Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»BMW R 12 nineT Dengan Kit The Tracker BMW Motorrad
Auto Terkini

BMW R 12 nineT Dengan Kit The Tracker BMW Motorrad

Abang HirataBy Abang Hirata30/08/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

BMW Motorrad memperkenalkan pakej aksesori eksklusif  The Tracker yang direka khusus untuk model BMW R 12 nineT.  Pakej ini menterjemahkan reka bentuk perlumbaan flat track yang ikonik menjadi sebuah gaya yang sedia untuk ditunggang di jalan raya.

Diilhamkan oleh disiplin sukan permotoran yang terkenal dengan aksi gelinciran mendebarkan di litar tanah berbentuk bujur, pakej The Tracker membawa watak dinamik flat track terus ke jalan raya.

The Tracker memberikan BMW R 12 nineT penampilan yang lebih agresif dan berkuasa. Dengan bahagian belakang yang pendek dan sporty, fairing kokpit yang unik, serta plat nombor yang menonjol, pakej ini mencerminkan jentera-jentera perlumbaan yang telah menjadi ikon reka bentuk.

The Tracker direka untuk memberikan BMW R 12 nineT watak yang tersendiri, mencipta rupa tracker urban yang diinspirasikan oleh gaya lasak flat tracker bersejarah.

Dengan elemen yang menonjol seperti fairing kokpit dan bahagian belakang yang pendek, ia pilihan tepat untuk penunggang yang ingin tampil unik dan berbeza.

Pakej ini telah dihomologasi dengan motosikal, bermaksud tiada pendaftaran tambahan diperlukan (Eropah).

Pakej aksesori The Tracker akan mula tersedia untuk tempahan di pasaran Eropah bermula 28 Ogos 2025.

Reka Bentuk dan Ciri-ciri The Tracker

Jentera flat track sememangnya melambangkan dinamisme yang tulen. Ciri-ciri utamanya seperti perkadaran yang kompak, garisan yang kemas dan perincian yang menonjol.

BMW Motorrad menggambarkan semangat ini dengan pakej The Tracker, memastikan setiap elemen direka untuk membawa karakter perlumbaan yang ke jalanan.

Hasilnya adalah sebuah motosikal yang memancarkan dinamisme walaupun dalam keadaan statik, dengan garisan yang tajam dan sentuhan flat track yang tulen.

Pakej aksesori The Tracker untuk BMW R 12 nineT merangkumi komponen-komponen berikut:

  • Bahagian belakang pendek Tracker Blackstorm Metallic, termasuk pemegang plat nombor (tersedia dalam warna hitam atau perak) dan lampu isyarat pelbagai fungsi.
  • Fairing kokpit Tracker Blackstorm Metallic.
  • Plat nombor Blackstorm Metallic.
  • Set pelekat Tracker untuk plat nombor dan pelindung lampu.
  • Penutup roda hadapan 17 inci Blackstorm Metallic.

Kesemua komponen ini juga boleh dibeli secara berasingan, membolehkan tahap penyesuaian yang lebih tinggi apabila digabungkan dengan aksesori Original BMW Motorrad yang lain.

Menurut BMW Motorrad, tayar dan nombor perlumbaan 35 yang dipaparkan dalam foto tidak disertakan dalam pakej The Tracker.

Panel nombor perlumbaan disediakan kosong untuk membolehkan pelanggan memilih dan melekatkan nombor perlumbaan mereka sendiri.

BMW BMW Motorrad BMW Motorrad The Tracker BMW R 12 nineT
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Ron95
    Auto Terkini

    Sekatan Kad Debit, Kredit Asing Beli RON95 Bermula 1 April

    31/03/2026
    Auto Terkini

    JPJ Benar Institut Memandu Bina Litar Dalam Bangunan Bertingkat

    31/03/2026
    Auto Terkini

    KPDN Rekod Rampasan RM32 Juta Petrol, Diesel Sejak Januari 2024

    31/03/2026
    Auto Terkini

    Honda ZR-V 2026 Jepun Tiada Turbo, Cross Touring Bawa Imej Off-Road

    30/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Petrol RON95
    Auto Terkini

    Kuota BUDI95 Mungkin Dikurangkan Kepada 200 Liter Sebulan

    By Syafie26/03/2026
    Auto Terkini

    Bila Ayah ‘Kaki Kereta’, Nama Anak Pun Jadi Jenama Kereta

    By Syafie25/03/2026
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Autotainment

    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

    By Admin PanduLaju11/06/20166
    Proton e.MAS 5 2025 rasmi lancar.
    Roda4

    EV Paling Murah di Pasaran Malaysia, Proton e.MAS 5 2026 Lancar, Harga Mula RM56,800

    By Shazwan Hisam04/11/2025
    Autotainment

    Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

    By Admin PanduLaju12/05/2021
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.