Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Chery Beri Bantuan Kereta Sementara kepada Mangsa Putra Heighta Terjejas Letupan Gas
Auto Terkini

Chery Beri Bantuan Kereta Sementara kepada Mangsa Putra Heighta Terjejas Letupan Gas

Han OthmanBy Han Othman03/04/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PENGELUAR automotif dari China, Chery menyediakan 50 unit kereta untuk digunakan penduduk yang terjejas akibat kebakaran di Putra Heights, kata EXCO Pelaburan, Perdagangan & Mobiliti Negeri Selangor, Ng Sze Han, semalam.

Inisiatif itu adalah sebahagian usaha membantu lebih 100 keluarga yang terkesan selepas harta benda mereka, termasuk kenderaan, musnah dalam kebakaran yang berpunca daripada letupan paip gas milik syarikat minyak negara, Petronas.

Kami memahami ramai perlu ke tempat kerja. Ada juga yang perlu menghantar anak ke sekolah.

“Jadi, Chery akan meminjamkan 50 unit kereta… permohonan boleh dimulakan dalam beberapa hari akan datang,” ,” kata wakil rakyat Parti Tindakan Demokratik (DAP) itu di pusat kawalan yang terletak kira-kira 500 meter dari lokasi kebakaran bermula.

Sementara itu, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) memaklumkan setakat jam 6 petang semalam, sebanyak 78 rumah dan 10 lot kedai musnah, manakala 237 rumah lain turut terjejas, melibatkan 305 penduduk.

Seramai 125 orang dilaporkan cedera dalam insiden yang berlaku jam 8.10 pagi itu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi antara pemimpin pertama melawat lokasi kejadian semalam dan mengumumkan bantuan kewangan segera RM5,000 kepada mangsa yang rumahnya musnah dan RM2,500 kepada mereka yang rumahnya mengalami kerosakan sebahagian.

Pagi ini, kira-kira 100 penduduk terjejas berkumpul di pusat kawalan, berharap untuk kembali ke rumah masing-masing bagi menilai kerosakan serta menyelamatkan apa saja yang terselamat daripada kebakaran.

Ng memberi jaminan lebih banyak bantuan akan disalurkan, termasuk penyediaan tempat perlindungan sementara.

Ramai keluarga memaklumkan hanya sempat menyelamatkan diri ketika rumah dan kenderaan mereka musnah, dan kini masih mencari jalan bagaimana meneruskan kehidupan.

Pakar kejuruteraan kimia dan keselamatan Proses, Profesor Emeritus Datuk Ir Dr Wan Ramli Wan Daud berkata, insiden tersebut menyebabkan fenomena kebakaran jet susulan gas asli yang berada dalam keadaan tekanan tinggi.

Kerja pengorekan atau kimpalan pada paip gas yang terkakis menjadi dua kemungkinan utama yang menyebabkan kebocoran gas di Jalan Putra Harmoni, Putra Heights, Puchong sehingga mencetuskan letupan dan kebakaran Selasa lalu.
Auto Terkini EXCO Pelaburan Ng Sze Han Perdagangan & Mobiliti Negeri Selangor Profesor Emeritus Datuk Ir Dr Wan Ramli Wan Daud
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Aksesori

#BikinAuto: Lamborghini Urus SE Widetrack Urban Automotive Tampil Lebih Garang!

27/03/2026
AFEELA Prototype 2026
Auto Terkini

Sony Honda Mobility Tamatkan EV AFEELA, Duit Pelanggan Pulang Balik!

27/03/2026
Auto Terkini

JPJ: Lesen Tamat Tempoh Lebih 36 Bulan Tidak Layak Terima BUDI95

27/03/2026
Roda4

#BIMS2026: Geely EX5 Max Dilancar di Thailand, EV SUV Segmen C dengan Jarak Hingga 525 km

27/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
Roda4

Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

By Han Othman12/03/2026
Petrol RON95
Auto Terkini

Kuota BUDI95 Mungkin Dikurangkan Kepada 200 Liter Sebulan

By Syafie26/03/2026
Autotainment

Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

By Admin PanduLaju12/05/2021
Autotainment

#ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

By Han Othman03/08/201957
Auto Terkini

Bila Ayah ‘Kaki Kereta’, Nama Anak Pun Jadi Jenama Kereta

By Syafie25/03/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

By Admin PanduLaju28/06/20211
Roda2

MV Agusta Dedah Konsep Enjin Lima Silinder Baharu

By Shazwan Hisam24/03/2026
Autotainment

Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

By Admin PanduLaju11/06/20166
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.