BOSCH Mobility Aftermarket Malaysia mengumumkan pelancaran jelajah Bosch LED Roving Truck Roadshow, iaitu sebahagian kempen pandu #LikeABosch yang menyediakan tawaran eksklusif, hadiah menarik, dan pengalaman interaktif kepada semua pelanggan.
Berikut tarikh dan masa mengikut tiga lokasi ditetapkan:
- Starhill, Kuala Lumpur: 2-6 Oktober 2024, 11 pagi - 3 petang
- AEON Tebrau City, Johor Bahru: 8-9 Oktober 2024 10 pagi - 10 malam
- Plaza Gurney, Pulau Pinang: 12-13 Oktober 2024 10 pagi - 10 malam
Pameran ini juga menyediakan enam stesen popup interaktif dengan trak LED Bosch sebagai hab beli-belah utama. Pengunjung yang mengambil bahagian akan menerima Kad Misi dan perlu mengumpulkan setem di setiap stesen untuk memenangi hadiah misteri.
Semua stesen itu menawarkan pelbagai aktiviti seperti:
- Gerai Foto 3D
- Cabaran Giant Buzzer Wire
- Stesen Cabaran Memori
- Kafe dan Stesen Popcorn
- Gerai Kitar Semula Wiper
Trak LED Bosch ini juga akan menjual pelbagai produk Bosch seperti wiper, minyak pelincir, penapis kabin premium Aeristo, penapis minyak, mentol LED, hon, sistem brek, dan pengecas bateri.
Pelanggan yang membelanjakan RM150 untuk barangan Bosch Autoparts pula berpeluang bermain Bosch Gachapon Machine untuk memenangi hadiah terkumpul bernilai RM12,000. Berikut hadiah ditawarkan:
- Mesin Kopi Bosch
- Apple Airpods
- Bantal Bosch Edisi Terhad
- Beg Kanvas
- T-shirt
- Baucar Shopee
Maklumat lanjut boleh layari boschaftermarket.com.my
Leave a Reply