• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / BMW R60/2 – Motosikal Vintaj Paling Reliabel Kini Di-LEGO-kan

BMW R60/2 - Motosikal Vintaj Paling Reliabel Kini Di-LEGO-kan

December 28, 2016 By AO Leave a Comment

FacebookTwitter

bmw-r60-bg
BAGAIMANAKAH rupanya kalau motosikal di-LEGO-kan? Sebelum ini kami pernah menyiarkan artikel mengenai kereta yang di-LEGO-kan membabitkan model Volkswagen Golf GTI MK1 dan Jeep Wrangler Rubicon. Kali ini, kami siarkan pula motosikal BMW R60/2 versi LEGO yang pastinya mengujakan peminat jentera dua roda, termasuk fanatik permainan blok plastik itu.

Sebagai makluman, LEGO sememangnya menyediakan platform laman web yang membolehkan peminat permainan itu berkongsi ciptaan kreatif mereka tentang apa saja objek dan subjek secara kustom. Menariknya, mainan ciptaan anda itu berpeluang ditukarkan kepada versi pasaran yang boleh dibeli orang ramai sekiranya mendapat cukup undian - 10,000 sokongan - dalam tempoh masa tertentu.

yellow-submarine-lego

Misalnya, Yellow Submarine ciptaan pemuzik amatur Kevin Szeto adalah salah satu ciptaan LEGO yang direalisasikan daripada rekaan peminat kepada pasaran massa. Yellow Submarine ialah filem komedi fantasi yang ditayangkan pada 1968 dan diinspirasikan daripada album kumpulan ikonik Britain, The Beatles.

PALING RANGGI, RELIABEL

bmw-r60-original
bmw-r60-lego-1

LEGO ini pula ialah BMW R60/2 yang dikenali dunia sebagai antara motosikal paling ranggi dan reliabel. BMW R60/2 bukan saja memberikan keselesaan tunggangan kepada si penunggang, tetapi juga sesiapa saja yang menjadi pembonceng. Malah, motosikal vintaj itu masih dimiliki ramai peminat jenama itu walaupun sudah mencecah usia 50 tahun!

Model LEGO itu dihasilkan si pereka khas buat kawannya yang juga peminat permainan itu sebagai tanda memperingati bapa rakannya yang pernah memboncengnya dengan motosikal tersebut.

Ia direka untuk padan denan pelbagai spesifiaksi dan perincian motosikal asal, termasuk fork depan tiga segi yang unik, brek tangan, tangki minyak, enjin berkembar, pengepam tayar, dan kereta sisi (masih dalam pembikinan), serta bar hendal boleh pusing dan tongkat boleh tendang (kickstand).

Jika anda berminat dengan rekaan maximecheng03 ini, apa kata anda beri sokongan sekarang dengan mengundi BMW R60 versi LEGO itu sekarang.

Anda pula apa kurang kreatifnya. Mungkin boleh mencuba nasib me-LEGO-kan apa saja kenderaan, terutama yang berimej tempatan. Teringin juga nak tengok Proton Saga atau motosikal Modenas Jaguh di-LEGO-kan. 😀

GALERI

bmw-r60-lego-1
bmw-r60-lego-2
bmw-r60-lego-3
bmw-r60-lego-4
bmw-r60-lego-5
bmw-r60-lego-6
bmw-r60-lego-7
bmw-r60-lego-8

SUMBER:
LEGO IDEAS
RideApart.com

Artikel Berkaitan

FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment Tagged With: autotainment, BMW, BMW R60/2, LEGO, motosikal, motosikal vintaj, roda2, vintaj

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • 11 Skil Pemandu Profesional yang Tidak Dimiliki Pemandu Biasa
    11 Skil Pemandu Profesional yang Tidak Dimiliki Pemandu Biasa
  • #Spyshot: Kelibat Skuter SYM Jet X 150 Sedang Diuji di Lebuhraya PLUS?
    #Spyshot: Kelibat Skuter SYM Jet X 150 Sedang Diuji di Lebuhraya PLUS?
  • Drama Belum Siar, Tapi Netizen Pertikai Aksi Tembak 'Skuad JPJ'!
    Drama Belum Siar, Tapi Netizen Pertikai Aksi Tembak 'Skuad JPJ'!
  • Zeekr 001 Lancar di China, 536hp dan Sekali Cas Boleh Cecah 700km!
    Zeekr 001 Lancar di China, 536hp dan Sekali Cas Boleh Cecah 700km!

PANDU UJI

#TunggangUji: Modenas Pulsar RS200 (2021) yang Mesra Penunggang Amatur

SELEPAS melancarkan Pulsar RS200 (2021) edisi naik taraf ke pasaran, … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Apa yang Best, Tak Best Pasal Mercedes-AMG A35 4Matic Sedan?

APABILA berbicara tentang Mercedes A-Series, perkara pertama terlintas … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my