Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Cabaran Keselamatan Chery Kini Tiba di Indonesia!
Auto Terkini

Cabaran Keselamatan Chery Kini Tiba di Indonesia!

SyafieBy Syafie19/06/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Jelajah Chery Safety Challenge
SELEPAS kejayaan di China, Chery meneruskan kempen global ‘Chery Safety Challenge‘ di Indonesia, dengan memberi fokus kepada ujian keselamatan bateri dalam keadaan iklim tropika yang lembap dan mencabar.

Kempen itu menandakan komitmen Chery terhadap ujian dunia sebenar yang ketat, terutama beberapa siri ujian ekstrem di China sebelum ini seperti:

  • Ujian terbalik berputar (spiral rollover)
  • Pelanggaran dua kenderaan serentak
  • Cabaran menyusun tujuh kenderaan secara menegak selama 48 jam

Chery Tiggo 8 Pro CSH Diuji di Indonesia

Chery Tiggo 8 Pro CSH
Platform Chery Tiggo 8 Pro CSH

Kenderaan utiliti sukan (SUV) hibrid plug-in (PHEV) Chery Tiggo 8 Pro CSH dipilih untuk menghadapi ujian di Indonesia dengan fokus ujian untuk membuktikan:

  • Ketahanan sistem bateri dalam kelembapan tinggi
  • Kebolehpercayaan dalam kondisi hujan tropika dan potensi banjir
  • Keselamatan sistem kuasa elektrik dalam senario sebenar rantau Asia Tenggara

Sebelum ini, model sama berjaya melalui ujian tekanan tujuh kereta bertindih selama 48 jam di Wuhu, China, membuktikan tahap keselamatan bateri dan struktur badan yang tinggi.

Strategi ‘In Somewhere, For Somewhere’: Solusi Mobiliti Ikut Keperluan Tempatan

Chery menjelaskan ujian itu sebahagian strategi global ‘In Somewhere, For Somewhere’ yang bermaksud setiap pasaran menerima produk dan ujian keselamatan yang disesuaikan dengan cabaran persekitaran setempat.

Kami komited menyesuaikan teknologi dan produk Chery mengikut keperluan sebenar pengguna sesebuah negara, sama ada dari aspek kelembapan, banjir, suhu panas atau rupa bumi,” kata wakil Chery.

Dengan pendekatan itu, Chery berusaha menjadi jenama yang bukan saja menawarkan mobiliti pintar, tetapi dipercayai dari sudut keselamatan sebenar dalam semua kondisi cuaca.

Seterusnya ke Afrika Selatan, Brazil dan Mexico

Selepas Indonesia, Chery Safety Challenge akan diteruskan di pasaran utama lain seperti:

  • Afrika Selatan
  • Brazil
  • Mexico

Setiap lokasi akan menampilkan ujian berasaskan persekitaran unik masing-masing yang menjadikan Chery sebagai pelopor dalam penetapan piawaian baharu keselamatan EV dan hibrid peringkat global.

Auto Terkini Chery Chery Safety Challenge Chery Tiggo 8 Pro CSH Indonesia Roda4
Syafie

Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Geely Auto No.1 di China 2 Bulan Berturut-Turut!

10/03/2026
Roda4

Audi Q7 S line CKD Kini Dari RM399,990, SUV 7 Tempat Duduk, Enjin V6 3.0L

09/03/2026
Auto Terkini

Viral Pemandu BMW 325i ‘Drift’ di Genting Highlands Ditahan Polis, Kereta Kena Sita

09/03/2026
Kilang Mforce Bike di Pulau Pinang
Auto Terkini

Mforce Experience Club (MEC) – Platform Komuniti Rasmi Pemilik Motosikal Mforce

09/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

By Syafie05/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

By Syafie05/03/2026
CFMoto Papio Racer 2026
Roda2

‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

By Shazwan Hisam06/03/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
Mforce sedang bangunkan model konsep Skuchai
Roda2

Mforce Labur RM10 Juta Bangunkan Konsep Motosikal Baharu ‘Skuchai’

By Shazwan Hisam06/03/2026
Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
Trak dan Lori

Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

By Syafie06/03/2026
KTMB tambah tren untuk balik raya Aidilfitri 2026
Auto Terkini

KTMB Tambah 26 Tren Khas Raya 2026, Lebih 8,000 Tempat Duduk Sehari

By Shazwan Hisam03/03/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Selamatkah Memandu dengan Tayar Donat? Bolehkah Dipandu Laju?

By Han Othman08/03/20261
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.