Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Carsome, NETA Meterai MoU Perluas Pasaran EV, Jual NETA X dan NETA V
Auto Terkini

Carsome, NETA Meterai MoU Perluas Pasaran EV, Jual NETA X dan NETA V

SyafieBy Syafie12/07/2024
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SYARIKAT platform e-dagang, Carsome memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan pengeluar kenderaan elektrik (EV) dari China, NETA yang secara rasmi menjadikan dua syarikat ini rakan kongsi jual beli kenderaan jenama itu di Malaysia.

Kerjasama itu juga membantu meningkatkan pilihan pembelian kereta yang tidak hanya menumpukan kereta terpakai, tetapi juga menawarkan pengalaman pemilikan kereta baharu, termasuk EV seperti NETA X dan NETA V.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan Carsome, Eric Cheng berkata;

Dengan menyenaraikan EV seperti NETA X dalam platform kami, ini langkah strategik yang diambil untuk membawa masuk EV dan pasaran kereta baharu.”

“Kerjasama bersama NETA membantu kami memenuhi permintaan pelanggan yang mahukan pengangkutan berkualiti tinggi. Perkongsian ini tidak hanya mempelbagai pilihan kenderaan, tetapi juga meningkatkan pengalaman membeli dengan menyediakan tawaran eksklusif dan pilihan tukar beli komprehensif.”

Berikut tawaran eksklusif Carsome kepada pembeli NETA:

  • Insentif RM1,500 kepada pelanggan yang menukar beli NETA baharu.
  • Perkhidmatan selepas jualan diuruskan pusat servis rasmi NETA.
  • Ganjaran RM23,300 bagi program kesetiaan khas (NETA V)
  • Dapat pengecas kotak (wall box) atau kredit pengecas bernilai RM1,500 (NETA V)
  • Waranti seumur hidup untuk pembelian yang dibuat hingga 31 Ogos 2024.

Sementara itu, NETA pula mahu memanfaatkan platform atas talian dan pelanggan Carsome supaya dapat membina satu rangkaian peniagaan lebih besar.

Pengerusi Intro Synergy Sdn Bhd, Dato SM Azli berkata;

Perkongsian ini membolehkan kami menjangkau khalayak lebih luas dan menawarkan NETA X sebagai segmen baharu pelanggan yang mementingkan alam sekitar.”

“Dengan platform atas talian Carsome yang mantap, kami yakin akan membantu meningkatkan kehadiran jenama ini dan memacu penggunaan EV di Malaysia.”

Semua pengunjung yang hadir ke Autofair di PJ Automall hujung minggu ini berpeluang melihat barisan EV NETA lebih dekat seperti NETA V, NETA X, dan NETA GT.

Auto Terkini carsome Kenderaan Elektrik (EV) memorandum persefahaman (MoU) NETA NETA GT NETA V NETA X Roda4
Syafie

Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

Artikel Berkaitan

Roda4

Porsche Pertimbang Satukan Model Taycan dan Panamera

10/03/2026
Auto Terkini

Chery TIGGO 7 Raih Empat Penarafan Keselamatan Lima Bintang Global

10/03/2026
Auto Terkini

JPJ Bakal Guna Dron Teknologi Tinggi Dalam Ops Hari Raya Aidilfitri

10/03/2026
Anwar Inbrahim, PM Malaysia
Auto Terkini

Kerajaan Usaha Kekalkan Harga RON95 RM1.99 Seliter

10/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

By Syafie05/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

By Syafie05/03/2026
CFMoto Papio Racer 2026
Roda2

‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

By Shazwan Hisam06/03/2026
Mforce sedang bangunkan model konsep Skuchai
Roda2

Mforce Labur RM10 Juta Bangunkan Konsep Motosikal Baharu ‘Skuchai’

By Shazwan Hisam06/03/2026
Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
Trak dan Lori

Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

By Syafie06/03/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Selamatkah Memandu dengan Tayar Donat? Bolehkah Dipandu Laju?

By Han Othman08/03/20261
KTMB tambah tren untuk balik raya Aidilfitri 2026
Auto Terkini

KTMB Tambah 26 Tren Khas Raya 2026, Lebih 8,000 Tempat Duduk Sehari

By Shazwan Hisam03/03/2026
Moto Morini Alltrhike 450
Roda2

Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

By Shazwan Hisam06/03/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.