BRIDGESTONE Asia Pacific memperkenalkan tayar prestasi terbaharu dalam famili Potenza menerusi pelancaran Bridgestone Potenza Adrenalin RE005, yang direka bagi memberikan pengalaman pemanduan lebih sporty dengan kawalan dan cengkaman lebih baik.
Model baharu itu ialah evolusi kepada Bridgestone Potenza Adrenalin RE004, dengan peningkatan prestasi ketara, seperti cengkaman jalan kering meningkat 8 peratus dan cengkaman jalan basah bertambah 10 peratus berdasarkan ujian dalaman.
Siri Potenza terkenal sebagai barisan tayar prestasi tinggi yang mengambil ilham pengalaman dalam sukan permotoran Bridgestone, dengan menumpukan kepada konsep ‘memaksimum keseronokan pemanduan’ (maximizing driving pleasure).
Rekabentuk untuk Kawalan Lebih Tepat
Dari segi kejuruteraan, Bridgestone Potenza Adrenalin RE005 hadir dengan beberapa elemen rekabentuk baharu bagi meningkatkan kestabilan dan kawalan seperti:
- Rekabentuk blok lebar (wide block design): Membantu agihan tekanan lebih sekata untuk cengkaman lebih kuat
- Blok bersambung (connecting blocks): Meningkatkan kestabilan ketika mengambil selekoh
- Alur (groove) bentuk ‘A’: Menjadi identiti siri Adrenalin bagi memastikan kawalan stereng lebih tepat
- Rusuk dalam lebar (wide inside rib): Meningkatkan respons stereng ketika pemanduan agresif
Gabungan ciri tersebut membolehkan tayar memberi tindak balas lebih pantas kepada input stereng, sekali gus meningkatkan keyakinan ketika mengambil selekoh tajam atau memecut keluar dari selekoh.
Prestasi Lebih Selamat atas Jalan Basah
Bagi situasi hujan atau jalan basah, tayar itu menggunakan alur denyut hujan (rain pulse groove) yang direka untuk menyalurkan air dengan lebih efektif bagi mengurangkan risiko akuasatah (hydroplaning).
Selain itu, kompaun getah baharu turut membantu meningkatkan cengkaman atas pelbagai kondisi jalan selain menawarkan ketahanan haba lebih baik untuk prestasi konsisten.
Lebih Tahan, Jimat Bahan Api
Bridgestone Potenza Adrenalin RE005 juga menggunakan kompaun getah yang mampu:
- Mengurangkan rintangan guling (rolling resistance)
- Membantu meningkatkan kecekapan penggunaan bahan api
- Memanjangkan jangka hayat bunga tayar
Teknologi Blok Multi-Pusingan (Multi-Round Block) pula membantu mengoptimum tekanan sentuhan pada bahagian bahu tayar untuk memastikan kehausan lebih sekata.
Sesuai Pelbagai Jenis Kereta
Menurut Bridgestone, tayar itu sesuai digunakan untuk pelbagai jenis kenderaan seperti:
- Kereta sport
- Hatchback dan kereta kompak
- Sedan prestasi
- Kenderaan elektrik (EV)
Menariknya, tayar itu akan ditawarkan dalam pelbagai saiz daripada 14 hingga 20 inci, yang sesuai untuk pelbagai segmen kenderaan penumpang.
Dengan peningkatan cengkaman, kestabilan selekoh dan prestasi jalan basah lebih baik, Bridgestone Potenza Adrenalin RE005 dilihat sebagai pilihan menarik untuk pemandu yang mahukan tayar prestasi sporty, tetapi masih sesuai digunakan untuk pemanduan harian.
Model tersebut dijangka memasuki beberapa pasaran Asia Pasifik bermula tahun ini (2026), dengan ketersediaan saiz bergantung kepada pasaran tempatan.



























































































































































