• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Buat Apa Nak Bayar RM50, Puspakom Bagi Pemeriksaan Percuma Hingga 2 Jun 2019

Buat Apa Nak Bayar RM50, Puspakom Bagi Pemeriksaan Percuma Hingga 2 Jun 2019

May 23, 2019 By Abang GYL Leave a Comment

FacebookTwitter

Pemeriksaan Percuma Puspakom 2019BERMULA sekarang hingga 2 Jun 2019, PUSPAKOM Sdn Bhd menawarkan Pemeriksaan Kenderaan Sukarela (VVI) secara percuma bersempena sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba tidak lama lagi.

Kempen yang berlangsung selama 10 hari itu dijalankan di kesemua 54 Pusat Pemeriksaan Kenderaan Puspakom seluruh negara (kecuali Shah Alam dan Pasir Gudang). Ia meliputi 25 peringkat pemeriksaan termasuklah tayar, gelincir sisi, suspensi, pelepasan asap, cermin gelap dan banyak lagi.

Bukan itu saja, Puspakom akan menderma sebanyak RM2 bagi setiap kenderaan yang hadir membuat VVI sepanjang tempoh kempen berlangsung kepada beberapa rumah kebajikan terpilih.

Pemeriksaan Kenderaan Sukarela PercumaLEBIH 51 PERATUS KENDERAAN GAGAL

Berdasarkan statistik Puspakom, sebanyak 51 peratus kenderaan persendirian yang hadir pemeriksaan termasuk VVI tidak mencapai tahap piawaian ditetapkan.

Pemeriksaan yang paling tinggi tidak mencapai tahap piawaian ialah brek iaitu sebanyak 35 peratus, diikuti gelincir sisi (30%) dan pelepasan asap (10%).

Menurut Puspakom, perkara itu amat membimbangkan kerana komponen utama kenderaan seperti brek yang tidak berfungsi dengan baik dan keputusan pemeriksaan gelincir sisi tidak memuaskan, terdedah kepada risiko kemalangan jalan raya.

Tunggu apa lagi, bawa kereta anda ke mana-mana cawangan Puspakom sekarang dan tiada bayaran akan dikenakan. Maklumat lanjut, layari www.puspakom.com.my.

BACA >>> Ketahui 6 Fakta Penting PUSPAKOM, Jangan Biarkan Hidup Anda Diselubungi Misteri

BACA >>> #TahukahAnda: Bagaimanakah Prosedur Tukar Enjin Kenderaan di JPJ?

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: cawangan puspakom, Pemeriksaan Percuma Puspakom 2019, Pusat Pemeriksaan Kenderaan Puspakom

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: 'Fork Seal' Kerap Bocor? Jangan Hantar Bengkel Sebelum Cuba Trik Ini!
    #ApaNakBuat: 'Fork Seal' Kerap Bocor? Jangan Hantar Bengkel Sebelum Cuba Trik Ini!
  • Berapakah Tekanan Angin yang Betul Selepas Tukar Saiz Rim dan Tayar?
    Berapakah Tekanan Angin yang Betul Selepas Tukar Saiz Rim dan Tayar?
  • Perbandingan: Honda RS-X vs RS150R, Apa Berbeza?
    Perbandingan: Honda RS-X vs RS150R, Apa Berbeza?
  • Mitsubishi Xpander Kekal Raja MPV Bukan Nasional di Malaysia
    Mitsubishi Xpander Kekal Raja MPV Bukan Nasional di Malaysia

PANDU UJI

#TunggangUji: 7 Fakta Asas Aprilia SR GT 200 (2022) Anda Perlu Tahu

APRILIA SR GT 200 (2022) yang diperkenalkan ke Malaysia Jumaat lalu … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: Ducati Multistrada V4 S - Sport Tourer Serba Canggih, Lincah dan Berkuasa!

SEGMEN sport-tourer, iaitu motosikal jelajah berkuasa tinggi ialah … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: VinFast Vento yang Sesuai untuk Petrol RM5.50 Seliter (di Vietnam)!

MOTOSIKAL elektrik bukan lagi asing di Vietnam, tambahan lagi apabila … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my