Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»#TahukahAnda: Jangan Main Taruk! Ini Minyak Enjin Sintetik Paling ‘Pintar’ untuk Kereta Hibrid Anda
Auto Terkini

#TahukahAnda: Jangan Main Taruk! Ini Minyak Enjin Sintetik Paling ‘Pintar’ untuk Kereta Hibrid Anda

Han OthmanBy Han Othman14/07/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Minyak pelincir Caltex Havoline Fully Synthetic Hybrid SAE 0W-20
SEMAKIN banyak model hibrid membanjiri pasaran, dan semakin ramai pemilik mula sedar enjin hibrid bukan jenis ‘asal jalan’. Sistem hibrid bekerja dua alam dengan motor elektrik dan enjin pembakaran dalaman (ICE) sentiasa beroperasi sepanjang pemanduan. Jadi, perlindungan enjin juga perlu berbeza.

Salah satu pilihan terbaik di pasaran sekarang ialah Caltex Havoline Fully Synthetic Hybrid SAE 0W-20, iaitu minyak enjin sintetik penuh yang dirumus khas untuk enjin hibrid moden.

Minyak pelincir Caltex Havoline Fully Synthetic Hybrid SAE 0W-20

Diformulasi Khas untuk Enjin Hibrid

Minyak pelincir ini dibangunkan khas untuk menangani cabaran unik enjin hibrid, seperti kitaran hidup-mati (on-off) yang kerap, operasi pada suhu rendah, dan keperluan geseran minimum. Setiap kali menekan brek dan enjin berhenti, minyak ini terus melindungi komponen dalaman supaya tidak haus walaupun dalam kondisi lahu (idle).

Minyak pelincir ini menggunakan formula sintetik penuh dengan teknologi aditif canggih yang memberikan perlindungan berterusan terhadap pengoksidaan, pembentukan enapan, dan kakisan logam dalaman. Dalam ujian makmal, komponen yang direndam dalam minyak pelincir ini kekal bebas karat walaupun selepas ujian jangka panjang.

SAE 0W-20 – Perlindungan Laju, Jimat Minyak

Caltex Havoline Fully Synthetic Hybrid SAE 0W-20 mempunyai kelikatan SAE 0W-20, iaitu antara tahap kelikatan terbaik enjin moden yang mengalir cepat ketika ‘cold start’ apabila enjin mula dihidupkan.

Minyak pelincir kelikatan rendah juga membantu mengurangkan geseran dalaman, dan seterusnya meningkatkan kecekapan bahan api. Dalam jangka masa panjang bukan saja membantu menjimatkan petrol, tetapi juga mengurangkan tekanan ke atas enjin.

Sesuai untuk Hibrid dan Enjin Petrol Biasa

Minyak pelincir Caltex Havoline Fully Synthetic Hybrid SAE 0W-20 sesuai untuk kereta petrol atau hibrid

Walaupun dirumus untuk hibrid, Caltex Havoline Fully Synthetic Hybrid SAE 0W-20 juga sesuai untuk enjin petrol biasa yang memerlukan API SP atau ILSAC GF-6A SAE 0W-20. Jika anda memiliki dua kereta berbeza, hibrid dan petrol biasa, sebotol Havoline Hybrid boleh diguna untuk kedua-dua kereta itu.

Jangka Hayat Minyak Lebih Lama

Minyak pelincir Caltex Havoline Fully Synthetic Hybrid SAE 0W-20

Dengan teknologi pelinciran stabil pada suhu tinggi dan rintangan pengoksidaan terbaik, minyak pelincir ini membantu memanjangkan jarak sela servis. Ini membolehkan kos penyelenggaraan dijimatkan dan kekal yakin enjin dilindungi dengan baik.

Malah, minyak pelincir ini direka untuk bekerja dengan sistem start-stop yang semakin biasa digunakan pada kereta moden yang menjadikan produk ini sangat relevan masa kini.

Mudah Didapati, Senang Beli

Tidak perlu susah hati mana mahu mencari minyak pelincir Caltex Havoline Fully Synthetic Hybrid SAE 0W-20 kerana boleh didapati secara dalam talian di Shopee, Lazada, dan pengedar, termasuk di pusat servis Caltex Havoline autoPro terpilih seluruh negara.

Malah produk minyak pelincir ini datang dalam botol baharu yang lebih premium dan senang dituang.

Jangan Sayang Kereta Separuh Jalan

Kereta hibrid memerlukan minyak peliincir diformulasi khas yang bukan sebarang produk yang ada. Caltex Havoline Fully Synthetic Hybrid SAE 0W-20 ialah pilihan bijak kepada pemilik kenderaan yang mahukan perlindungan pelaburan dari segi prestasi, jangka hayat enjin dan penjimatan bahan api.

Dengan perlindungan kakisan, kecekapan pelinciran ketika cold start, dan teknologi yang menyokong penggunaan enjin moden, minyak enjin ini nyata bukan sebarang pelincir. Kalau pandai pilih kereta, jangan pula tersilap pilih minyak.

aksesori autotainmen Caltex Caltex Havoline Fully Synthetic Hybrid SAE 0W-20 minyak enjin Minyak Pelincir
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Ferrari Amalfi Spider Versi Bumbung Boleh Buka Tampil Anggun!

13/03/2026
Auto Terkini

PLUS Jangka 2.3j Kenderaan Sehari, 34 Smart Lane Diaktifkan Sempena Aidilfitri

13/03/2026
Aksesori

Bridgestone Potenza Adrenalin RE005 Lancar, Tayar Baharu dengan Cengkaman Padu!

13/03/2026
Auto Terkini

Lexus LM 2026 Untuk Jepun, Perubahan Kecil yang Signifikan

13/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
CFMoto Papio Racer 2026
Roda2

‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

By Shazwan Hisam06/03/2026
Mforce sedang bangunkan model konsep Skuchai
Roda2

Mforce Labur RM10 Juta Bangunkan Konsep Motosikal Baharu ‘Skuchai’

By Shazwan Hisam06/03/2026
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

By Syafie05/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

By Syafie05/03/2026
Moto Morini Alltrhike 450
Roda2

Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

By Shazwan Hisam06/03/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Selamatkah Memandu dengan Tayar Donat? Bolehkah Dipandu Laju?

By Han Othman08/03/20261
Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
Trak dan Lori

Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

By Syafie06/03/2026
Autotainment

Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

By Admin PanduLaju12/05/2021
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.