Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»BYD Atto 2 Rasmi Lancar di Malaysia – SUV Elektrik Segmen-B Penuh Gaya, Harga RM100,000
Roda4

BYD Atto 2 Rasmi Lancar di Malaysia – SUV Elektrik Segmen-B Penuh Gaya, Harga RM100,000

Han OthmanBy Han Othman24/07/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

BYD Atto 2 2025 lancar di Malaysia
PASARAN kenderaan elektrik (EV) Malaysia kini menerima kehadiran ahli baharu dalam famili kenderaan utiliti sukan (SUV) segmen-B, BYD Atto 2 hasil kerjasama antara BYD Malaysia dan Sime Motors.

Ditawarkan pada harga RM100,000, SUV EV subkompak itu direka khas untuk pemandu muda, pemilik EV kali pertama, termasuk mereka yang mencari gaya hidup pintar dan serba elektrik.

EV Kecil, Impak Besar – BYD Atto 2 Penuhi Keperluan Gaya Hidup Urban

BYD Atto 2 2025

Mengangkat tema ‘When Chill Meets Thrill‘, BYD Atto 2 tampil dengan rekabentuk moden, ruang kabin bergaya dan prestasi menyeronokkan. Gabungan bentuk padat dan teknologi canggih menjadikan SUV subkompak itu sesuai untuk rutin harian di bandar atau bersantai hujung minggu.

Maskot kapibara BYD, Carpy, tampil menceriakan acara pelancaran rasmi di Heritage Valley, Kuala Lumpur yang melambangkan personaliti ceria dan mesra pengguna yang ditawarkan model EV berkenaan.

Prestasi, Teknologi yang Ringan, Lincah dan Berkuasa

BYD Atto 2 2025
BYD Atto 2 2025

BYD Atto 2 dijana motor elektrik 130kW dan tork 290Nm, serta mampu memecut 0-100kmj sepantas 7.9 saat.

SUV itu dipadankan bateri bilah BYD 51.13 kWh, dengan  jarak pemanduan mencecah 410km (menurut ujian NEDC) yang cukup untuk kegunaan harian dan perjalanan luar bandar.

BYD Atto 2 2025
BYD Atto 2 2025

SUV itu juga menyokong pengecasan:

  • AC (7kW) jenis Type 2
  • DC (hingga 82kW) melalui CCS2

Dalaman: Kabin Minimalis, Ciri Maksimum

BYD Atto 2 2025

Menjengah ruang kabin, penumpang disambut unit infotainment skrin sentuh 12.8 inci berputar, lengkap dengan konektiviti Apple CarPlay dan Android Auto wayarles.

BYD Atto 2 2025
BYD Atto 2 2025

Ruang dalaman bergaya dengan kerusi kulit sintetik, pengecas wayarles dan kerusi depan dengan fungsi pengudaraan sebagai ciri gaya hidup moden untuk pengguna aktif.

Spesifikasi Tambahan

BYD Atto 2 2025
BYD Atto 2 2025
  • 6 beg udara dan kamera 360°
  • Sistem Bantuan Pemandu Termaju (ADAS) lengkap
BYD Atto 2 2025
BYD Atto 2 2025
BYD Atto 2 2025
BYD Atto 2 2025
  • Ruang but maksimum 1,320 liter (kerusi belakang boleh lipat)
  • Rim aloi 17-inci, dengan tayar 215/60 R17

Pilihan Warna dan Ciri Menarik

BYD Atto 2 2025

Ada tiga warna ditawarkan:

  • Ski White (putih)
  • Breeze Green (hijau)
  • Harbour Grey (kelabu)
BYD Atto 2 2025
BYD Atto 2 2025

Semua warna dipadankan ruang dalam hitam penuh elegan. Turut disediakan:

  • Kabel pengecas Type-2 dengan soket 3-pin
  • Alat Penyesuai V2L (Vehicle-to-Load) untuk kegunaan peralatan elektrik luar

Tawaran Pemilikan Mudah: Jimat RM13,500 untuk 800 Pelanggan Pertama

BYD Sime Motors turut menawarkan pakej istimewa kepada 800 pembeli BYD Atto 2 pertama berupa:

Bayaran Mudah (Easy Payment)

BYD Atto 2 2025
BYD Atto 2 2025
  • Ansuran RM0 untuk enam bulan pertama (dengan panel bank Sime Motors)

Pengecasan Mudah (Easy Charging)

BYD Atto 2 2025
BYD Atto 2 2025
  • Pengecas dinding percuma, untuk rumah tanah (landed)
  • Langganan daripada Power Up untuk Sime Platinum 4+ selama 12 bulan, untuk kediaman bertingkat dengan tawaran:
    • 4x pengecasan mudah alih pintu ke pintu setiap bulan
    • 2x cucian kereta dan kilatkan tayar
    • 2x bantuan penyelamat EV setahun

* Hanya kawasan terpilih, tertakluk terma dan syarat.

Jaminan, Sokongan Selepas Jualan

  • Waranti kenderaan: 6 tahun / 150,000km
  • Waranti bateri: 8 tahun / 160,000km
  • Waranti unit pacuan: 8 tahun / 150,000km

Dengan 35 cawangan seluruh negara, BYD Sime Motors memiliki antara rangkaian EV terbesar Malaysi yang dijangka berkembang kepada 60 pengedar menjelang 2026.

Acara Pelancaran Umum: 25-27 Julai di KL

BYD Atto 2 2025

Orang ramai dijemput ke acara pelancaran di Heritage Valley, Kuala Lumpur pada 25-27 Julai 2025, dari jam 9 pagi hingga 7 malam dengan pelbagai aktiviti menanti seperti:

  • Pandu uji eksklusif
  • Cabutan bertuah tiket konsert VIP
  • Bengkel pendidikan EV
  • Permainan kasut roda dan pickleball
  • Pameran kereta seni grafiti
  • Perjumpaan dengan maskot Carpy

Daftar sekarang di pautan ini: byd.simemotors.my/blog/when-chill-meets-thrill

BYD Atto 2 – EV Subkompak yang Serba Bijak, Seronok

Dengan gabungan prestasi, gaya dan pakej pemilikan kompetitif, BYD Atto 2 menetapkan penanda aras baharu dalam segmen EV kompak Malaysia. Jika anda baru berjinak dengan dunia EV, inilah masa paling sesuai untuk memulakan perjalanan elektrik anda.

Maklumat lanjut atau tempahan boleh layari byd.simemotors.my atau kunjungi cawangan BYD berdekatan.

BYD Atto 2 2025
BYD Atto 2 2025
BYD Atto 2 2025
BYD Atto 2 2025
BYD Atto 2 2025
BYD Atto 2 2025
BYD Atto 2 2025
BYD Atto 2 2025
BYD Atto 2 2025
BYD Atto 2 2025
BYD Atto 2 2025
BYD Atto 2 2025
BYD Atto 2 2025
BYD Atto 2 2025
BYD Atto 2 2025
BYD Atto 2 2025
BYD Atto 2 2025
BYD Atto 2 2025
BYD Atto 2 2025
BYD Atto 2 2025
BYD Atto 2 2025
BYD Atto 2 2025
BYD Atto 2 2025
BYD Atto 2 2025
BYD Atto 2 2025
BYD Atto 2 2025
BYD Atto 2 2025
BYD Atto 2 2025
BYD Atto 2 2025
BYD Atto 2 2025
BYD Atto 2 2025
BYD Atto 2 2025
BYD Atto 2 2025
BYD Atto 2 2025
BYD Atto 2 2025
BYD Atto 2 2025
BYD Atto 2 2025
BYD Atto 2 2025
BYD Atto 2 2025
BYD Atto 2 2025
BYD Atto 2 2025
BYD Atto 2 2025
BYD Atto 2 2025
BYD Atto 2 2025
BYD Atto 2 2025
BYD Atto 2 2025
BYD Atto 2 2025
BYD Atto 2 2025
BYD Atto 2 2025
BYD Atto 2 2025
BYD Atto 2 2025
BYD Atto 2 2025
BYD Atto 2 2025
BYD Atto 2 2025
BYD Atto 2 2025
BYD Atto 2 2025
BYD Atto 2 2025
BYD Atto 2 2025
BYD Atto 2 2025
BYD Atto 2 2025
BYD Atto 2 2025
BYD Atto 2 2025
BYD Atto 2 2025
BYD Atto 2 2025
BYD Atto 2 2025
BYD Atto 2 2025
BYD Atto 2 2025
BYD Atto 2 2025
BYD Atto 2 2025
BYD Atto 2 2025
BYD Atto 2 2025
BYD Atto 2 2025
BYD Atto 2 2025
BYD Atto 2 2025
BYD Atto 2 2025
BYD Atto 2 2025
BYD Atto 2 2025
BYD Atto 2 2025
BYD Atto 2 2025
BYD Atto 2 2025
BYD Atto 2 2025
BYD Atto 2 2025
BYD Atto 2 2025
BYD Atto 2 2025
BYD Atto 2 2025 BYD Atto2 BYD Malaysia Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) Roda4 SUV Elektrik SUV EV
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

AFEELA Prototype 2026
Auto Terkini

Sony Honda Mobility Tamatkan EV AFEELA, Duit Pelanggan Pulang Balik!

27/03/2026
Roda4

#BIMS2026: Nissan Kicks e-POWER Terima Facelift di Thailand

27/03/2026
Roda4

#BIMS2026: Geely EX5 Max Dilancar di Thailand, EV SUV Segmen C dengan Jarak Hingga 525 km

27/03/2026
Roda4

#BIMS2026: NIO Firefly Dilancar di Thailand, EV Hatchback Kompak dengan Sistem Tukar Bateri

27/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
Roda4

Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

By Han Othman12/03/2026
Autotainment

Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

By Admin PanduLaju12/05/2021
Petrol RON95
Auto Terkini

Kuota BUDI95 Mungkin Dikurangkan Kepada 200 Liter Sebulan

By Syafie26/03/2026
Autotainment

#ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

By Han Othman03/08/201957
Auto Terkini

Bila Ayah ‘Kaki Kereta’, Nama Anak Pun Jadi Jenama Kereta

By Syafie25/03/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

By Admin PanduLaju28/06/20211
Roda2

MV Agusta Dedah Konsep Enjin Lima Silinder Baharu

By Shazwan Hisam24/03/2026
Autotainment

Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

By Admin PanduLaju11/06/20166
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.