Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»BUDI95 Kini Ada dalam Shell App!
Auto Terkini

BUDI95 Kini Ada dalam Shell App!

SyafieBy Syafie01/12/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

SHELL Malaysia terus memperkemas pengalaman mobiliti rakyat apabila kini mengintegrasikan BUDI95 terus ke dalam aplikasi Shell App yang membolehkan pengguna menikmati subsidi petrol dengan lebih mudah, cepat dan selamat, semua daripada satu aplikasi.

Dengan penambahbaikan baharu itu, pelanggan hanya perlu melakukan verifikasi eKYC Touch ‘n Go (TNG) eWallet sekali sahaja, dan selepas itu boleh:

  • Tekan butang BUDI95 dalam aplikasi
  • Buat bayaran secara digital
  • Terus menikmati harga subsidi tanpa perlu keluarkan sebarang kad

Naik taraf itu mengukuhkan komitmen Shell untuk membantu rakyat menyesuaikan diri dengan sistem subsidi baharu negara, sambil menyediakan pengalaman mengisi minyak yang lebih lancar dan penuh nilai tambah.

Mudah, Selamat dan Penuh Ganjaran – Shell App Lagi Power

Aplikasi Shell App kini ada BUDI95

Pengurus Besar Shell Mobility and Convenience Malaysia, Seow Lee Ming berkata;

Shell App dengan BUDI95 akan membantu rakyat memaksimumkan setiap ringgit. Misi kami jelas, memudahkan perjalanan dan memberi lebih ganjaran setiap kali mereka mengisi minyak.

“Dengan Shell FuelSave95 yang memberi lebih jarak setiap tangki, dan pelbagai ciri dalam aplikasi, pelanggan akan menikmati nilai maksimum setiap kali berkunjung ke Shell.”

Shell App kini menggabungkan beberapa kemudahan utama:

  • Bayaran digital lebih selamat
  • Akses pantas ke BUDI95
  • Tawaran peribadi
  • Ganjaran segera melalui promosi aplikasi

Pengalaman di Stesen Semakin Lengkap

Integrasi digital itu juga selari servis fizikal di stesen Shell seluruh negara dengan gabungan:

  • Kedai Shell Select
  • Minyak pelincir Shell Helix dan Shell Advance
  • Servis penjagaan kereta dan kemudahan on-the-go

Shell mahu memastikan setiap pelanggan menikmati pengalaman lengkap daripada pembelian barang harian, penjagaan enjin, hingga mengisi minyak dengan lebih mudah.

Dua Kempen Besar Menanti Pengguna Shell App

Aplikasi Shell App kini ada BUDI95

i. RM2 Juta Baucar Shell untuk Direbut!

Mahu ganjaran segera? Senang saja!
Pelanggan yang:

  • Daftar eKYC TNG eWallet dalam Shell App; dan
  • Melakukan transaksi BUDI95 minimum RM10,

Bakal menerima baucar Shell RM5 secara automatik dalam aplikasi. Pengguna baharu Shell App pula dapat tambahan RM5 sebagai hadiah aluan. Shell menyediakan jumlah baucar bernilai RM2 juta, siapa cepat dia dapat!

 ii. Menang 3 Tahun Minyak Percuma!

Mahu minyak percuma selama tiga tahun?
Pelanggan hanya perlu:

  • Beli minyak enjin terpilih Shell Helix atau Shell Advance di mana-mana stesen Shell
  • Terima dan tebus baucar khas dalam Shell App

Secara automatik, pengguna akan didaftarkan ke Free Fuels Contest yang semakin dekat dengan peluang memenangi tiga tahun minyak percuma, juga hadiah paling ‘padu’ untuk mereka yang gemar berjalan jauh.

Jom Daftar BUDI95 dengan Shell App

Aplikasi Shell App kini ada BUDI95

Apa lagi, muat turun Shell App hari ini, aktifkan BUDI95 dan nikmati pengalaman mengisi minyak yang lebih lancar, lebih jimat dan penuh ganjaran.

Maklumat lanjut boleh layari: www.shell.com.my/BUDI95

Auto Terkini Budi Madani RON95 (BUDI95) BUDI95 Shell App Shell Malaysia
Syafie

Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Syarikat Penerbangan Asia Mula Naikkan Harga Tiket

10/03/2026
Roda4

Porsche Pertimbang Satukan Model Taycan dan Panamera

10/03/2026
Auto Terkini

Chery TIGGO 7 Raih Empat Penarafan Keselamatan Lima Bintang Global

10/03/2026
Auto Terkini

JPJ Bakal Guna Dron Teknologi Tinggi Dalam Ops Hari Raya Aidilfitri

10/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

By Syafie05/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

By Syafie05/03/2026
CFMoto Papio Racer 2026
Roda2

‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

By Shazwan Hisam06/03/2026
Mforce sedang bangunkan model konsep Skuchai
Roda2

Mforce Labur RM10 Juta Bangunkan Konsep Motosikal Baharu ‘Skuchai’

By Shazwan Hisam06/03/2026
Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
Trak dan Lori

Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

By Syafie06/03/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Selamatkah Memandu dengan Tayar Donat? Bolehkah Dipandu Laju?

By Han Othman08/03/20261
KTMB tambah tren untuk balik raya Aidilfitri 2026
Auto Terkini

KTMB Tambah 26 Tren Khas Raya 2026, Lebih 8,000 Tempat Duduk Sehari

By Shazwan Hisam03/03/2026
Moto Morini Alltrhike 450
Roda2

Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

By Shazwan Hisam06/03/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.