Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»BMW iX3 2026 Pembuka Tirai Era Neue Klasse, Jarak Lebih 800 km!
Auto Terkini

BMW iX3 2026 Pembuka Tirai Era Neue Klasse, Jarak Lebih 800 km!

Abang HirataBy Abang Hirata07/09/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

BMW memulakan era baharu dengan pelancaran model produksi pertama dalam barisan Neue Klasse, iaitu kenderaan elektrik (EV) BMW iX3.

SUV bersaiz pertengahan ini menggabungkan teknologi generasi keenam BMW eDrive, seni bina elektronik serba baharu, reka bentuk moden serta falsafah kelestarian yang menyeluruh.

Ia menandakan hala tuju BMW ke arah mobiliti masa depan dengan tumpuan kepada prestasi, digitalisasi dan kitaran hayat lestari.

Rangkaian Kuasa eDrive Gen-6

  • BMW iX3 hadir dengan sistem pacuan elektrik generasi keenam dalam dua konfigurasi, motor tunggal pacuan roda belakang atau sistem dwi-motor pacuan semua roda xDrive.
  • Output kuasa maksimum mencecah 335 kW/455 hp, dengan tork sehingga 680 Nm untuk varian xDrive.
  • Pecutan 0–100 km/j boleh dicapai dalam 4.3 saat, dengan kelajuan maksimum terhad pada 210 km/j.
  • Sistem pengurusan tenaga pintar membolehkan keseimbangan optimum antara prestasi dan kecekapan.

Bateri & Pengecasan

  • Pek bateri generasi baharu berkapasiti 84 kWj, direka lebih padat dan ringan.
  • Jarak pemanduan sehingga 565 km dan 805 km (WLTP)
  • Senibina elektrikal 800V (BMW pertama) membolehkan pengecasan lebih pantas
  • Pengecasan DC: sehingga 400 kW, tambah 372 km dalam 10 minit
  • Pengecasan AC: standard 11 kW, opsyen 22 kW AC dua arah
  • Penutup port pengecasan automatik, menggunakan AI
  • Fungsi V2H, V2G, V2L menyokong penggunaan tenaga dua hala
  • SiC inverter menggantikan IGBT untuk kecekapan & reliabiliti lebih tinggi
  • Bateri menggunakan sel silinder dengan 20% lebih tenaga per volum, pengecasan 30% lebih cepat
  • Sistem pengurusan haba pintar meningkatkan keberkesanan pengecasan dan daya tahan bateri.
  • Sokongan penuh untuk perkhidmatan BMW Charging, memudahkan akses kepada rangkaian pengecasan awam di seluruh Eropah.

Seni Bina Elektronik & “Superbrains”

  • iX3 baharu memperkenalkan seni bina elektronik Neue Klasse yang berpaksikan dua komputer berprestasi tinggi dipanggil “superbrains“.
  • Fungsi yang sebelum ini dikawal oleh banyak unit kawalan berasingan kini digabungkan, meningkatkan kecekapan pemprosesan lebih 20 kali ganda.
  • Platform ini menyokong pemanduan separa automatik tahap tinggi, sistem keselamatan pintar, serta integrasi penuh dengan kemas kini OTA (over-the-air).

Suspensi & Dinamik Pemanduan

  • BMW iX3 menggunakan sistem gandar hadapan dan belakang yang direka baharu untuk keseimbangan antara keselesaan dan kawalan.
  • Suspensi adaptif standard meningkatkan kestabilan, dengan pilihan sistem kawalan casis lanjutan untuk dinamik pemanduan lebih sporty.
  • Pengagihan berat badan hampir 50:50 menyumbang kepada karakteristik pemanduan tipikal BMW.

Reka Bentuk Luaran & Aerodinamik

  • Reka bentuk Neue Klasse menampilkan gril buah pinggang ikonik BMW dengan kedudukan tegak dan lampu hadapan tirus.
  • Bentuk badan aerodinamik dengan pekali seretan (Cd) serendah 0.25 menyumbang kepada jarak pemanduan lebih jauh.
  • Ciri aerodinamik aktif termasuk saluran udara, spoiler belakang dan penutup bawah rata untuk mengurangkan rintangan angin.
  • Pilihan rim aloi aerodinamik sehingga 22 inci.
  • Bahagian belakang menampilkan lampu LED rekaan 3D yang moden.

Reka Bentuk Dalaman & Digital

  • Kabin iX3 menggunakan pendekatan minimalis dengan tumpuan kepada pengalaman digital.
  • BMW Panoramic iDrive menguasai papan pemuka dengan paparan melintang besar.
  • Sistem BMW iDrive generasi baharu menampilkan antaramuka intuitif, kawalan suara lebih pintar dan integrasi telefon pintar menyeluruh.
  • BMW Panoramic Vision membolehkan maklumat dipaparkan merentasi keseluruhan cermin hadapan.
  • Papar Pandu (Head-Up Display) generasi baharu memberikan paparan 3D interaktif.
  • Ruang dalaman lebih lapang dengan pilihan balutan menggunakan bahan kitar semula.

Keselamatan & Bantuan Pemandu

  • Dilengkapi sistem bantuan pemandu generasi baharu, termasuk kawalan jelajah adaptif, bantuan menukar lorong automatik, peringatan trafik belakang (RCTA) dan kawalan stereng automatik.
  • Fungsi pemanduan separa automatik tahap tinggi tersedia bergantung kepada peraturan pasaran.
  • Ciri keselamatan aktif merangkumi brek kecemasan automatik, pemantauan titik buta, serta amaran keluar lorong.

Kelestarian

  • Konsep pembangunan Neue Klasse menekankan circularity iaitu penggunaan bahan kitar semula, boleh kitar semula dan pengurangan bahan mentah kritikal.
  • Komponen utama seperti aluminium dan plastik dihasilkan menggunakan sumber sekunder.
  • Proses pengeluaran di Debrecen, Hungary menggunakan 100% tenaga boleh diperbaharui.

Varian & Kelengkapan (UK)

BMW iX3 eDrive40

  • Pacuan: Roda belakang
  • Kuasa: 286 hp, tork 400 Nm
  • Pecutan 0–100 km/j: 6.8 saat
  • Kelajuan maksimum: 180 km/j (terhad elektronik)
  • Jarak pemanduan WLTP: sehingga 565 km
  • Elektrik: 17.9–15.1 kWj/100 km
  • Harga OTR UK: £50,000 (RM285,300)
  • Ciri standard: rim aloi 20 inci, penutup pengecas elektrik, tempat duduk hadapan dengan pemanas & larasan elektrik, Driving Assistant Plus, pengecasan 400 kW DC / 11 kW AC

BMW iX3 50 xDrive

  • Pacuan: Semua roda
  • Kuasa: 469 hp, tork 645 Nm
  • Pecutan 0–100 km/j: 4.9 saat
  • Kelajuan maksimum: 210 km/j (terhad elektronik)
  • Jarak pemanduan WLTP: 677–805 km
  • Elektrik: 17.9–15.1 kWj/100 km
  • Harga OTR UK: £58,755 (≈ RM335,200)
  • Ciri standard: rim aloi 20 inci, ruang simpanan bawah bonet 58 liter, penutup pengecas elektrik, tempat duduk hadapan dengan pemanas & larasan elektrik, Driving Assistant Plus dengan kawalan jelajah automatik, pengecasan 400 kW DC / 11 kW AC

iX3 M Sport (berdasarkan 50 xDrive)

  • Tambahan berbanding iX3 50 xDrive: M exterior styling, rim aloi M 20 inci, stereng sport, lampu papan pemuka separa telus, tempat duduk Veganza/M PerformTex

iX3 M Sport Pro (berdasarkan M Sport)

  • Tambahan: tempat duduk M Sport larasan elektrik 10-hala & pemanas, difuser belakang M Black High-Gloss, brek M Sport dengan kaliper merah, BMW Iconic Glow, lampu depan Adaptif LED, gril 3D Shadowline

Pilihan tambahan / Technology Plus Package:

  • Kawalan cuaca automatik tiga zon, BMW 3D Head-Up Display, sistem bunyi Harman Kardon, stereng dengan pemanas, Adaptive M Suspension, cangkuk tunda, BMW Iconic Glow, kaca perlindungan matahari, AC Charging Professional (22 kW AC dua arah)
  • Dari Mac 2026: stereng BMW Individual putih, balutan Veganza Digital White, rel bumbung tambahan

Pengeluaran BMW iX3 akan bermula di kilang baharu BMW Group di Debrecen, Hungary pada akhir 2025. Pasaran pertama yang bakal menerima iX3 ialah UK, diikuti pasaran Eropah lain menjelang awal 2026.

BMW BMW iX3
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Petrol RON95
    Auto Terkini

    Kuota BUDI95 Mungkin Dikurangkan Kepada 200 Liter Sebulan

    26/03/2026
    Nozel RON95 dan RON97
    Auto Terkini

    BUDI95 Kekal RM1.99 Seliter, RON97 dan Diesel Semenanjung Cecah Lebih RM5 Seliter

    26/03/2026
    Auto Terkini

    Bila Ayah ‘Kaki Kereta’, Nama Anak Pun Jadi Jenama Kereta

    25/03/2026
    Auto Terkini

    JPJ Ambil Tindakan Ke Atas 14,455 Kenderaan Sepanjang Op HRA 2026

    25/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Autotainment

    Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

    By Admin PanduLaju12/05/2021
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    Petrol RON95
    Auto Terkini

    Kuota BUDI95 Mungkin Dikurangkan Kepada 200 Liter Sebulan

    By Syafie26/03/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Auto Terkini

    Bila Ayah ‘Kaki Kereta’, Nama Anak Pun Jadi Jenama Kereta

    By Syafie25/03/2026
    Roda2

    MV Agusta Dedah Konsep Enjin Lima Silinder Baharu

    By Shazwan Hisam24/03/2026
    Auto Terkini

    Honda N-VAN 2026, Varian Turbo Baharu, Harga Mula RM37 Ribu

    By Abang Hirata20/03/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.