• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / California Lulus RUU Larang Pengeluar EV Guna Istilah 'Pandu Sendiri Penuh'

California Lulus RUU Larang Pengeluar EV Guna Istilah 'Pandu Sendiri Penuh'

September 12, 2022 By Azhan O Leave a Comment

956
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PENGELUAR kenderaan elektrik (EV) dari Amerika Syarikat (AS), Tesla kini berdepan masalah penyalahgunaan istilah 'Pandu Sendiri Penuh (FSD)' dan keupayaan sistem atau kekurangannya.

Satu video tular di media sosial yang menunjukkan seorang pemandu di Kanada sedang tidur dalam Tesla dengan kereta dipandu automatik.

BACA >>> #Spyshot: Kia Dedah SUV Elektrik EV9 (2023) dengan Gaya Bersegi Jalani Ujian Enduran
BACA >>> Pelajar, Siswa Pulau Bali Perlu Guna EV, Mula 2023

#WATCH: A man was seen sleeping behind the wheel of his Tesla on the QEW this morning pic.twitter.com/MHZyRneZqc

— 6ixBuzzTV (@6ixbuzztv) September 2, 2022

Sama seperti apa saja ciptaan manusia di Bumi, sistem autonomi Tesla juga tidak terlepas daripada kebaikan dan keburukan, bergantung kepada penggunaan. Ciri Tesla Autopilot dicipta untuk membantu pemandu berdepan situasi membosankan seperti ketika menempuh lalu lintas perlahan atau memandu di lebuh raya.

Bagaimanapun, sistem itu kerap disalah guna pemandu Tesla yang mahu menunjuk-nunjuk dan kurang faham mengenai apa boleh dilakukan dan apa dilarang. Tesla juga sudah mengingatkan pemandu ciri Autopilot atau FSD tidak boleh dipandu tanpa pemantauan. Bagaimanapun, ramai pemilik sanggup mengambil risiko untuk membuktikan sebaliknya.

pandu-tesla-sambil-tidur-5
pandu-tesla-sambil-tidur-4

Pemandu dari Kanada adalah antara situasi tersebut yang ditangkap sedang tidur ketika memandu di lebuh raya di wilayah Ontario. Dalam video itu jelas dapat dilihat kerusi pemandu disandarkan, manakala pemandunay memejamkan mata, dan tangan pula tidak memegang stereng.

Sistem Tesla sepatutnya tidak membenarkan pemandu melakukan aksi tersebut. Namun, seperti dibuktikan sebelum ini, sistem itu mudah diperdaya. Kamera kabin sepatutnya mengesan mata pemandu dalam keadaan terbuka dan melihat trafik. Juster dalam kes pemandu Kanada itu, sistem akan mengeluarkan amaran bising. Namun seperti siasatan terdahulu, kamera boleh ditutup untuk dinyah aktif.

Langkah keselamatan lain perlu dilakukan adalah mewajibkan pemandu meletakkan tekanan pada stereng dari semasa ke semasa. Namun ini juga dielakkan dengan menggantung tin soda dari stereng atau pemberat tertentu yang dibuat khas untuk stereng Tesla. Malah ada aksesori khas dijual atas talian yang menjanjikan pemanduan jarak jauh yang lebih stabil dan selamat.

Segala kes dan laporan berlaku itu memaksa Senat California minggu lalu meluluskan Rang Undang-Undang utnuk menghalang pengeluar kenderaan elektrik (EV) menggunakan istilah FSD.

BACA >>> Pemilik Tesla Tanam Cip Kunci dalam Tangan
BACA >>> Tesla Model Y Kereta Paling Laris Dunia 2023, Atasi Toyota Corolla?

pandu-tesla-sambil-tidur-5
pandu-tesla-sambil-tidur-4
pandu-tesla-sambil-tidur-3
pandu-tesla-sambil-tidur-2
pandu-tesla-sambil-tidur-1

Related

956
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Global, Auto Terkini, autopilot, Pandu Sendiri Penuh (FSD), Pemandu Tesla Tidur, Tesla, Tesla Autopilot

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • SYM ADXTG400 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM29.8k!
    SYM ADXTG400 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM29.8k!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev