kenderaan Chery setahun, tetapi jumlah pengeluaran sebenar masih rendah.
  • Shawn mahu jumlah pengeluaran itu dipertingkat sekurang-kurangnya sekali ganda daripada had kapasiti tahunan.
  • Chery memberi keutamaan kepada kualiti pembuatan kenderaan berbanding kuantiti pengeluaran untuk melindungi kepercayaan pengguna terhadap produk jenama itu.
  • Juster aktiviti pengeluaran sudah dipercepat tanpa mengabaikan aspek kawalan kualiti.
  • Fokus pengeluaran awal diberikan kepada Omoda 5 kerana model itu merangkumi jualan 70-80 peratus.
  • Masa menunggu adalah sekitar tiga hingga empat bulan untuk Omoda 5, manakala Tiggo 8 lebih lama lagi sebab pengeluaran baru bermula.

Shawn menjelaskan lagi;

Kami sudah memulakan pembuatan Tiggo 8 Pro di kilang Inokom dan memang pelanggan sudah menunggu lama.

“Kami minta maaf kepada pelanggan. Kami sedang meneruskan usaha (menyiapkan kenderaan ditempah). Apabila kami bertukar (pengeluaran) daripada Omoda 5 kepada Tiggo 8, pengeluaran jadi lebih perlahan.

“Mereka (petugas) masih memerlukan masa menguruskan pembuatan, menjadi lebih mahir, membuat pemeriksaan dan kawalan kualiti kerana ini produk baharu.

“Kami mengambil langkah dengan tambahan waktu bekerja harian (OT) untuk menghasilkan lebih banyak kenderaan.

“Kami juga bersama rakan kami sedang membuat pertimbangan dan rundingan awal bagaimana meningkatkan lagi kapasiti pengeluaran.”

CHERY BUKA KILANG SENDIRI?

Shawn juga lebih terbuka dengan idea mendirikan kilang Chery di Malaysia untuk menyelesaikan isu kapasiti pengeluaran kenderaan untuk menampung permintaan pengguna.

Beliau berkata;

Pasaran sudah terima kami, terima produk kami dan kenapa kami tidak menambahkan lagi pelaburan di Malaysia?

“Tiada ragu-ragu kerana kami akan buat lebih banyak pelaburan untuk mendapatkan jumlah pengeluaran lebih tinggi, penyelidikan dan pembangunan (R&D) di Malaysia.”

PanduLaju juga difahamkan kilang baharu itu juga akan melibatkan program CKD model kenderaan elektrik (EV) akan datang.

Chery International User Summit 2023 Chery Malaysia Chery Tiggo 8 Pro (2023) Roda4 Shawn Xu
Admin PanduLaju

Artikel Berkaitan

Roda4

Nissan Serena e-POWER C28 Rasmi Dilancar di Malaysia, Harga Mula RM154,800!

03/03/2026
Auto Terkini

MRT Putrajaya Line Tergendala Akibat Kecurian Kabel, Gangguan Seharian

03/03/2026
Bikin Auto

#BikinAuto: M Performance Track Kit untuk BMW M2 dan Ekzos M Performance untuk BMW M2 CS

02/03/2026
Leapmotor B05 2026
Kenderaan Elektrik (EV)

Leapmotor B05 2026 – Hatchback EV Kompak Tayang di Brussels Autosalon

03/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
Aerotrain KLIA
Auto Terkini

MAHB Kenakan Penalti RM9.1 Juta kepada Kontraktor Projek Aerotrain KLIA

By Syafie01/03/2026
Pekerja binaan maut dihempap pengorek jengkaut di Tumpat, Kelantan
Auto Terkini

Pekerja Tapak Binaan Maut Dihempap Pengorek Jengkaut

By Shazwan Hisam25/02/2026
0
ApaNakBuat

Perodua: Tekan ‘Push Start Button’ Sekali Saja, Kalau Lebih Itu Mitos

By Syafie26/02/2026
Stesen minyak Shell di Filipina.
Auto Terkini

Harga Bahan Api Naik Hari ini untuk Petrol, Diesel

By Han Othman24/02/2026
Auto Terkini

Baru 5 Minit Buka! Tiket Bas Balik Raya ke Kelantan Terus ‘Licin’

By Syafie25/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.