Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»BMW Motorrad Kemas Kini Model 2021 dengan Warna Baharu, Enjin Dinaik Taraf
Auto Terkini

BMW Motorrad Kemas Kini Model 2021 dengan Warna Baharu, Enjin Dinaik Taraf

WahidBy Wahid06/08/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


BMW Motorrad mendedahkan barisan model 2021 yang mendapat warna dan ciri baharu. Sesetengah model dikemas kini bagi memenuhi syarat emisi Euro 5.

Berikut 11 model dikemas kini BMW Motorrad:

  • S1000 RR
  • S1000 XR
  • R1250 RS
  • R1250 R
  • K1600 GT
  • K1600 GTL
  • K1600 B
  • K1600 Grand America
  • F900 R
  • F900 XR
  • R18

S1000 RR

S1000RR mendapat warna hitam Black Storm, manakala warna merah Racing Red dihentikan. Selain itu, pemilik juga boleh memilih opsyen aksesori eksklusif daripada catalog Option 719 dan M Sport seperti sistem ekzos titanium M, rantai pacu M Endurance, sistem perakam masa lap automatik GPS, dan sebagainya. Enjin dikemas kini untuk patuh Euro5.

S1000 XR

S1000 XR ialah model sport-tourer dengan enjin sama seperti S1000 RR. Ia turut didatangkan dalam pakej Style Sport yang terdiri daripada kombinasi warna putih-merah-biru yang lebih sporty, mufler titanium, rantai Endurance M, visor angin sport, dan meter Core Screen Sport.

Selain itu, pemilik juga boleh memilih pakej Tour baharu untuk membawa kotak barangan (top box) 30 liter atau 49 liter.

R1250 RS

R1250 RS ialah sport-tourer dalam barisan model dengan enjin boxer (dwi-silinder datar). Barisan ini terdiri daripada R1250 GS dan R1250 RT. BMW memperkenalkan warna kuning Austin Yellow baharu untuk R1250 RS edisi 2021. Selain itu, enjin model ini juga patuh Euro5, dan tiada lagi fungsi nyah ABS. Pembeli boleh memilih aksesori Option 719 untuk menyerlahkan lagi penampilan jentera.

R1250 R

R1250 R ialah model standard atau naked bike yang digelar BMW sebagai roadster. Model ini didatangkan dengan warna baharu, kelabu Mineral Grey Metallic. Seperti model R1250 RS, ciri ABS juga tidak boleh dinyahkan, manakala enjin patuh Euro5.

K1600 GT, K1600 GTL, K1600 B, K1600 Grand America

K 1600 GT
K 1600 GTL
K 1600 B
K 1600 Grand America

Barisan K1600 ialah model touring mewah dengan enjin 6-silinder sebaris. Bagi 2021, BMW buat kali pertama memperkenalkan sistem gear undur untuk keempat-empat model K1600. Selain itu, setiap model juga dilengkapi sistem pemantauan tekanan udara (TPMS) sebagai ciri standard yang sebelum ini cuma boleh dibeli sebagai opsyen tambahan.

Warna baharu diperkenalkan ialah Option 719 Mineral White Metallic (GT); Manhattan , Style Elegance dan Option 719 Mineral White Metallic (GTL); Mars Red Metallic (B dan Grand America).

R18

R18 ialah model cruiser BMW yang dijana enjin boxer dwi-silinder 1,800cc. Bagi model ini, BMW memperkenalkan ciri kawalan jelajah dan damper stereng.

F900 R dan F900 XR

F 900 R
F 900 XR

Kedua-dua model ini menggunakan enjin dwi-silinder paralel, dan pembeli boleh memilih opsyen mod tunggangan Pro.

Barisan Model BMW 2021 BMW BMW 2021 BMW Motorrad roda2
Wahid

    Artikel Berkaitan

    Roda2

    Honda CRF250R, CRF250RX, CRF450R dan CRF450RX 2027 – Model 450 Rombakan Besar!

    20/06/2026
    Auto Terkini

    Honda N-BOX 2026 – Wajah N-BOX Custom lebih garang!

    19/06/2026
    Auto Terkini

    Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

    19/06/2026
    Auto Terkini

    Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

    19/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

    By Syafie19/06/2026
    Auto Terkini

    Geely Sapu Bersih, Menang 3 Perlumbaan TCR di Sepanyol!

    By Abang Hirata16/06/2026
    Auto Terkini

    Perodua Turunkan Harga QV-E, Kini Bermula RM63,499 dengan Pakej BAAS

    By Syafie15/06/2026
    Auto Terkini

    Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

    By Syafie19/06/2026
    PHEV

    #KLIMS2026: Jetour T2 I-DM Dibuka untuk Tempahan di Malaysia, Harga Anggaran RM168,888

    By Syafie12/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: Cyclone Lancar Dua Skuter Baharu – RT25 dan RT5, Harga Mula RM13,888

    By Syafie09/06/2026
    Roda2

    Yamaha YZ250F 2027 – Enjin Baharu Dalam Lapan Tahun!

    By Abang Hirata18/06/2026
    Roda4

    #KLIMS2026: Mazda CX-5 Serba Baharu Previu di Malaysia, Kini Dibuka untuk Tempahan!

    By Syafie15/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.