Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Chery Buat Kejutan di Bukit Bintang, Ada Apa Dalam Kotak?
Auto Terkini

Chery Buat Kejutan di Bukit Bintang, Ada Apa Dalam Kotak?

SyafieBy Syafie30/05/2025
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SEBUAH kontena besar berwarna menarik yang dihiasi reben gergasi kini mencuri tumpuan orang ramai di Jalan Bukit Bintang, tepat di hadapan The Starhill.

Dengan hanya menampilkan logo Chery dan frasa ringkas ‘Teka Apa di Dalam“, kempen ini nyata mencetus rasa ingin tahu di kalangan pengunjung berdekatan kawasan itu.

Tanpa sebarang petunjuk jelas, kontena itu menjemput orang ramai untuk mengintai melalui tingkap khas yang dibina pada kontena tersebut. Di dalamnya tersimpan sesuatu yang kelihatan bergaya, berani dan penuh misteri, namun identitinya masih menjadi tanda tanya.

Aktiviti ini merupakan sebahagian daripada kempen urban terbaru Chery yang menyasarkan generasi pemandu muda yang mementingkan gaya hidup unik, penuh semangat dan berbza.

Malah, ia direka untuk mencetus perbualan serta menarik perhatian khalayak dengan cabaran untuk meneka apa yang sedang disembunyikan.

Naib Presiden Chery Malaysia, Michael Chew berkata;

Kami ingin semua rakyat Malaysia merasai keterujaan ini. Apa yang ada dalam kotak itu bukan sesuatu yang biasa kerana ia menandakan langkah berani Chery untuk terus berkembang dan mendekati generasi muda.”

Sejak kempen ini dilancarkan, ia mula tular di media sosial dengan hastag #crosswonderfullife, apabila orang ramai beratur untuk mengintai isi kontena dan membuat tekaan masing-masing. Mereka yang berjaya meneka model kenderaan Chery dengan tepat bakal membawa pulang hadiah istimewa.

Pendedahan penuh dijangka dilakukan dalam beberapa minggu akan datang dan setakat ini misteri dalam kontena itu masih lagi berterusan dan kekal menjadi tanda tanya kepada orang ramai.

Untuk pengetahuan semua, kempen ini akan berlangsung dari 29 Mei hingga 3 Jun di Starhill. Jangan lepaskan peluang untuk menyertai aktiviti ini dan teka sendiri apa yang tersembunyi dalam kotak misteri Chery.

Auto Terkini Bukit Bintang Chery Malaysia Kempen Chery Malaysia Starhill
Syafie

Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Bugatti F.K.P. Hommage, Karya Seni Rai Prof. Dr. Ferdinand Karl Piëch, Tokoh di Sebalik Veyron

23/01/2026
Pemegang lesen memandu yang tamat tiga tahun tidak layak mendapat subsidi RON95
Auto Terkini

Tiada Lagi Bukti Perjalanan Luar Negara untuk Lesen Memandu Fizikal, Caj RM20 Bermula Esok

22/01/2026
Auto Terkini

LEPAS Umum Perluas Rangkaian di Malaysia, Sasar Debut Pasaran Separuh Pertama 2026

22/01/2026
Pengendali bas di Malaysia
Auto Terkini

APAD Bangunkan Pangkalan Data Lebih 60k Pengendali Bas, Lori

22/01/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Z15GT
Auto Terkini

Modenas Z15GT Tembus 10,000 Unit Jualan, Bakal Eksport ke Asean, Timur Tengah!

By Syafie16/01/20261
Modenas Spider Ace 115 Tiga Roda
Roda2

Modenas Spider Ace 115: daripada Kapcai Standard Jadi Tiga Roda

By Syafie19/01/20261
Modenas Z15GT 2026
Autotainment

#TahukahAnda: Kenapa Modenas Guna Nama ‘Z15GT’?

By Syafie19/01/2026
Modenas Z15GT
Auto Terkini

Benarkah Modenas Z15GT ‘Made In Malaysia’?

By Syafie19/01/2026
Jenama automotif paling laris di Malaysia sepanjang 2025
Auto Terkini

10 Jenama Kereta Terlaris Sepanjang 2025, Perodua Kekal Raja Automotif Malaysia!

By Syafie13/01/2026
Auto Terkini

Kawasaki Brusky 125 ‘Kembar’ Modenas Karisma 125 Terjual 17,000 Unit di Filipina

By Syafie15/01/2026
Kenderaan Elektrik (EV)

XPENG G6 Standard Range Rasmi di Malaysia, Harga RM158,888

By Shazwan Hisam19/01/2026
Auto Terkini

OMODA & JAECOO Malaysia Belanja Ang Pow Hingga RM18,888, Siap Servis Percuma 5 Tahun!

By Han Othman15/01/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.