Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Jualan Julai 2025 Chery Group Naik Lebih 14 Peratus! Naik Ranking Fortune Global 500, China 500
Auto Terkini

Jualan Julai 2025 Chery Group Naik Lebih 14 Peratus! Naik Ranking Fortune Global 500, China 500

SyafieBy Syafie11/08/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Jualan Julai 2025 Chery Global

CHERY Group terus mencatat pertumbuhan kukuh apabila jualan Julai 2025 mencecah 224,439 unit, meningkat 14.7 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.

Daripada jumlah itu, 65,357 unit ialah kenderaan tenaga baharu (NEV), melonjak 44.1 peratus tahun ke tahun. Eksport pula meningkat 31.9 peratus kepada 119,090 unit, mengukuhkan kedudukan Chery sebagai pengeksport automotif nombor satu di China.

Pertumbuhan itu dipacu strategi utama Chery, dipanggil ‘Empat Strategi Pembangunan’ (Four Development Strategies) meliputi pematuhan peraturan, penglokalan produk, peningkatan daya saing dan perbezaan pasaran.

Antara pasaran utama yang mencatat jualan memberangsangkan ialah Brazil, Australia, Afrika Selatan, Malaysia dan Sepanyol. Di Brazil, jualan kini melebihi 6,000 unit sebulan, manakala Australia kekal stabil sekitar 3,000 unit sebulan.

Jualan Cecah 1 Juta Unit

Jualan Chery sepanjang Julai 2025

Bagi tempoh Januari hingga Julai 2025, Chery merekod jualan keseluruhan 1,484,563 unit (naik 14.5 peratus), dengan eksport 669,360 unit.

Jualan NEV melonjak 87.7 peratus kepada 424,737 unit, meletakkan Chery antara jenama automotif dengan pertumbuhan terpantas dunia. Chery kini mempunyai lebih 17.18 juta pelanggan global, termasuk 5.17 juta pemilik di luar negara.

Pencapaian ‘Double 500’, Lonjakan Terpantas dalam Fortune Global 500, Fortune China 500

Fortune Global 500
Double 500

Pada Julai 2025 menyaksikan Chery mencapai pencapaian bersejarah ‘Double 500’ apabila menduduki tangga ke-233 dunia (naik dari 385, 2024) dalam senarai Fortune Global 500 dan tangga ke-59 dalam Fortune China 500 (naik dari 100, 2024).

Chery juga menjadi jenama automotif China pertama yang melepasi 5 juta eksport kenderaan kumulatif ke seluruh dunia.

Inovasi Teknologi, Komitmen Keselamatan

Platform Chery Tiggo 8 Pro CSH

Selari komitmen terhadap pertumbuhan berkualiti tinggi jangka panjang, Chery terus membangunkan produk dan teknologi yang memenuhi permintaan global, seperti:

  • Arkitektur platform baharu
  • Enjin hibrid kecekapan tinggi
  • Sistem pemanduan elektrik dan bateri canggih
  • Antaramuka pintar, termasuk sistem hibrid Chery Super Hybrid (CSH) yang dibangunkan sendiri

Komitmen keselamatan Chery dizahirkan melalui program Cabaran Keselamatan Global (Global Safety Challenge), melibatkan ujian ekstrem di lima negara:

  • China: Ujian terbalik spiral, perlanggaran dua kenderaan, dan susunan tujuh kenderaan secara menegak
  • Indonesia: Perendaman bateri CSH selama 54 jam dalam air laut
  • Mexico: Ujian calar bateri berintensiti tinggi
  • Brazil dan Afrika Selatan: Lokasi penutup cabaran keselamatan selama setahun ini

Dengan pencapaian jualan kukuh, peningkatan kedudukan dalam senarai Fortune 500, dan komitmen terhadap inovasi serta keselamatan, Chery kini semakin mengukuhkan reputasi sebagai jenama automotif China bertaraf dunia.

Auto Terkini chery group Fortune 500 Fortune China 500 Fortune Global 500 Jualain Julai 2025 Chery Group Kenderaan Tenaga Baharu (NEV)
Syafie

Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

Artikel Berkaitan

Roda4

Nissan Serena e-POWER C28 Rasmi Dilancar di Malaysia, Harga Mula RM154,800!

03/03/2026
Auto Terkini

MRT Putrajaya Line Tergendala Akibat Kecurian Kabel, Gangguan Seharian

03/03/2026
Bikin Auto

#BikinAuto: M Performance Track Kit untuk BMW M2 dan Ekzos M Performance untuk BMW M2 CS

02/03/2026
Leapmotor B05 2026
Kenderaan Elektrik (EV)

Leapmotor B05 2026 – Hatchback EV Kompak Tayang di Brussels Autosalon

03/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
Aerotrain KLIA
Auto Terkini

MAHB Kenakan Penalti RM9.1 Juta kepada Kontraktor Projek Aerotrain KLIA

By Syafie01/03/2026
Pekerja binaan maut dihempap pengorek jengkaut di Tumpat, Kelantan
Auto Terkini

Pekerja Tapak Binaan Maut Dihempap Pengorek Jengkaut

By Shazwan Hisam25/02/2026
0
ApaNakBuat

Perodua: Tekan ‘Push Start Button’ Sekali Saja, Kalau Lebih Itu Mitos

By Syafie26/02/2026
Stesen minyak Shell di Filipina.
Auto Terkini

Harga Bahan Api Naik Hari ini untuk Petrol, Diesel

By Han Othman24/02/2026
Auto Terkini

Baru 5 Minit Buka! Tiket Bas Balik Raya ke Kelantan Terus ‘Licin’

By Syafie25/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.