Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»Brek Cakera vs Brek Dram – Ketahui Fungsi dan Mana Satu Lebih Baik
Autotainment

Brek Cakera vs Brek Dram – Ketahui Fungsi dan Mana Satu Lebih Baik

Han OthmanBy Han Othman08/07/20182 Comments
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


ADA dua jenis brek digunakan pada kereta moden hari ini, iaitu brek cakera dan brek dram. Semua kereta baharu masa kini didatangkan dengan brek cakera di roda depan, manakala roda belakang menggunakan sama ada brek cakera atau dram.

1. BREK CAKERA

Brek cakera (kadangkala ‘disc’ dieja sebagai ‘disk’) menggunakan rotor logam rata berbentuk cakera yang berpusing dengan roda. Apabila membrek, kaliper akan mencengkamkan set pad brek (brake pad) pada cakera supaya anda dapat menghentikan cakera yang berpusing. Anda boleh bayangkan situasi itu seperti ibu jari dan jari telunjuk sedang menyepit sekeping syiling (lihat gambar atas). Ibu jari dan jari telunjuk ialah pad brek, manakala syiling yang disepit ialah cakera/rotor.

2. BREK DRAM


Brek dram menggunakan silinder lebar yang dibuka di belakang, sama seperti sebuah dram. Apabila pemandu menekan pedal brek, kasut lengkung yang ada dalam dram ditekan keluar dan menggesel dalaman dram, sekali gus memperlahankan kenderaan.


PERBEZAAN ANTARA BREK CAKERA DAN DRAM

Brek cakera asasnya lebih superior berbanding brek dram atas beberapa alasan. Anda perlu faham bahawa brek bekerja dengan menukar tenaga gerakan kepada tenaga haba. Pertama, brek cakera melakukan tugas memberhenti lebih baik dalam menyuraikan haba.

Dalam pemanduan ekstrem seperti berhenti mengejut berulang kali atau memandu sambil memijak pedal brek, hayat dan fungsi brek cakera adalah lebih cekap berbanding brek dram dalam kondisi yang dinamakan ‘pudar brek’ (fade brake).

BACA >>> #ApaNakBuat: 5 Tip Membrek Atas Jalan Basah Tanpa Bantuan ABS

Brek cakera juga berfungsi lebih baik dalam cuaca basah kerana daya empar (centrifugal force) cenderung menyingkirkan air dan mengekalkan kekeringan. Sebaliknya brek dram pula mengumpul air pada permukaan dalaman yang mana kasut brek bersentuhan dengan dram.

KENAPA BANYAK RODA BELAKANG KERETA MASIH GUNA BREK DRAM?

Boleh dikatakan semua kereta yang dijual di Malaysia menggunakan brek cakera di depan, tetapi masih menggunakan brek dram di belakang, terutama model segmen bawah. Sebenarnya setiap kali kereta dibrek, berat kereta akan beranjak ke depan, dan 70 peratus tugas membrek itu bertumpu kepada brek depan. Inilah sebab kenapa brek depan cenderung lebih cepat haus.

Brek dram kurang mahal dihasilkan berbanding brek cakera, dan boleh pula disatukan dengan brek parkir atau brek tangan. Sebaliknya brek cakera memerlukan mekanisme brek parkir berbeza.

Dengan memasang brek cakera pada roda depan dan brek belakang pada roda belakang, pengeluar dapat memberikan manfaat sepenuhnya brek cakera dan pada masa sama mengurangkan kos.

Sementara itu, kenderaan dengan brek cakera pada roda depan dan belakang akan menghasilkan prestasi membrek superior ketika cuaca basah dan tahan lasak. Apapun, pemandu perlu mengelak tabiat memandu sambil menekan brek. Apa yang perlu dilakukan ialah menggunakan gear rendah dan biarkan enjin mengawal kelajuan kereta.

BAGAIMANA MENGECAM KERETA ANDA ADA BREK CAKERA ATAU DRAM?

BREK CAKERA
BREK DRAM

Jika kereta anda dibina dalam tempoh 30 tahun lalu, kemungkinan besar kereta anda dipasangkan brek cakera pada roda depan, manakala roda belakang pula menggunakan sama ada brek dram atau brek cakera.

Jika kereta itu mempunyai bukaan rim besar, anda mungkin dapat melihat jenis brek yang digunakan. Brek cakera ada set rotor rata di sebalik jejari rim berserta set kaliper pada penjuru cakera tersebut. Brek dram dapat dikenal pasti menerusi dram silinder yang dipasang di sebalik rim.

SUMBER: Thoughtco.com

autotainment brek cakera brek cakera vs brek dram brek dram perbezaan brek cakera dan brek dram
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Singer dan Red Bull Advanced Technologies berkerjasama naik taraf Porsche klasik
Bikin Auto

#BikinAuto: Singer, Red Bull Advanced Technologies Kerjasama Naik Taraf Porsche Klasik

09/02/2026
Lepas L8
Autotainment

#TahukahAnda: Bagaimanakah Cara Sebut ‘Lepas’ yang Betul?

25/01/2026
Modenas Z15GT 2026
Autotainment

#TahukahAnda: Kenapa Modenas Guna Nama ‘Z15GT’?

19/01/2026
Senarai 20 kereta paling berkuasa 2025
Autotainment

#TahukahAnda: Inilah 20 Kereta Paling Berkuasa 2025

06/01/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Roda2

Cyclone RA600 Rasmi Dilancarkan di Malaysia, Harga RM25,888

By Syafie11/02/2026
Proton Saga 2026 Serba Baharu
Auto Terkini

10 Kereta Paling Laris Januari 2026, Proton Saga Jadi ‘King’ Baru!

By Syafie11/02/2026
Auto Terkini

Pakar: Larang Kapcai Musim Perayaan Mampu Kurangkan Nahas Jalan Raya

By Syafie21/02/2026
Auto Terkini

Yamaha PG-1 2026 Tampil Warna Baharu, Harga Kekal RM6,998

By Shazwan Hisam11/02/2026
Ducati Formula 73 2026
Roda2

Ducati Formula 73 – Cafe Racer Edisi Terhad 873 Unit Sempena Ulang Tahun ke-100!

By Abang Hirata13/02/2026
Roda2

Ducati Panigale V4 Rangkul Anugerah Good Design 2025, Layak dan Tidak Disangkal!

By Abang Hirata19/02/2026
Roda2

Brixton Storr 500 Rasmi Dilancarkan di Malaysia, Harga RM29,888

By Syafie11/02/2026
Wmotot Island 150i dan Hawk 200i lancar di Malaysia
Roda2

WMoto Island 150, Hawk 200i Masuk Pasaran Malaysia, Harga Mula RM6,688

By Syafie12/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.