Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Tentang Go-Jek yang Perlu Anda Tahu, Dari ‘Prebet Sapu’ Jalanan ke Aplikasi Mobil
Auto Terkini

Tentang Go-Jek yang Perlu Anda Tahu, Dari ‘Prebet Sapu’ Jalanan ke Aplikasi Mobil

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju23/08/20191 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


APLIKASI mobil e-hailing dan penghantaran menggunakan platform motosikal, Go-Jek di Indonesia dilaporkan meraih pendapatan tahunan mencecah AS$1.5 bilion (RM5.8 bilion). Idea start-up itu sama saja macam aplikasi kereta e-hailing sebagai medium pengangkutan baharu selain teksi konvensional seperti GrabCar dan Uber, sebaliknya Go-Jek menggunakan motosikal.

Bagi pelancong asing, perkhidmatan ditawarkan sudah tentu meragukan kerana perlu menjadi pembonceng dengan sut perlindungan minimum dan meredah lalu lintas serba padat di bandar-bandar Indonesia. Tetapi bagi warga republik itu, semua itu perkara biasa.

BACA >>> Kabinet Beri Lampu Hijau untuk ‘Go-Jek Malaysia’!

SUDAH BIASA TUMPANGKAN ORANG

Sebabnya, sebelum ada Go-Jek yang kini dieksklusifkan, Indonesia memang sudah sedia menawarkan servis seumpama itu, dipanggil ‘ojek’ yang beroperasi secara persendirian tanpa bernaung di bawah mana-mana syarikat, atau syarikat kecil. Kalau di Malaysia, kita tentu masih ingat kelibat ‘prebet sapu’ suatu masa dulu yang menggunakan kereta atau van sendiri untuk mengangkut penumpang dengan bayaran upah murah.

Di Indonesia memang sudah ada servis ojek muslimah untuk membawa pembonceng wanita.

Malah, budaya ‘prebet sapu motosikal’ di Indonesia itu turut membantu memudahkan syarikat e-hailing luar seperti GrabBike (dari Malaysia) berkembang di negara tersebut kerana orang Indonesia sendiri memang tiada masalah membonceng motosikal milik penunggang tidak dikenalinya. Ia sama seperti teksi, cuma medium kenderaannya ialah motosikal, dan ojek menjadi pengangkutan alternatif paling mudah, dan pantas bergerak di sana.

Jika menggunakan perkhidmatan teksi, penumpang selalunya akan terperangkap dalam kesesakan lalu lintas, ditambah pula caj tambang mahal. Tetapi tambang Go-Jek cuma sekitar RM4 atau lebih murah. Sebelum ada Go-Jek, penunggang ojek biasanya akan menunggu penumpang di tepi jalan dan berlaku tawar menawar. Sama seperti kes teksi di negara kita, berlaku insiden cekik darah yang mana penunggang mengenakan caj yang tidak munasabah.

Dan akhirnya Go-Jek melihat situasi itu sebagai peluang perniagaan.

BACA >>> Kelemahan Pengangkutan Awam Bantu ‘Careem’ Kuasai Tiga Rantau

GO-JEK MUNCUL


Idea pengangkutan dua roda itu hanya bermula dengan 20 motosikal dan satu pusat khidmat pelanggan dengan meniru metod aplikasi seperti Uber. Kini, sejak dilancarkan pada 2015, Go-Jek berkembang kepada 200,000 penunggang, termasuk menambah servis baharu seperti kurier, pesanan makanan, pembeli (shopper) peribadi dan tukang urut bergerak. Semua tempahan, pesanan dan bayaran dibuat terus menerusi aplikasi bayaran mobil Go-Pay.

BACA >>> 8 Fakta Tentang SOCAR yang Perlu Anda Tahu – Sewa Kereta Pandu Sendiri Ikut Jam

Uniknya, Go-Jek hanya menumpukan kepada perkhidmatan dua roda yang membolehkan pemilik motosikal menjana pendapatan selain memudahkan pelanggan bergerak. Malah Go-Jek membuka peluang kepada pelancong asing terutama dari Barat yang tidak kisah atau selama ini teringin mencuba menggunakan perkhidmatan prebet sapu motosikal, tetapi berdepan masalah bahasa.

Kini dengan aplikasi Go-Jek, tiada lagi masalah itu kerana segalanya diselesaikan menerusi aplikasi mobil.


SUMBER: RevZilla

aplikasi e-hailing aplikasi mobil Auto Terkini GO-JEK motosikal prebet sapu prebet sapu motosikal roda2
Admin PanduLaju

Artikel Berkaitan

Roda2

2026 MV Agusta Enduro Veloce Dilancar, Travel Enduro Premium Harga Sekitar RM91k

09/03/2026
Auto Terkini

Viral Pemandu BMW 325i ‘Drift’ di Genting Highlands Ditahan Polis, Kereta Kena Sita

09/03/2026
Kilang Mforce Bike di Pulau Pinang
Auto Terkini

Mforce Experience Club (MEC) – Platform Komuniti Rasmi Pemilik Motosikal Mforce

09/03/2026
JPJ lancar JPJvBID
Auto Terkini

JPJ Lancar JPJvBID – Platform Digital Lelongan Kenderaan Sita

09/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

By Syafie05/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

By Syafie05/03/2026
CFMoto Papio Racer 2026
Roda2

‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

By Shazwan Hisam06/03/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
Mforce sedang bangunkan model konsep Skuchai
Roda2

Mforce Labur RM10 Juta Bangunkan Konsep Motosikal Baharu ‘Skuchai’

By Shazwan Hisam06/03/2026
Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
Trak dan Lori

Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

By Syafie06/03/2026
KTMB tambah tren untuk balik raya Aidilfitri 2026
Auto Terkini

KTMB Tambah 26 Tren Khas Raya 2026, Lebih 8,000 Tempat Duduk Sehari

By Shazwan Hisam03/03/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Selamatkah Memandu dengan Tayar Donat? Bolehkah Dipandu Laju?

By Han Othman08/03/20261
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.