Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Caj Perkhidmatan Bergerak Puspakom Naik 20 Peratus, Mula 1 April 2025
Auto Terkini

Caj Perkhidmatan Bergerak Puspakom Naik 20 Peratus, Mula 1 April 2025

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju28/03/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


CAJ Perkhidmatan Bergerak Puspakom membabitkan Van Bergerak (MVS) dan Trak Bergerak (MTS) akan naik bermula 1 April 2025.

Puspakom menjelaskan, kenaikan itu dibuat selepas menimbang melaraskan caj perkhidmatan dengan struktur kos pada masa ini.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Puspakom, Mahmood Razak Bahman berkata, pindaan kadar caj dibuat selepas selesai kajian menyeluruh untuk memastikan Perkhidmatan Bergerak Puspakom dikekalkan demi manfaat pelanggan.

Beliau berkata;

Kadar caj baharu ini hanya melibatkan perkhidmatan bagi MTS dan MVS. Pelanggan yang membawa kenderaan ke cawangan Psupakom TIDAK AKAN TERKESAN dengan perubahan ini (kenaikan harga caj).

“Perubahan ini sejajar peningkatan kos operasi Perkhidmatan Bergerak kami. Bagaimanapun, fi pemeriksaan kenderaan KEKAL tidak berubah.”

CAJ PERKHIDMATAN BAHARU VS LAMA

Berdasarkan kenyataan dikirim Puspakom, kenaikan caj MVS naik 10 peratus, manakala MTS mencapai kenaikan 20 peratus. Contoh diberikan ada dalam jadual di atas.

APA BEZA MTS, MVS?

Perkhidmatan Unit Pemeriksaan Bergerak Puspakom

MTS menyediakan perkhidmatan pemeriksaan kepada syarikat yang memiliki jumlah kenderaan besar seperti operator kenderaan perdagangan, syarikat penghantaran barang, sekolah memandu dan pengedar kenderaan.

MVS menawarkan pemeriksaan kenderaan persendirian termasuk tukar hak milik kenderaan, cukai jalan tamat tempoh dan pendaftaran kenderaan import.

Kedua-dua perkhidmatan itu adalah kemudahan disediakan kepada pelanggan untuk mendapatkan pemeriksaan di lokasi pilihan mereka tanpa perlu hadir ke cawangan Puspakom.

CAJ HARGA TAK NAIK SEJAK…

Kenaikan itu adalah terbaharu dan kali terakhir semakan harga caj perkhidmatan dibuat adalah pada 2007 walaupun berlaku kenaikan dalam Indeks Harga Pengguna (CPI) setiap tahun.

Mereka yang berminat boleh mendapatkan Perkhidmatan Bergerak Puspakom dengan membuat tempahan melalui aplikasi MyPUSPAKOM (tempahan individu).
Tempahan secara pukal pula boleh hubungi pasukan pemasaran Puspakom di marketing@puspakom.com.my.

autoterkini Mahmood Razak Bahman Perkhidmatan Bergerak PUSPAKOM Roda4
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Ron95
    Auto Terkini

    Sekatan Kad Debit, Kredit Asing Beli RON95 Bermula 1 April

    31/03/2026
    Auto Terkini

    JPJ Benar Institut Memandu Bina Litar Dalam Bangunan Bertingkat

    31/03/2026
    Auto Terkini

    KPDN Rekod Rampasan RM32 Juta Petrol, Diesel Sejak Januari 2024

    31/03/2026
    Auto Terkini

    Honda ZR-V 2026 Jepun Tiada Turbo, Cross Touring Bawa Imej Off-Road

    30/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Petrol RON95
    Auto Terkini

    Kuota BUDI95 Mungkin Dikurangkan Kepada 200 Liter Sebulan

    By Syafie26/03/2026
    Auto Terkini

    Bila Ayah ‘Kaki Kereta’, Nama Anak Pun Jadi Jenama Kereta

    By Syafie25/03/2026
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Ron95
    Auto Terkini

    Sekatan Kad Debit, Kredit Asing Beli RON95 Bermula 1 April

    By Syafie31/03/2026
    Autotainment

    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

    By Admin PanduLaju11/06/20166
    Proton e.MAS 5 2025 rasmi lancar.
    Roda4

    EV Paling Murah di Pasaran Malaysia, Proton e.MAS 5 2026 Lancar, Harga Mula RM56,800

    By Shazwan Hisam04/11/2025
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.