JIKA anda sedang mencari kenderaan elektrik (EV) baharu untuk digunakan sempena perjalanan balik kampung Aidilfitri, acara BYD Raya Fiesta 2026 mungkin peluang terbaik.
Festival jualan khas itu akan berlangsung pada 6 – 8 Mac 2026 di Car Park N1, Stadium Shah Alam, bermula jam 10 pagi – 11 malam.
Acara sempena musim Ramadan itu memberi peluang kepada pengunjung melihat lebih dekat barisan model EV BYD sambil menikmati pelbagai promosi eksklusif yang hanya ditawarkan sepanjang tiga hari acara berkenaan.
Promosi Raya Hingga RM18,000

Sepanjang acara itu, pengunjung yang menempah kenderaan BYD berpeluang menikmati rebat sehingga RM18,000 selain tambahan Duit Raya RM2,000 untuk semua model ditawarkan.
Bagi penjawat awam dan pelanggan korporat, ada juga potongan tambahan sehingga RM2,000 untuk model terpilih. Tawaran itu menjadikan acara tersebut antara promosi terbesar BYD di Malaysia menjelang musim perayaan.
Selain diskaun harga, pembeli yang membuat tempahan di lokasi acara juga berpeluang menyertai cabutan bertuah dengan pelbagai hadiah menarik. Pengunjung turut boleh mendapatkan barangan edisi khas BYD bertemakan Hari Raya selagi stok masih ada.
Festival Automotif, Aktiviti Keluarga

BYD Raya Fiesta 2026 bukan sekadar acara jualan kenderaan, tetapi turut menampilkan suasana festival yang sesuai seisi keluarga. Pengunjung boleh mencuba sendiri model terkini BYD melalui sesi pandu uji disediakan sepanjang acara.
Pelbagai aktiviti sampingan seperti permainan karnival, gerai makanan dan trak makanan turut disediakan bagi memeriahkan suasana. Ini menjadikan acara tersebut destinasi santai untuk dikunjungi bersama rakan dan keluarga.
Menariknya, bermula jam 9 malam setiap hari, pengunjung juga boleh menikmati sesi moreh yang menyediakan makanan ringan dan minuman untuk berbuka santai selepas aktiviti malam.
Pengalaman Unik Belon Udara Panas
Antara tarikan unik sepanjang acara itu adalah pengalaman menaiki belon udara panas secara percuma. Aktiviti itu memberi peluang kepada pengunjung merakam gambar menarik dan menikmati suasana festival dari sudut berbeza.
Penganjur turut menggalakkan orang ramai mendaftar awal dan mengikuti perkembangan terkini acara melalui saluran rasmi BYD Cars Malaysia bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai promosi dan aktiviti yang disediakan.
Dengan pelbagai tawaran istimewa serta suasana festival yang meriah, BYD Raya Fiesta 2026 dijangka menjadi antara acara automotif menarik menjelang sambutan Hari Raya tahun ini.








