Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Bosch Cadang Hasilkan Sistem ABS Belok untuk Motosikal Kapasiti Kecil
Auto Terkini

Bosch Cadang Hasilkan Sistem ABS Belok untuk Motosikal Kapasiti Kecil

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju27/06/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PORTAL automotif Motorrad bertemu wakil Bosch untuk mengajukan beberapa persoalan tentang aspek dan pembangunan keselamatan motosikal seperti tawaran teknologi itu ke pasaran massa.

Pengurus Pembangunan Bosch untuk Keselamatan Motosikal di Eropah, Christian Groeger tampil menjawab soalan diajukan. Berikut soal jawab dilakukan:

Apa Bosch lakukan tentang keselamatan motosikal?

Bosch memperkenalkan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) untuk motosikal sejak lebih 25 tahun lalu, satu sumbangan besar kepada keselamatan jalan raya.

“Sejak itu, banyak perkara sudah berlaku. Sistem ABS untuk motosikal kini menjadi wajib untuk kebanyakan pasaran. Sebagai tambahan, kajian kemalangan kami mendapati banyak kemalangan berlaku ketika membelok.

“Memandangkan algoritma sistem ABS jarang mengambil kira sudut miring dalam kiraan, tingkah laku membrek juga tidak melibatkan sudut miring di selekoh.

“Dalam kes paling buruk, anda boleh tergelincir dan tersasar keluar di selekoh. Jadi, kami memutuskan untuk menambah satu ciri kepada sistem ABS kami yang menawarkan kestabilan membelok lebih baik ketika membrek dan meningkatkan kelajuan, Ini cerita 2008.

“Tidak sampai lima tahun kemudian, (teknologi) Kawalan Stabiliti Motosikal (MSC) daripada Bosch diperkenalkan pada siri model KTM.

“Hari ini, ciri kawalan kestabilan motosikal menjadi komponen standard model motosikal baharu. Di sini, kami nampak spektrum penuh daripada motosikal aras mula hingga motor kapasiti tinggi dan (untuk) semua trenkuasa.”

Adakah perkara itu mendapat sambutan pasaran?

Sejak mula diperkenalkan melalui KTM, banyak pengeluar motosikal global lain juga memilih MSC daripada Bosch sebagai solusi keselamatan.

“Kami mengesan ada peningkatan signifikan untuk kadar perlindungan, terutama sejak 2016. Sebab itu kami menggunkan teknologi MSC dengan ABS dan gabungan sistem pembrekan.

“Penyelesaian MSC dengan ciri keselamatan termaju dan keselesaan kerap digunakan motosikal saiz sederhana dan besar di pasaran seperti di Eropah dan Amerika Utara.

“Di sini berlaku kombinasi dengan unit sensor kadar putaran 6D digunakan yang membantu menentukan sudut miring.”

Dan untuk kelas (motosikal) lebih kecil?

Kami juga sedang membangunkan solusi MSC untuk motosikal kapasiti kecil yang banyak digunakan, khususnya di negara membangun seperti India dan China.

“Pada masa akan datang, kami akan lebih banyak menggunakan varian ABS kompak sebagai asas untuk tujuan itu, bukan hanya gabungan dengan unit 6D, tetapi juna sensor 3D.

“Dengan solusi mampu milik, kami mahu menawarkan aspek keselamatan lebih tinggi kepada pasaran massa dan menawarkan MSC untuk semua kelas motosikal. Kami akan memiliki pelanggan pertama dalam segmen (motosikal) aras mula menjelang tahun ini.”

Macam mana ABS Belok berfungsi?

Sensor roda depan dan belakang akan mengukur halaju masing-masing. Kombinasi beberapa sensor kadar rewang (yaw rate sensor) pada satu unit membolehkan kelajuan dan pusingan diukur melalui tiga paksi dalam 6D ketika tunggangan dalam 100 kali sesaat.”

Kenapa banyak pengeluar bergantung kepada MSC pada motosikal?

MSC tidak menjejaskan kepuasan tunggangan, tetapi boleh berlaku situasi membahayakan penunggang, (misalnya) ketika mendaki dan di selekoh.

“Berdasarkan kajian dibuat Kajian Kemalangan Bosch (Bosch Accident Research), 5 peratus kemalangan semua jenis motosikal yang mengakibatkan kecederaan di Jerman boleh dicegah atau diatasi dengan ciri kawalan kestabilan motosikal.

“Kalau semua motosikal dilengkapi MSC, ia boleh membawa kesan besar dan sumbangan efektif terhadap keselamatan jalan raya.”

autoterkini Bosch Bosch Accident Research Christian Groeger Kawalan Kestabilan Motosikal (MSC) roda2 Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) teknologi keselamatan motosikal
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    CHJ Motors Sambut Ulang Tahun ke-55, Lancar Kempen ‘Satu Motor, Satu Rumah Impian’ – Hadiah Kondominium

    28/03/2026
    Aksesori

    #BikinAuto: Lamborghini Urus SE Widetrack Urban Automotive Tampil Lebih Garang!

    27/03/2026
    AFEELA Prototype 2026
    Auto Terkini

    Sony Honda Mobility Tamatkan EV AFEELA, Duit Pelanggan Pulang Balik!

    27/03/2026
    Auto Terkini

    JPJ: Lesen Tamat Tempoh Lebih 36 Bulan Tidak Layak Terima BUDI95

    27/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Petrol RON95
    Auto Terkini

    Kuota BUDI95 Mungkin Dikurangkan Kepada 200 Liter Sebulan

    By Syafie26/03/2026
    Auto Terkini

    Bila Ayah ‘Kaki Kereta’, Nama Anak Pun Jadi Jenama Kereta

    By Syafie25/03/2026
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    Autotainment

    Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

    By Admin PanduLaju12/05/2021
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Roda2

    MV Agusta Dedah Konsep Enjin Lima Silinder Baharu

    By Shazwan Hisam24/03/2026
    Autotainment

    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

    By Admin PanduLaju11/06/20166
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.