• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Cam Kingo Series Baharu Kini di Malaysia dengan 4 Varian, Harga Bermula RM100k

Cam Kingo Series Baharu Kini di Malaysia dengan 4 Varian, Harga Bermula RM100k

July 19, 2019 By AI Leave a Comment

350
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


R&A Marketing Sdn Bhd, selaku pengedar rasmi van King Long di Malaysia memperkenalkan model van Cam Kingo Series baharu ke pasaran tempatan sempena ulang tahun ke-10 kerjasama syarikat itu dengan Xiamen King Long United Automotive Industry Co Ltd.

Kehadiran Cam Kingo Series ini bakal melengkapi barisan model Cam sedia ada, termasuk mengisi vakum produk van di pasaran tempatan.

Cam Kingo Series baharu dikuasakan enjin diesel sebaris 3.0L Commonrail Turbocas dengan Intercooler Euro3 berkuasa 148hp [email protected] 3,400rpm dan tork 370Nm @ 2,000rpm, dengan transmisi manual 5-kelajuan.

Ada 4 varian ditawarkan, iaitu:

  • Kingo Ute - 15 kerusi
    • Panel
    • Tingkap
  • Kingo - 15 kerusi
  • Kingo Plus - 18 kerusi

Kingo Ute dan Kingo didatangkan dengan 15 kerusi, manakala King Plus, 18 kerusi. Kingo Ute  dilengkapi panel bumbung tinggi terbesar dalam kelas bagi memenuhi keperluan perniagaan komersial masa kini.

BACA >>> Can-Am Ryker (2019) - Model Trike yang Lebih Mampu Milik, Cuma AS$8.4k (RM35k)!

Antara ciri ditawarkan Cam Kingo Series ialah lampu siang (DRL) LED, lampu utama halogen, gril sarang lebah krom, rim aloi  15 inci dan 16 inci (Kingo Plus), koil penyejuk belakang berganda, sembilan ventilator penyaman udara, kerusi fabrik dan dua pintu gelunsur.

Ciri keselamatan pula dilengkapi Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dan Agihan Brek Elektronik (EBD) bersama kamera undur dengan sensor. Demi ketenangan minda pembeli dipakejkan dengan waranti 5 tahun atau 150,000km (mana satu tiba dulu).

BACA >>> Beli-Belah Atas Talian, Bisnes Van Komersial Mampu Jana Ekonomi Ratusan Bilion!

SENARAI HARGA IKUT MODEL

  • Kingo Ute
    • Panel - RM100,870
    • Tingkap - RM106,211 (individu) | RM106, 411 (syarikat)
  • Kingo - RM125,211 (individu) | RM125,411 (syarikat)
  • Kingo Plus - RM143,211 (individu) | RM143,411 (syarikat)
GALERI
350
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: auto terkini, Cam Kingo Series, Kingo, Kingo Plus, Kingo Ute, Kingo Ute Panel, minivan, Van

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • #BikinMotorLaju: [SIRI 2] Pilih Tayar Prestasi Tinggi - Tip Pilih Saiz dan Jenis
    #BikinMotorLaju: [SIRI 2] Pilih Tayar Prestasi Tinggi - Tip Pilih Saiz dan Jenis
  • Berapakah Tekanan Angin yang Betul Selepas Tukar Saiz Rim dan Tayar?
    Berapakah Tekanan Angin yang Betul Selepas Tukar Saiz Rim dan Tayar?
  • 5 Motosikal Gaya Cafe Racer dengan Bajet RM15k yang Boleh Anda Beli di Malaysia
    5 Motosikal Gaya Cafe Racer dengan Bajet RM15k yang Boleh Anda Beli di Malaysia
  • Yamaha NVX (2020) Perkenal Warna Baharu, Harga Kekal RM10,888
    Yamaha NVX (2020) Perkenal Warna Baharu, Harga Kekal RM10,888

PANDU UJI

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Inilah Reviu Jujur Abang Gan Pasal Proton X50!

 ABANG Gan baru saja memandu uji Proton X50 1.5TGD-i Flagship yang … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Hyundai Kona - SUV Jiwa Muda dengan Pakej Teknologi Mantap!

SEBELUM dilancarkan secara rasmi ke pasaran tempatan, saya baru-baru … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my