
SHELL Malaysia terus memperkemas pengalaman mobiliti rakyat apabila kini mengintegrasikan BUDI95 terus ke dalam Shell App, membolehkan pengguna menikmati subsidi petrol dengan lebih mudah, cepat dan selamat - semuanya dari satu aplikasi.
Dengan penambahbaikan baharu ini, pelanggan hanya perlu melakukan verifikasi eKYC Touch ‘n Go (TNG) eWallet sekali sahaja, dan selepas itu mereka boleh:
- Tekan butang BUDI95 dalam aplikasi
- Buat bayaran secara digital
- Terus menikmati harga subsidi tanpa perlu keluarkan sebarang kad
Peningkatan ini mengukuhkan komitmen Shell untuk membantu rakyat menyesuaikan diri dengan sistem subsidi baharu negara, sambil menyediakan pengalaman mengisi minyak yang lebih lancar dan penuh nilai tambah.
Mudah, Selamat dan Rewarding - Shell App Lagi Power
Menurut Pengurus Besar Shell Mobility and Convenience Malaysia, Seow Lee Ming;
Shell App dengan BUDI95 akan membantu rakyat memaksimumkan setiap ringgit. Misi kami jelas - memudahkan perjalanan dan memberi lebih ganjaran setiap kali mereka mengisi minyak.
Dengan Shell FuelSave95 yang memberi lebih jarak setiap tangki, serta pelbagai ciri dalam aplikasi, pelanggan akan menikmati nilai maksimum setiap kali berkunjung ke Shell.”
Shell App kini menggabungkan beberapa kemudahan utama:
- Bayaran digital yang lebih selamat
- Akses pantas ke BUDI95
- Tawaran peribadi
- Ganjaran segera melalui promosi aplikasi
Pengalaman di Stesen Semakin Lengkap
Integrasi digital ini juga selari dengan servis fizikal di stesen Shell seluruh negara. Dengan gabungan:
- Kedai Shell Select
- Minyak enjin Shell Helix dan Shell Advance
- Servis penjagaan kereta dan kemudahan on-the-go
Shell mahu memastikan setiap pelanggan menikmati pengalaman lengkap - daripada membeli barang harian, menjaga enjin, sehinggalah mengisi minyak dengan lebih mudah.
Dua Kempen Besar Menanti Pengguna Shell App

1. RM2 Juta Baucar Shell Untuk Direbut!
Nak ganjaran segera? Senang je!
Pelanggan yang:
- Daftar eKYC TNG eWallet dalam Shell App, dan
- Melakukan transaksi BUDI95 minimum RM10,
akan menerima baucar Shell RM5 secara automatik dalam aplikasi.
Pengguna baharu Shell App pula dapat tambahan RM5 sebagai hadiah alu-aluan. Shell menyediakan jumlah baucar bernilai RM2 juta, jadi siapa cepat dia dapat!
2. Menang 3 Tahun Minyak Percuma!
Nak minyak percuma selama tiga tahun?
Pelanggan hanya perlu:
- Beli minyak enjin terpilih Shell Helix atau Shell Advance di mana-mana stesen Shell
- Terima dan tebus baucar khas dalam Shell App
Secara automatik, anda akan didaftarkan ke Free Fuels Contest - semakin dekat dengan peluang memenangi 3 tahun minyak percuma, hadiah paling ‘win’ untuk kaki jalan jauh.
Jom Daftar BUDI95 Dengan Shell App
Muat turun Shell App hari ini, aktifkan BUDI95 dan nikmati pengalaman mengisi minyak yang lebih lancar, lebih jimat dan penuh ganjaran.
Untuk maklumat lanjut, layari: www.shell.com.my/BUDI95
Leave a Reply