Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»BMW X3 2025 Versi LWB dengan Jarak Roda 110mm Lebih Panjang, Cuma Ada di China
Roda4

BMW X3 2025 Versi LWB dengan Jarak Roda 110mm Lebih Panjang, Cuma Ada di China

Abang HirataBy Abang Hirata19/08/2024
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


MODEL sama dengan ukuran berbeza bukan perkara pelik kerana memang ada pengeluar menggunakan platform berbeza untuk model yang sama. Model jarak roda panjang (LWB) mudah ditemui di China kerana pengguna di sana sukakan gaya kereta jenis itu.

Cntoh mudah untuk model global ialah Kia Sportage versi Eropah dan Amerika Syarikat (AS). Di pasaran tempatan pula, kita ada Volkswagen Tiguan dan Tiguan Allspace yang bukan setakat lebih panjang, tetapi juga mempunyai tempat duduk baris ketiga.

Terbaharu, BMW menambah satu lagi Kenderaan Aktiviti Sport (SAV) dalam barisan model yang dibangunkan khas untuk pasaran China.

BMW X3 2025  ini dibangunkan di China untuk China, dan tampil dengan jarak roda panjang (LWB) buat kali pertama. Kelebihan paling ketara ialah ruang kaki lebih besar dan selesa untuk penumpang belakang.

X3 generasi keempat (G45) versi biasa (foto atas) baru saja dilancarkan Jun lalu dan masih belum dijual di banyak negara. Bagaimanapun, X3 LWB dari kilang BMW Brilliance Automotive (BBA) Shenyang, China ini langsung tidak nampak pelik atau janggal dari sisi.

Secara fizikal, memang nampak panjang, tetapi kekal kemas dengan garis bumbung panjang yang melandai ke belakang. BMW X3 LWB memiliki dimensi panjang 4,865mm, lebar 1,920mm, dan jarak roda 2,975mm (+110mm).

Trenkuasa pula:

  • 4-silinder 2.0L turbo (B48)
  • X3 25L xDrive (190hp, 310Nm)
  • X3 30L xDrive (258hp, 400Nm)
  • Transmisi automatik 8-kelajuan
  • Pacuan semua roda AWD pintar xDrive

Dari segi spesifikasi, BMW ini dilengkapi ciri khas seperti Sistem BMW iDrive berasaskan BMW Operating System 9 untuk menggunakan perkhidmatan digital yang tersedia khusus untuk pasaran China.

Kandungan BMW Digital Premium juga dibuat bagi memenuhi keperluan dan kehendak pelanggan China. Kerusi Veganza standard dengan karakteristik seperti kulit ditawarkan dalam tiga pilihan dua tona. Bumbung kaca panoramik dengan pilihan nyalaan skylounge dalam beberapa warna dan paparan grafik moden melengkapi lampu ambien dalam kabin.

Penumpang belakang yang menikmati ruang tambahan diberikan perehat tangan dengan ruang khas untuk mengecas telefon pintar secara wayarles.

X3 ialah produk penting dan model BMW sebelum ini paling laris peringkat dunia pada 2023. Di China saja, sekitar 156,000 unit X3 sudah diserahkan kepada pelanggan dan secara keseluruhan mewakili 40 peratus jualan siri BMW X di sana.

Auto Terkini BMW BMW X3 BMW X3 2025 BMW X3 LWB BMW X3 LWB 2025 kenderaan aktiviti sukan (SAV) Roda4
Abang Hirata

Artikel Berkaitan

BYD Raya Fiesta 2026
Auto Terkini

BYD Raya Fiesta 2026 Tawar Rebat Hingga RM18,000, Duit Raya RM2,000

06/03/2026
Auto Terkini

Honda Insight Kembali, Jadi EV dan Bukan Hibrid, Gaya Crossover!

06/03/2026
JAECOO J5 lancar di Malaysia
Roda4

JAECOO J5 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM102,000!

06/03/2026
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

05/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

By Syafie05/03/2026
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

By Syafie05/03/2026
Aerotrain KLIA
Auto Terkini

MAHB Kenakan Penalti RM9.1 Juta kepada Kontraktor Projek Aerotrain KLIA

By Syafie01/03/2026
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
KTMB tambah tren untuk balik raya Aidilfitri 2026
Auto Terkini

KTMB Tambah 26 Tren Khas Raya 2026, Lebih 8,000 Tempat Duduk Sehari

By Shazwan Hisam03/03/2026
Timbalan Menteri KPKT, Datuk Aiman Athirah Sabu
Auto Terkini

Isu Kenderaan Terbiar: Bidang Kuasa PBT Terhad Kecuali… – KPKT

By Shazwan Hisam27/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.