CFMOTO Malaysia meluaskan tawaran motosikal di pasaran tempatan dengan pengenalan streetbike mampu milik CFMoto 250NK Lite 2025 pada harga RM9,888.
Model baharu itu diperkenalkam selepas pelancaran QJMotor AX200S dan SYM ADXTG400 di ibu kota, baru-baru ini yang dijangka memasuki pasaran hujung Mei 2025.
Spesifikasi CFMoto 250NK Lite 2o25
Rekabentuk dan Ciri
- Ini ialah streetbike CFMoto paling murah di pasaran Malaysia buat masa ini.
- Menggunakan konsep rekabentuk versi kedua CFMoto V.02 NK yang mengetengahkan gaya lebih sporty berbanding model generasi pertama.
- Ada empat pilihan warna: Bordeaux Red (merah), Zephyr Blue (biru), Nebula White (putih) dan Nebula Black (hitam).
- Frem tiub keluli dan bar hendal bersepadu (bukan jenis terpisah).
- Panel meter digital multi-info.
- Sistem suspensi fork teleskopik konvensional 37mm di depan, dan monoshock (belakang).
- Sistem brek cakera tunggal 292mm dengan kaliper 4-piston di depan, dan brek cakera belakang 220mm dengan kaliper piston tunggal (belakang). Dilengkapi Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dwi-saluran.
- Hadir bersama soket pengecas USB Type-A dan Type-C.
Enjin dan Prestasi
- Trenkuasa 4-lejang silinder tunggal 249cc penyejukan cecair dengan teknologi suntikan bahan api (FI).
- Output kuasa 27.5hp @ 9,750rpm dan tork 22Nm @ 7,500rpm.
- Transmisi klac manual 6-kelajuan.
- Dimensi panjang 1,990mm, lebar 780mm dan tinggi 1,070mm, manakala jarak roda 1,360mm.
- Tinggi pelana 795mm.
- Jarak tinggi bumi 150mm.
- Kapasiti tangki petrol 12.5 liter.
- Berat kasar 158kg.
Leave a Reply