Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Buat Lawak April Fool Pasal Covid-19 Boleh Kena Penjara
Auto Terkini

Buat Lawak April Fool Pasal Covid-19 Boleh Kena Penjara

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju01/04/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


KEBANYAKAN negara sudah mengeluarkan amaran kepada rakyat masing-masing supaya tidak membuat jenaka atau menyebar berita palsu mengenai Covid-19 sempena hari April Fool (1 April), atau bersedia menerima hukuman penjara atau denda tunai.

Gergasi telekomunikasi, Google yang terkenal dengan lawak tahunan sempena April Fool membatalkan tradisi itu disebabkan pandemik Covid-19 yang mengorbankan kira-kira 40,000 nyawa setakat ini. Google memutuskan menghentikan tradisi April Fool tahunan kerana menghormati semua pihak yang sedang bertarung dengan pandemik tersebut.

“Matlamat tertinggi kami sekarang adalah membantu orang ramai, jadi simpan dulu lawak untuk April depan, yang pastinya akan menjadi lebih baik daripada ini,” katanya dalam e-mel dalaman kepada kakitangan.

BACA >>> Kawasaki Ninja H2O – Motosikal Amfibia Bakal Lancar di Jepun Hujung Tahun Ini

Semalam, Thailand mengeluarkan amaran, sesiapa yang membuat jenaka mengenai virus tersebut sempena April Fool akan dihukum penjara hingga lima tahun.

Presiden Taiwan, Tsai Ing-wen pula mengingatkan orang ramai supaya meneruskan budaya tersebut dengan memberi amaran mana-mana individu yang ditahan menyebarkan maklumat tidak sahih boleh dipenjara hingga tiga tahun atau denda hingga NT$3 juta (RM430,000).

Di India, unit keselamatan siber negeri Maharashtra mengumumkan akan mengambil tindakan undang-undang ke atas sesiapa yang menyebarkan berita palsu pada April Fool. Kerajaan negeri itu juga tidak membenarkan sesiapa menyebarkan khabar angin atau panik dengan tanda pagar #Corona.

BACA >>> Kereta Langgar Pokok Sebab Brek Rosak, Tiga Petugas OP Covid-19 Cedera

Dengan tajuk ‘Korona Bukan Lawak’, Kementerian Kesihatan Jerman menggesa orang ramai tidak menyebarkan berita palsu mengenai virus berkenaan. Ini kerana ramai orang bergantung maklumat mengenai virus itu melalui Internet dan media yang dikhuatiri menimbulkan kesilapan maklumat.

Antara maklumat tidak benar tersebar di India adalah minum air kencing lembu, dan meletakkan bawang yang kononnya mampu mengelak jangkitan Covid-19. Malah, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggap mitos itu sebagai ‘infodemik’ yang boleh meningkatkan penularan virus berkenaan dalam kalangan individu yang lemah imunisasi badan.

BACA >>> Covid-19: Kenderaan Persendirian Boleh Keluar 6 Pagi – 10 Malam Sahaja

SUMBER: ChannelNewsAsia

April Fool April's Fool arahan covid-19 Auto Terkini Tsai Ing-wen virus covid wabak covid-19
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Roda4

    #BIMS2026: Bangkok International Motor Show Ke-47 ‘Tayang’ Masa Depan Automotif

    26/03/2026
    Petrol RON95
    Auto Terkini

    Kuota BUDI95 Mungkin Dikurangkan Kepada 200 Liter Sebulan

    26/03/2026
    Nozel RON95 dan RON97
    Auto Terkini

    BUDI95 Kekal RM1.99 Seliter, RON97 dan Diesel Semenanjung Cecah Lebih RM5 Seliter

    26/03/2026
    Auto Terkini

    Bila Ayah ‘Kaki Kereta’, Nama Anak Pun Jadi Jenama Kereta

    25/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Autotainment

    Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

    By Admin PanduLaju12/05/2021
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Auto Terkini

    Bila Ayah ‘Kaki Kereta’, Nama Anak Pun Jadi Jenama Kereta

    By Syafie25/03/2026
    Petrol RON95
    Auto Terkini

    Kuota BUDI95 Mungkin Dikurangkan Kepada 200 Liter Sebulan

    By Syafie26/03/2026
    Roda2

    MV Agusta Dedah Konsep Enjin Lima Silinder Baharu

    By Shazwan Hisam24/03/2026
    Auto Terkini

    Honda N-VAN 2026, Varian Turbo Baharu, Harga Mula RM37 Ribu

    By Abang Hirata20/03/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.