Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
Roda2

BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!

SyafieBy Syafie23/10/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Honda RSX Winner Tricolor edisi khas lancar di Malaysia.

WAKIL pengeluar rasmi motosikal Honda cdi Malaysia, Boon Siew Honda Sdn Bhd (BSH) hari ini melancarkan supermoped edisi khas, Honda RS-X Winner Tricolor Edition dengan jumlah pengeluaran 800 unit sahaja untuk pasaran Malaysia.

Supermoped itu tampil dengan warna ikonik Tricolor Honda (merah, putih, biru) yang sering dikaitkan dengan jentera lumba Honda di pentas dunia.

Aksesori RCB Eksklusif

Logo Racing Boy (RCB)
Logo Racing Boy (RCB)

Pelancaran tersebut turut menjadi tumpuan pada acara sulung Honda Thanks Day, apabila model berkenaan diperkenalkan pelumba Honda MotoGP secara rasmi yang menyerlahkan lagi aura perlumbaan sejati pada moped popular 150cc itu.

Honda RS-X Winner Tricolor Edition bukan sekadar menampilkan warna baharu, tetapi turut dilengkapi aksesori premium daripada RCB (Racing Boy) untuk memberikan nilai tambahan kepada pemilik:

Honda RS-X Winner Tricolor Edition, 800 unit sahaja
Honda RS-X Winner Tricolor Edition, 800 unit sahaja
Honda RS-X Winner Tricolor Edition, 800 unit sahaja
Honda RS-X Winner Tricolor Edition, 800 unit sahaja
  • Kaliper brek RCB S-26 Series (30th Anniversary Edition)
  • Grip hendal RCB Nagamaki
  • Gad tuil brek RCB Lever Guard

Selain itu, pembeli turut menikmati waranti pengilang 2 tahun atau 20,000km (mana satu tba dulu), bersama perlindungan tambahan setahun tanpa had perbatuan menerusi kempen Honda X-tend, yang sah hingga 31 Disember 2025.

Harga, Ketersediaan

Honda RS-X Winner Tricolor Edition, 800 unit sahaja
Honda RS-X Winner Tricolor Edition, 800 unit sahaja

Honda RS-X Winner Tricolor Edition akan berada di semua pengedar IMPIAN X dan wakil sah Honda seluruh negara bermula 1 Disember 2025, pada harga RM10,298, tidak termasuk cukai jalan, insurans dan pendaftaran.

Kepada pembeli yang mahu tampil lebih menonjol, warna Yellow (kuning) edisi khas masih ditawarkan pada harga sama (RM10,298), manakala pilihan warna standard Green (hijau),Red & Gray Metallic (merah-kelabu) dan Blue (biru) kekal ditawarkan pada harga RM9,998.

Enjin 150cc DOHC – Kuasa, Efisiensi

Honda RS-X Winner Tricolor Edition, 800 unit sahaja
Honda RS-X Winner Tricolor Edition, 800 unit sahaja

Honda RS-X Winner Tricolor Edition dikuasakan enjin 4-lejang silinder tunggal 4-lejang 149.2cc DOHC penyejukan cecair dengan sistem suntikan bahan api PGM-FI dan transmisi manual 6-kelajuan dengan klac basah multiplat serta dilengkapi klac antigelincir Assist and Slipper (ASC).

Output kuasa 11.8kW (15.8hp) @ 9,000rpm dan tork 13.6Nm @ 7,000rpm, manakala kapasiti bahan api 4.5 liter.

Model itu turut mendapat pensijilan kenderaan cekap tenaga (EEV) yang menjamin penggunaan bahan api efisien dan emisi lebih rendah.

Honda RS-X Winner Tricolor Edition, 800 unit sahaja

Ciri lain Honda RS-X Winner Tricolor Edition adalah:

  • Klac antigelincir Assist & Slipper Clutch (ASC) untuk kawalan lebih baik dan mengelak tayar belakang tergelincir
  • Sistem suspensi fork teleskopik (depan) dan monoshock (belakang)
  • Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) (depan) untuk kuasa membrek lebih selamat
  • Sistem kunci pintar Smart Key System (SKS) dengan fungsi penggera antikecurian dan dan jawab balik (answer back)
  • Port pengecas USB kalis air
  • Lampu LED penuh untuk pencahayaan lebih terang dan tahan lama

Rekabentuk Honda RS-X Winner Tricolor Edition kekal garang dengan gaya sports agresif, ekzos sporty, rim tuang baharu, dan rantai O-ring kedap untuk ketahanan lebih baik dan penyelenggaraan minimum.

Dengan rating 5-bintang bawah Program MyMAP, Honda RS-X Winner Tricolor Edition membuktikan kombinasi sempurna antara kuasa, gaya dan keyakinan atas jalan.

Honda RS-X Winner Tricolor Edition, 800 unit sahaja
Honda RS-X Winner Tricolor Edition, 800 unit sahaja
Honda RS-X Winner Tricolor Edition, 800 unit sahaja
Honda RS-X Winner Tricolor Edition, 800 unit sahaja
Honda RS-X Winner Tricolor Edition, 800 unit sahaja
Honda RS-X Winner Tricolor Edition, 800 unit sahaja
Honda RS-X Winner Tricolor Edition, 800 unit sahaja
Honda RS-X Winner Tricolor Edition, 800 unit sahaja
Honda RS-X Winner Tricolor Edition, 800 unit sahaja
Honda RS-X Winner Tricolor Edition, 800 unit sahaja
Honda RS-X Winner Tricolor Edition, 800 unit sahaja
Honda RS-X Winner Tricolor Edition, 800 unit sahaja
Honda RS-X Winner Tricolor Edition, 800 unit sahaja
Program MyMAP - Honda RS-X Winner dapat rating 5 bintang.
Auto Terkini Boon Siew Honda (BSH) Honda RS-X Winner Honda RS-X Winner Tricolor Edition Honda Thanks Day MotoGP Racing Boy (RCB) Supermoped
Syafie

Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

Artikel Berkaitan

Roda2

2026 MV Agusta Enduro Veloce Dilancar, Travel Enduro Premium Harga Sekitar RM91k

09/03/2026
Auto Terkini

Viral Pemandu BMW 325i ‘Drift’ di Genting Highlands Ditahan Polis, Kereta Kena Sita

09/03/2026
Kilang Mforce Bike di Pulau Pinang
Auto Terkini

Mforce Experience Club (MEC) – Platform Komuniti Rasmi Pemilik Motosikal Mforce

09/03/2026
JPJ lancar JPJvBID
Auto Terkini

JPJ Lancar JPJvBID – Platform Digital Lelongan Kenderaan Sita

09/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

By Syafie05/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

By Syafie05/03/2026
CFMoto Papio Racer 2026
Roda2

‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

By Shazwan Hisam06/03/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
Mforce sedang bangunkan model konsep Skuchai
Roda2

Mforce Labur RM10 Juta Bangunkan Konsep Motosikal Baharu ‘Skuchai’

By Shazwan Hisam06/03/2026
Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
Trak dan Lori

Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

By Syafie06/03/2026
KTMB tambah tren untuk balik raya Aidilfitri 2026
Auto Terkini

KTMB Tambah 26 Tren Khas Raya 2026, Lebih 8,000 Tempat Duduk Sehari

By Shazwan Hisam03/03/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Selamatkah Memandu dengan Tayar Donat? Bolehkah Dipandu Laju?

By Han Othman08/03/20261
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.